Chapter 24

31.2K 1.6K 141
                                    

Elleana membuka matanya kecil sebaik saja terasa silau lampu, Iman sedang solat Subuh di tepi katilnya. Elleana cuba mengingati bagaimana dia boleh tertidur semalam, apa yang dia ingat dia tertidur semasa mengemas barang untuk dibawa ke Mersing hari ini. Macam mana boleh naik ke katil? Iman yang angkat ke?

"Selamat pagi Iman..." tegur Elleana sebaik saja melihat Iman melipat sejadah. Iman hanya berdiri di depan cermin mula bersiap memandangkan mereka akan bertolak awal sedikit.

"Iman angkat Ell ke semalam? Ell tak ingat..." Teka Elleana memaut lengan suaminya untuk bermanja. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini dia teringin sekali bermanja-manja dengan suaminya.

"Angkat apa, dia yang bangun sendiri tidur atas katil. Mimpi lah tu." Balas Iman ringkas ke dapur membancuh susu Zahra setelah menangkap bunyi suara Zahra merengek sedikit. Elleana mencebikkan bibirnya tatkala sangkaannya meleset. Aku bangun sendiri? Ingat Iman angkatkan.

Alarm.

"Ish bisinglah jam phone Iman ni." Rungut Elleana mencapai telefon suaminya lalu mematikan terus semua jam yang dikunci. Jarinya merayap pula membuka whatapps, kosong. Macam tak ada kawan. Dia kemudian menekan kamera telefon pula dengan hasrat ingin 'menculik' beberapa gambar selfie Iman, siapa tahu boleh menjadi penawar disaat dia merindui lelaki itu nanti. Matanya terbuntang saat terperasan beberapa gambar yang diambil Iman, gambar itu memperlihatkan pelajar perempuan Iman sedang menyandar di bahu Iman. Student dengan cikgu macam gini punya mesra?! Hm!

"Nah susu Zahra," Iman menghulurkan susu kepada Elleana namun langsung tidak dicapai sebaliknya dia terus menarik muka berlalu ke bilik air.

Dah kenapa? Mengada-ngada pulak pagi ni.

"Zahra jangan nakal tau nanti masa papa tak ada, papa pergi sekejap je. Nanti papa balik, papa bawak Zahra pergi jalan-jalan." Tutur Iman cuba berbual dengan anak perempuannya, Zahra hanya tersenyum mengagah kembali seakan-akan faham dengan apa yang diberitahu Iman.

"Dah saya nak pergi ni." Tegur Iman melihat Elleana sedang menyisir rambutnya. Elleana sengaja memekakkan telinganya seperti tidak peduli.

"Dengar ke tidak? Saya dah nak pergi, tak reti-reti salam? Awak tu nak pergi jauh. Tak reti mintak berkat suami?" Perli Iman menghulurkan tangannya masih mahu berbaik dengan isterinya. Elleana mahu tidak mahu terpaksa juga mencium tangan suaminya meskipun kepala ini masih bermain paparan gambar tadi. Dengan budak pun ada taste ke? Hmm. Menyampah betul!

"Awal Iman keluar? Baru pukul enam setengah pagi ni...." Tegur Ibu Yani melihat Iman sudah menggalas beg di belakangnya dan lengkap berpakaian sukan serta mengenakan topi juga.

"Iman kena check kehadiran pelajar, tu kena awal sikit. Bas pun sampai pukul tujuh pagi, taknaklah last minute baru kelam kabut. Fariz dengan Wana dah bangun ke? Senyap sunyi je. Papa pun tak dengar suara." Tanya Iman melilau memandang sekeliling rumahnya yang sepi tanpa orang lain kecuali Ibu Yani menyediakan sarapan.

"Papa ada kat atas, ni ibu nak naik kejut solatlah. Ibu Zana tengah solat Subuh tadi masa ibu panggil turun. Fariz ada bangun tadi, dah mandi semua. Wana kejap lagi keluar sarapanlah tu. Nanti ibu panggilkan dorang. Zahra dah bangun?"

"Dah bangun. Dah habis sebotol pun susunya." Balas Iman mengigit roti sandwich buatan Ibu Yani dan meneguk sedikit air teh.

"Haa Iman, awal dah nak gerak." Tegur Fariz menolong isterinya duduk di sofa depan.

"Kena gerak awal, alaa macam kita dulu-dulu ingat tak? Semangat gila nak pergi camping." Balas Iman nampaknya mood baik pagi ini.

"Ell dah bangun?" Tanya Wana masih membetulkan caranya duduk. Sudahlah baru lepas bersalin secara normal, perutnya pula ada bekas luka akibat pembedahan lagi. Berganda-ganda sakit dapat dia rasakan. Tabahnya seorang wanita.

Cinta Untuk Mr.Garang 2Where stories live. Discover now