Chap 13

42.4K 2.4K 142
                                    

"Apa nak buat hari minggu ni? Cuti sekolah pun seminggu sempena Tahun Baru Cina." Rungut Iman setelah puas kehulu kehilir. Iman merenung Zahra yang asyik tidur saja. Nak diajak bermain pun tak boleh.

"Awak membebel apa ni potpetpotpet sorang-sorang ni." Tegur Elleana geli hati melihat Iman bercakap seorang diri. Raup wajah Iman jelas kelihatan dia sedang bosan. Mana taknya, majalah dari tadi dibelek namun diletakkan semula berulangkali. Bosan tahap gaban kata orang!

"Saya nak gerak dah ni. Nanti Zahra bangun jangan lupa----"

"Haa jangan lupa mandikan Zahra, pakaikan minyak yuyee, pakaikan baju bersih, buat susu, bagi Zahra minum susu, sendawakan dia then tidurkan dia balik kalau dia mengantuk." Potong Iman laju saja tidak mahu Elleana mengulangi ayat itu berulangkali. Elleana ketawa mengekek-ngekek mendengar Iman mengomel seorang diri.

"Good you know. By the way kan--- lelaki tak macho lah bila membebel." Tegur Elleana dengan nada mengusik.

"Tak macho? Sampai hati sayang. Kalau macam ni macho!" Iman menarik tangan Elleana lantas memeluknya dari belakang membuatkan isterinya tidak dapat meneruskan langkahnya.

"Eh, lepaslah sayang... dah lambat ni. Nanti papa tunggu kat depan," Balas Elleana melepaskan tangan Iman namun pelukan itu diperkemaskan lagi.

"Shhhh... biarkan papa tunggu. Sayang, sayang cantik harini. Geram Iman tengok." Ucap Iman ditelinga Elleana. Elleana tersenyum tatkala paginya dihiasi dengan pujian suami tercinta.

"Janganlah geram tengok kita. Geram tengok Zahra ke, Hateem ke bolehlah."

"Geram dengan budak-budak lain. Geram dengan isteri lain. Sayang macam tak faham je kan----" usik Iman semakin mencium pipi Elleana.

"Enough! Nanti malam kita sambung okay. Sayang pergi dulu. Ingat tau pesan sayang tadi," Elleana lantas melepaskan tangan Iman sambil tersengih.

Oh terlepas lagi! Malam masih ada. Hohoho.

×××××

"Apa ni mama?" Tanya Hasya menunjukkan kertas yang dipegangnya.

"Itu--- tiket kapal terbang mama dengan Hasya. Cuti sekolah kan seminggu, ada baik kita pergi holiday." Jelas Datin Hara meletakkan kembali majalah di atas sofa.

"Oh, kita pergi holiday tanpa papa? And then senanglah papa nak ajak janda gila harta tu datang rumah. Macam tu?" Ujar Hasya dengan nada mendatar.

"Tak, bukan macam tu Hasya. Mama taknak kita masuk campur urusan papa lagi. Mama dah penat..." Keluh Datin Hara nampak sudah tidak kisah lagi dengan suaminya. Hasya melabuhkan punggungnya ke sofa dengan kasar.

"Mama pleaselah jangan mengalah... mama lawan baliklah. Hasya taknak keluarga Hasya berpecah belah." Balas Hasya sayu masih menaruh harapan untuk melihat mama dan papanya berbaik lagi. Kalau saja mama dan papanya berpisah entah dia akan ikut siapa.

"Lawan apa?!" Tegur seseorang yang baru melepasi memasuki pintu.

"Abang---"

"Awak jangan nak mempersoalkan apa yang saya nak buat. Awak jangan cuba-cuba nak melawan saya. Saya boleh campak awak bila-bila masa je!" Bentak Dato Nukman.

"Abang--- tolonglah jangan depan Hasya." Rayu Datin Hara tidak mahu Hasya mendengar segala amarah suaminya. Datin Hara memberi isyarat supaya Hasya naik ke bilik namun gadis itu tercabar apabila mamanya ditengking.

"Hasya nak papa buat pilihan, mama ke Janda Gila Harta tuh?" Tanya Hasya berani sudah berdiri berhadapan dengan Dato Nukman.

"Apa Hasya merepek ni?!"

Cinta Untuk Mr.Garang 2Where stories live. Discover now