Chapter 33

36.5K 1.7K 74
                                    

"Ell, bangun subuh." Kejut Iman memegang tangan Elleana. Pinggangnya terasa dipeluk, nyaman seperti selalu. Elleana menggeliat tatkala menahan kegelian apabila satu angin menyapa di corong telinganya. Selimut putih ditarik lebih tinggi menutupi seluruh tubuhnya. Sungguh dingin sekali pagi itu.

"Sayang... bangun Subuh. Know what, harini Iman cuti. Jomlah kita manja-manja," suara tadi menganggu tidur Elleana lagi. Kali ini tangan seseorang mula merangkul pinggangnya malah kemas pula. Matanya terbuka luas apabila terdengar nama itu.

Iman!

"Haa bangun pun, ingat nak kena dukung pergi bilik air. Jom bangun?" Iman menghulurkan tangannya dengan harapan Elleana menyambut namun Elleana tidak menghiraukan langsung tangan Iman malah ditolak walaupun dengan cara lembut.

Selesai solat Subuh, Elleana keluar terus ke dapur membancuh susu Zahra yang sepatutnya menjadi tugas Iman. Dia kembali ke bilik mengejutkan Zahra yang sudah lama tidur dengan perut kosong lantas disusukan. Iman ke dapur yang sememangnya gelap dengan perlahan-lahan, bungkusan plastik roti dia buka kemudian tangannya menyeluk mengambil empat keping roti. Hasratnya mahu menyediakan sarapan buat isteri tercinta jelas kelihatan apabila wajahnya tersenyum apabila roti yang dibakar tadi sudah terpelanting ke atas. Tangannya mula meraba mencari sudu untuk menyapu mentega dan kaya pandan. Air susu daripada peti sejuk dia panaskan sehingga suam.

"Sayang!" Bisik Iman lalu meletakkan dulang berisi roti dan susu di atas sofa merah. Elleana sedang sibuk membelek telefonnya langsung tidak memandang Iman bahkan menjeling sedikit pun.

"Mehlah duduk sebelah Iman, kita manja-manja, mesra-mesra, geli-geli ke..." pujuk Iman menepuk sofa merah. Mulut dimuncungkan tanda mahukan perhatian daripada isterinya. Elleana meletakkan telefonnya di meja lantas keluar daripada bilik dan menutup perlahan pintu.

Aku ni tak wujud ke? Dah ni siapa nak makan sarapan ni? Aku?

"Ibu masak apa ni? Rasa sikit!" Elleana mencedok inti karipap yang sudah disediakan oleh ibunya atas tapak tangan sebelum memasukkan ke mulutnya. Pagi ini sarapan karipap lah kita!

"Karipap daging, Ell sukakan? Pergi duduk dekat luar. Dah siap ibu bawakkan." Halau Rozana tidak mahu Elleana berdiri lama ekoran kesihatannya belum pulih lagi.

"Ya Allah sedapnya karipap panas-panas!" Suara Dato Hamid teruja apabila melihat karipap yang sudah terhidang atas meja setelah turun dari biliknya.

"Kan papa? Tapi macam ada yang kuranglah----"

"Apa?"

"Kopi panas! Papa tunggu sini, Ell buatkan." Elleana terus ke dapur untuk melengkapkan santapan pagi itu.

"Eh Fariz, Wana? Nak pergi mana pagi-pagi dengan beg semua ni?" Tanya Dato Hamid setelah melihat Fariz mengangkat beg mereka keluar dari bilik.

"Dato, saya dengan Wana nak balik rumah. Dah lama sangat kami menumpang kat sini." Fariz menyatakan hasratnya walaupun berat. Dato Hamid dan ibu-ibu disini sememangnya sangat baik namun apabila dia mengenangkan perbalahannya dengan Iman, dia tidak sanggup.

"Janganlah pergi Fariz... ibu belum puas main dengan cucu ibu." Cebik Rozana keluar dari dapur membawa teko berisi kopi panas. Nadanya yang sayu turut meruntun jiwa Wana yang sudah sebak. Ibu Elleana melayaninya persis arwah ibu.

"Wana, Fariz. Aku nak cakap dengan korang. Sekarang. Please...?" Pinta Elleana serius terus mengajak mereka berdua keluar berbincang di hadapan rumah. Rozana mendukung Hani malah mencium-cium sebagai tanda perpisahan. Hatinya benar-benar sedih.

"Aku tahu kau marahkan suami aku, tolonglah tinggal kat sini lagi? Ibu aku dah sayangkan Hani. Kau tengokkan macam mana ibu aku tadi bila dengar korang nak balik? Fariz, lupakan hal semalam. Boleh?" Pinta Elleana memandang tepat ke mata Fariz dan Wana pula.

Cinta Untuk Mr.Garang 2Where stories live. Discover now