Chap 5

51K 2.7K 40
                                    

"Iman, bangunlah..." kejut Elleana menggoncang sedikit tubuh suaminya.

"Alaa Ell, harini kan holiday."

"Masalahnya--- ibu Ell datang!"

"Hah?! Ibu datang?!" Jerit Iman segera mencapai tuala masuk ke bilik air.

Macam pelesit lari. Takut sangat dengan ibu ke apa?

"Ibu, kenapa atok dengan tok mummy tak datang sekali? Ell rindulah..." rengek Elleana masih ingin bermesra mengeratkan silaturrahim bersama atok dan neneknya.

"Atok sibuk Ell, sibuk dengan bisnes dia tapi, dia ada janji nak datang. Maklum rindu dengan cicit." Ujar Rozana mengusap kepala anak gadisnya.

Mata Elleana beralih ke arah Nina yang sedang leka bermain dengan Ipadnya. Hateem pula tidak berkedip tatkala televisyen terpasang terutamanya kartun Spongebob kesukaannya. Iman tergesa-gesa keluar dari biliknya setelah merapikan rambutnya.

"Maaf ibu Iman baru bangun, harini kan hari cuti. Itu yang terlajak." Tegur Iman serba salah.

"Takpe Iman, ibu faham. Ell pun dah cerita sekarang menantu ibu ni jadi cikgu sekolah ye, baguslah. Bagi orang ilmu dapat pahala. Ni Ell tak kerja?" Tanya Rozana penasaran.

Elleana dan Iman memandang sesama sendiri. Mana mungkin Elleana memberitahu ibunya bahawa Iman mahu dia jadi suri rumah sepenuh masa. Pandangan mereka beralih apabila Elleana segera ke bilik mengambil Zahra yang merengek tiba-tiba. Soalan Rozana yang dibiar tidak berjawab membuatnya hairan. Apa yang mereka sembunyikan?

"Ibu--- bukan Iman tak bagi Ell kerja tapi Zahra. Tak ada orang jaga Zahra, ibu Yani sendiri kena tumpukan perhatian pada Hateem je. Iman takut Zahra terabai." Jujur Iman nada mendatar. Rozana memandang menantunya sekilas lantas tersenyum.

"Kalau macam tu--- biar ibu yang jaga cucu ibu. Ibu pun tak rancang nak balik France lagi." Ujar Rozana bersemangat tatkala melihat cucu kesayangannya dibawa keluar oleh Elleana. Pipi cucunya digomol berulangkali.

"Ibu? Jaga Zahra? Ish! Ell taknak susahkan ibu. Ini masa untuk ibu rehat, Ell taknak bebankan ibu." Bantah Elleana tidak mahu menyusahkan ibunya. Iman juga mengangguk setuju dengan pendapat Elleana.

"Tak ada yang susahkannya. Lagipun ibu teringin nak merasa jaga Zahra... yelah dulu masa Ell kecik ibu tak sempat jaga, ibu tak ada pengalaman tu." Ujar Rozana sedikit sayu mengenangkan masanya bersama Elleana lenyap begitu saja, mahu disesali sudah tiada guna lagi. Elleana mendekati ibunya lantas bahu Rozana dia peluk. Rozana merenung anaknya, mengukirkan senyuman. Dia tidak sabar lagi mahu menjaga Zahra.

Iman membawa buku pelajarnya ke pondok untuk diperiksa. Angin pagi itu benar-benar menyegarkan, harapannya semoga emosi dapat dikawal dan tidak ada satu buku yang dia koyakkan kerana sakit hati. Buku Hasya adalah buku pertama yang dia selak, sungguh tidak mengecewakan. Entah kenapa Iman merasakan Hasya benar-benar pelajar yang berpotensi. Ujian pertama tidak membuktikan apa-apa sedangkan buku Hasya penuh dengan latihan. Satu keluhan berat dilepaskan apabila Iman mendapati Emir lansung tidak membuat latihan yang dia beri.

"Sayang!" Sergah Elleana. Iman memandang isterinya sekilas lantas kembali merenung buku itu. Mahu saja dia koyak tadi!

"Alolo kenapa muncung je tuh?"

"Ni lah sayang, student ni betul-betul buat darah Iman naik tahu tak. Hantar buku tapi latihan satu apa pun tak buat. Macam-macamlah." Rungut Iman menggeleng kepalanya, tidak jadi pula mahu mengoyakkan.

"Janganlah naik darah nanti Iman kena darah tinggi muda-muda. Jadi cikgu kena banyak sabar dan sabar." Pesan Elleana membetulkan tudungnya sebelum bola mata naik ke atas meniup hadapan tudung yang asyik terjatuh saja. Inilah akibatnya kalau malas iron tudung!

Cinta Untuk Mr.Garang 2Where stories live. Discover now