Chapter 25

29.2K 1.6K 118
                                    

"Tak guna!" Jerit Iman setelah mendapat gambar intim Elleana bersama Hafeez daripada nombor sama yang menghantar gambar Elleana sebelum ini. Dada Iman terasa seakan-akan mahu meletup menahan amarah yang amat sangat. Kalau saja Hafeez ada didepannya pasti sudah mati lelaki itu dikerjakannya. Berani dia memeluk Elleana, menantu boss dia sendiri!

Sampai hati kan Ell buat Iman macam ni, Iman percaya Ell. Ya Allah...

Iman terduduk di katilnya menongkat kepalanya yang dirasakan serabut. Seharusnya dia tidak perlu membenarkan Elleana pergi ke Mersing bersama lelaki itu. Nafasnya mulai tidak teratur menahan marah, mata juga sudah mula berkaca namun masih jua dia menatap gambar tadi sekali lagi. Tanpa dia sedari, airmatanya mulai mengalir perlahan tapi laju saja ditepis. Iman mula bersiap memandangkan pagi itu ada senaman di dataran persis seperti malam semalam. Mereka mendenda kesemua pelajar disebabkan Emir tidak mahu mengaku dia masih menyimpan telefon.

"Apesal semua layu harini?! Cergas sikit!" Bentak Iman tegas apabila melihat pelajarnya mulai melentok di bahu kawan-kawan pagi itu. Jeritannya menyebabkan semua pelajar terus segar lantas segera beratur dalam kumpulan bagaikan lipas kudung. Cikgu Aisya dan Cikgu Hisyam turut terkejut melihat kali pertama Cikgu Hilman naik angin.

"Semua nak rasa kena denda lagi ke macam mana?!" Tegas Cikgu Hilman sekali lagi menyedari masih ada sisa pelajar yang belum tiba di dataran.

"Eh kenapa cikgu Hilman garang sangat pagi ni?" Bisik Yasmeen kepada Hasya, jujur Hasya merasakan ini kali pertama Cikgu Hilman 'meletup' sebegini.

"Eh Emir, kau sini!" Jerit Iman menarik kolar baju Emir ke depan.

"Apa ni cikgu?!" Marah Emir memberontak minta dilepaskan dengan nada kurang ajar.

"Kau datang sini dengan pihak sekolah, apa-apa arahan pihak sekolah kau kena ikut! Keluarkan telefon kau sekarang!" Bentak Iman sudah naik angin. Sungguh Emir berdegil sehinggakan dia berani menjeling saja Cikgu Hilman.

"Oh, degil? Kau pergi balik bilik, jangan ikut aktiviti kat sini selagi kau tak serahkan telefon. Pergi!" Tolak Iman menghalau Emir balik ke bilik. Emir membetulkan kolar bajunya dengan angkuh lantas terus ke bilik. Iman masih mengenggam penumbuknya sudah bersedia mahu memukul pelajarnya. Andai saja sepatah lagi Emir menjawab, sudah pasti tangannya melekat dimuka Emir.

Bunyi ringtone.

Siapa pulak nak call pagi-pagi ni! Nombor pun entah siapa siapa! 20 misscall? Macam mana kalau berkaitan Zahra? Nak angkat ke--- ah lantaklah!

"Kau tengok, dia dah taknak pandang phone. Tahu apa maksudnya? Cikgu tengah gaduh dengan isteri dia lahtu. Get it?" Jelas Hasya gembira mentafsir membuatkan Yasmeen hanya mengangguk tanda faham.

xxxxx

"Macam mana? Dapat ke?" Tanya Hafeez hanya berdiri di luar bilik mereka. Sesekali dia cuba menjengah Elleana namun tidak kelihatan.

"Tak dapatlah Eez... dari semalam call. Cik Ell dah sedar semalam tapi dia tidur balik but still saya risau. Cik Ell kata dia kecut perut pertama kali naik bot, sebab tu dia pening." Jelas Izzuany sudah menyimpan telefonnya dalam beg tangan.

"Tak. Yang aku tak faham kan, korang kenapa nak sibuk-sibuk urusan rumahtangga orang ni? Kita nak balik harini kan? So balik jelah, hantar menantu boss tu dulu. Habis cerita. Nak inform suami bagailah. Itu tandanya suami dia tak kisah lansung pasal isteri dia. End of story."

Elleana memejamkan matanya setelah mendengar kata-kata Syuhaila. Benar apa yang dikatakan oleh Syuhaila, Iman memang dah mula tak kisahkan tentangnya. Mungkin Iman sedang berseronok dengan pelajar cantik itu. Tiga hari masa yang sangat lama, macam-macam boleh jadi. Elleana memejamkan matanya sekali lagi, kali ini disertai dengan airmatanya mengalir perlahan menahan sakit didada membenarkan kata-kata Syuhaila.

Cinta Untuk Mr.Garang 2Where stories live. Discover now