Chapter 47

37.8K 1.8K 193
                                    

"Sayang, bangun..."

Kaku.

"Bangun Iman..."

"Sudahlah Ell, balik wad berehat. Ingat awak tu belum sihat sangat, luka jahit semalam terbukak baru je jahit balik kan... bagilah luka tu pelan-pelan sembuh. Duduk, ibu tolak masuk bilik balik." Tegur Rozana melihat Elleana meratap di luar unit rawatan rapi, Elleana melepaskan cermin kaca itu. Hatinya benar tidak rela membiarkan Iman disitu. Sendirian.

"Sini ibu bantu naik ke katil," Rozana memegang bahu anak perempuannya untuk membantu Elleana kembali baring atas katil. Wajahnya kelihatan teruk dengan lebam-lebam dipukul semalam. Apa saja diperkatakan Rozana dihiraukan oleh Elleana bahkan Rozana tidak berjaya memujuk anaknya untuk menjamah sedikit makanan.

"Ibu... Kenapa Iman yang kena? Kenapa bukan Ell?" Tanya Elleana menitiskan airmatanya lagi meskipun tangis tadi belum sempat kering.

"Ell... dia suami Ell. Dia berhak selamatkan Ell, Ell dalam bahaya. Wajarlah dia buat semua tu untuk Ell." Balas Rozana masih berusaha memujuk Elleana untuk makan makanan yang sudah sejuk.

"Kalau apa-apa jadi pada Iman? Macam mana Ell dengan anak-anak?"

"Sudah Ell, jangan cakap yang bukan-bukan. Kita orang islam.... sebaiknya berdoa pada Allah, dia kan sebaik-baik perancang." Pesan Rozana. Elleana memalingkan wajahnya membelakangi Rozana, bunyi tangisnya masih bersisa.

TokTok!

"Dah makan?" Tanya Abang Afi menjenguk Elleana. Rozana hanya menggeleng.

"Ell... kenapa tak makan lagi ni? Macam mana kalau Iman sedar nanti, siapa nak jaga dia kalau Ell tak makan? Ell perlukan tenaga... Ell jangan lupa, anak Ell perlukan susu Ell. Kesian dia asyik minum susu formula..." Pujuk Abang Afi tersenyum, mangkuk bubur dipegang olehnya mahu memujuk Elleana makan sedikit.

"Ell boleh tengok anak Ell?" Soalan yang sudah lama Elleana simpan akhirnya terkeluar juga dari mulutnya. Dia ingin benar melihat anak keduanya bersama Iman.

Abang Afi mengangguk manja, sudu berisi bubur ayam itu dilayang ke dalam mulut Elleana sebagai 'syarat' sebelum berjumpa dengan anaknya.

Macam mana rupa anak aku? Mesti macam Iman. Dah lama aku tunggu saat ni--- tapi bersama Iman. Bukan sendirian.

"Muhammad Iman Syaqeef, baby of Nur Elleana." Bibir Elleana menyebut tag nama dikatil bayi yang disorong oleh Abang Afi dan jururawat.

Rupa-rupanya Iman dah bagi nama. MashaaAllah... wajahnya mirip Iman. Hidung, mata, mulut... Ya Allah...

Elleana mendakap bayinya seerat yang mungkin disertai linangan airmata. Inilah kali pertama dia bersua muka dengan bayinya. Seluruh wajah bayi itu dicium rakus oleh Elleana, sepatutnya dia menimang anaknya bersama Iman sekarang. Jiwanya terasa kosong, dia benar-benar mahukan Iman disisnya.

"Nurse ni nak ajar Ell susukan anak Ell. Abang keluar dulu lah ye?" Abang Afi mempamit dirinya lantas keluar lantas menuju ke wad bersalin untuk menjenguk isterinya pula.

"Maria dah bangun mak?" Tanya Abang Afi memandangkan makngah ada disitu sepanjang malam menjaga menantunya yang baru saja selamat melahirkan malam tadi.

"Dah bangun tadi, tapi dia tidur balik. Penat sangat. Ada beli apa-apa tak? Mak dah lapar ni." Tanya makngah belum menjamah apa-apa lagi.

"Ni Afi belikan roti dengan milo. Mak makan ni dulu ye, boleh tak? Kejap lagi waktu tengahari mak pergilah makan berat-berat sikit. Afi jagakan Maria pulak."

Cinta Untuk Mr.Garang 2Where stories live. Discover now