Chapter 43

35.1K 1.8K 155
                                    

"Ell... kenapa Ell tinggalkan Iman dengan Zahra? Ell tahukan Ell tengah sarat? Kalau jadi apa-apa?" Iman bertanyakan soalan bertubi tubi tanpa henti masih risau, dia mahukan penjelasan.

Elleana hanya membisu, benci membuak-buak di dadanya apabila memandang wajah lelaki itu.

Kalau jadi apa-apa, kau kisah apa? Kau dah ada pengganti aku kan?

"Ell, dengar dulu penjelasan Iman... malam tu Iman cuma tolong Hasya, dia hampir kena rogol. Haa Emir! Ell ingat Emir pelajar lelaki Iman tu? Dia dengan mak dia berkomplot nak rogol Hasya."

Emir? Budak handsome tu? Masuk akal ke orang sebaik budak tu buat kerja terkutuk ni? Betul ke cerita Iman ni...

"Mak dia perempuan simpanan ayah Hasya dulu, mak dia sakit hati dibuang daripada hidup ayah Hasya. Ell dengarlah Ell... Iman tak bohong ni..." pujuk Iman lagi melutut ke lantai mengadap Elleana yang sibuk menyikat rambutnya. Minyak angin disapu ke seluruh kepalanya bagi mengurangkan sakit kepala.

"Ell sakit kepala? Sini baring Iman urutkan---" tangan Elleana ditarik Iman supaya berbaring ke atas katil namun dilepaskan dengan cara yang amat lembut. Elleana memakai tudung sarungnya sebelum mahu melangkah keluar.

"Nur Elleana Farid!"

Elleana memejamkan matanya, menanti perkataan keramat itu keluar daripada mulut Iman. Kakinya sudah menggeletar namun digagahkan jua, mata pula terpejam rapat disertai dengan linangan airmata.

"Tolonglah, kita balik?"

Elleana masih berdiri membelakangi Iman. Tangannya memegang perut yang kian membesar.

"Ell tolonglah jangan macam ni, Iman penat tahu tak! Kita balik jelah!" Bentak Iman sedikit keras, dia sudah habis daya usaha mahu memujuk isterinya.

"For what? Iman nak Ell belajar hidup satu rumah dengan bakal madu Ell?!" Balas Elleana membuntangkan matanya, reaksi Iman sedikit terkejut. Entah apa lagi yang harus dia terangkan pada Elleana supaya perempuan itu faham keadaan sebenar.

"Ell---"

"Ell nak duduk sini buat sementara, tolong bawak Zahra datang sini." Ucap Elleana sepatah sebelum melangkah keluar dari bilik itu, bertambah panas hati apabila dia terpaksa melihat wajah Maria yang asyik menjelingnya saja. Mahu saja dia korek biji mata Maria sebelum dicucuk ke lidi macam fishball.

"Iman tidur sini?" Tanya makngah melihat Iman mencuci tangan di sinki.

"Iman dah kena balik malam ni, esok Iman kena jaga sekolah lain. Esok peperiksaan SPM makngah. Tapi--- Ell nak Iman bawak Zahra datang sini."

"Takpelah nanti aku pergi rumah papa kau ambik Zahra, kau takpayah runsinglah. Biar je Ell kat sini dulu, kau tahu kan orang mengandung ni dia punya sensitif macam mana," ujar Abang Afi sedikit berbisik di hujung ayatnya takut kedengaran dek Maria dan Elleana.

"Sibuk sangat nak tolong orang kenapa?!" Bisik Maria menolak lengan suaminya sehingga terseda-sedak Abang Afi terkejut disergah Maria.

"Ya Allah makanlah elok-elok! Itulah masa makan mengumpat orang!" Tegur makngah menjeling ke arah Abang Afi dan menantunya. Elleana hanya tergelak kecil sambil menekup mulutnya dengan belakang tangan. Iman mengambil kesempatan untuk mencuri-curi melihat senyuman manis isterinya. Alahai comelnya bini aku sengih!

"Ell, Iman nak balik ni---"

Haa baliklah. Tak sabar nak jumpa bakal bini muda kan?

"Taknak salam ke? Cium ke? Manalah tahu ni kali terakhir ke jumpa,"

Choi mulut! Jentik karang bibir tu!

"Betul ni taknak salam cium Iman? Kalau macam tu biar Iman lah yang cium Ell---"

Cinta Untuk Mr.Garang 2Where stories live. Discover now