Chapter 46

35K 1.6K 76
                                    

Elleana membuka matanya perlahan, sungguh kepala dan seluruh tubuhnya terasa sakit sehingga ke tulang belakang. Tangannya meraba memegang perut buncitnya sebelum ini namun matanya dijengilkan terkejut mendapati perut itu tiada lagi. Kempis. Kosong.

"Hmm... dah bangun pun isteri saya. Nyenyak betul tidur," suara seseorang menegurnya keluar dibalik tirai.

Ya Allah Hadif!

"Buat apa kat sini? Iman mana? Keluar!" Jerit Elleana menghalau Hadif. Lelaki itu ketawa seperti biasa persis orang hilang akal.

"Lagi-lagi lelaki lain. Awak sedar tak awak tu isteri saya?!" Suaranya daripada ketawa berubah kepada mengherdik Elleana mengejutkan wanita itu. Matanya terpejam.

Ya Allah apa aku nak buat, Iman mana... anak aku mana...

"Memandangkan awak dah bangun, saya nak awak ikut saya balik!" Pegangnya kasar melepaskan segala tiub ditangan Elleana.

"Taknak!" Bentak Elleana meronta mahu dilepaskan. Tubuh lelaki itu ditolaknya berulangkali.

Papppp!

"Haaa degil lagi," Hadif mendapatkan tubuh Elleana yang separuh sedar akibat ditampar kuat olehnya. Elleana dipakaikan jubah sweater hitam menutupi kepalanya supaya tidak dikenali sesiapa.

Moga-moga harini Ell dah sedar. Keadaan baby pun dah okay. Kesian baby dahagakan susu ibu dia.

"Assalamualaikum---"

"Ell? Ell? Ell!" Iman terus menggelabah sebaik saja dia menangkap katil itu kosong dengan segala tiub dilepaskan begitu saja. Habis segenap ruangan bilik itu diperiksanya namun tiada kelibat isterinya.

"Mana Ell?" Tanya Rozana yang menerjah masuk ke bilik itu.

"Ell hilang ibu, Iman dah cari. Bilik pun bersepah macam ni. Ya Allah mana Ell pergi ni!"

"Cuba Iman pergi cari kat bawah, mana tahu Ell tengok baby ke---"

Puas Iman mencari ditingkat bawah, dia kembali naik ke bilik semula namun Elleana masih belum ditemui lagi. Semua ahli keluarganya sudah berkumpul di bilik Elleana, masing masing sudah puas mencari Elleana disekitar hospital.

"Mana Ell ni ibu, dia baru je lepas kena bedah. Entah luka tu dah kering ke belum. Iman risau. Mana dia pergi?"

"Sabar Iman, kita cari Afi atau tanya staf hospital. Mungkin dorang ada terserempak dengan Ell."

Iman berdecit berulangkali setelah panggilannya tidak dijawab oleh Abang Afi.

Message from Afi :
Sorry aku kat wad perempuan, temankan Maria. Air ketuban dia dah pecah. Bila-bila masa boleh masuk labour room. Ada apa kau call aku?

"Haa siapa? Dapat tak?" Tanya Dato Hamid.

"Afi temankan Maria, dah nak bersalin. Macam mana ni paaa?" Jawab Iman kepalanya semakin berserabut memikirkan dimana isterinya.

Iman berpaling perasan bahunya disentuh seseorang.

"Encik yang tadi pegang bahu isteri encik kan? Ini dompet encik tercicir tadi."

Cinta Untuk Mr.Garang 2Where stories live. Discover now