Chapter 4

791 88 5
                                    

~.~.~.~.~

Wonwoo nampak Haerin tengah memeriksa keadaan seorang pesakit kanak-kanak. Cara Haerin bercakap dan bermain dengan kanak-kanak tu menarik perhatian Wonwoo.

"Kalau..Hyunsu tak makan ubat.. nanti dinosour ni tak nak kawan dgn Hyunsu... so Hyunsu kena makan ubat.. baru cepat sihat.. okay" kata Haerin sambil menggoyangkan patung dinosour itu pada kanak-kanak tersebut. "Okay! Hyunsu makam ubat! " kata Hyunsu, yang berusia 5 tahun itu. Haerin tersenyum. Dia mengusap kepala Hyunsu sebelum beredar daripada situ.

Dia nampak Wonwoo berdiri daripada jauh memerhatikan nya. Haerin terus pergi ke tempat lain. Wonwoo ingatkan Haerin akan tegurnya tetapi tidak. Dia terus follow Haerin. "Yah! Haerin! Kenapa awak lari daripada saya.." kata Wonwoo yang sedang berjalan sebelah Haerin.Haerin memandangnya sekilas sebelum mempercepatkan langkahnya dan pergi dari situ. "Period ke dia ni.. moody je. Tadi okay, skrg ni lain pula.." kata Wonwoo.

~.~.~.~.~

Haerin capai begnya untuk pulang ke rumah semula setelah seharian bekerja. Dia pergi ke kaunter utama untuk menandatangani beberapa fail.

"Doktor.. " panggil nurse yang ada disitu. Haerin memandang nurse tersebut. Nurse yang bernama,Jiae tu menghulur sehelai kertas kepada Haerin.
"Apa ni?" tanya Haerin tetapi Jiae hanya mengangkat bahunya.Haerin membuka kertas itu dan baca apa yang tertera di kertas itu.

"Taman Hospital sekarang.. Saya tunggu sampai awak datang.."

Haerin pelik. Siapa pula yang suruh nya pergi ke taman hospital waktu macam ni. Yelah, sekarang dah pukul 9:30 malam.
Haerin terus saja pergi taman hospital.

Dia tak nampak sesiapa pun disitu. Kemudian, dia nampak kelibat seseorang duduk di bangku berhadapan dgn air pancut. Dia mendekati orang tersebut. "Won..woo?". Wonwoo toleh kebelakang apabila namanya disebut. Dia tersenyum pada Haerin.

Haerin pula mengangkat sebelah keningnya tanda tertanya-tanya.
"Sini lah.. berdiri kat situ buat apa.." kata Wonwoo. Haerin pun duduk disebelah Wonwoo. Mereka berdua senyap. Tiada sebarang suara.Haerin mula rasa tak selesa."Kenapa awak nak jumpa saya ni?" tanya nya. "Awak marah saya ke Haerin? Saya ada buat salah pada awak ke?" kata Wonwoo pula.

Mereka berdua berpandangan antara satu sama lain. Haerin mengeluh. "Takdelah. Saya cuma pelik je.." kata Haerin. "Pelik what?" kata Wonwoo. "Patient Hana tu, apa hubungan dia dengan awak?" tanya Haerin.
Kali ni Wonwoo mendiamkan dirinya. Keluhan kecil dilepaskan. "She's my ex girlfriend three years ago.." balas Wonwoo.

"Ahh.. " Itu je yang keluar daripada mulut Haerin. "Dia tak bagitau saya pun dia ada leukemia, and now brain cancer pula..haih! It's hard for her" kata Wonwoo.Haerin tahu Wonwoo sendiri pun risau dan sedih bila dapat tahu orang yang pernah hadir dalam hidupnya dahulu, menderita sekarang ni.

"So.. surgery tu esok. Awak kena buat yang terbaik untuk Hana.. " kata Haerin, memberi semangat.
Wonwoo memandang Haerin yang tersenyum tu. Memang tak dinafikan, Haerin nampak makin cantik bila tersenyum."Awak kena tolong saya.. " kata Wonwoo."Of course, i will.. awak kan kawan saya.." kata Haerin.
"Kalau saya kawan awak, kenapa awak ignore saya tadi?" tanya Wonwoo. "Ahh.. pasal.. tu.." Haerin sendiri tak tahu nak cakap apa.

"Awak jealous eh?" usik Wonwoo.
"Eh! Mana.. ada! Saya.. tak.. jealous.. pun.." kata Haerin tetapi perkataan 'jealous' tu diperlahankan. Wonwoo ketawa bila melihat muka Haerin bertukar merah. "Muka awak merah.. jadi betul lah awak jealous kan... kan.. kan Haerin kan.." kata Wonwoo sambil mencucuk-cucuk pipi Haerin.

"Eyy! Tak lah!" marah Haerin. Ergh! Dia memang malu sekarang ni. Dia terus bangun. "Saya nak balik lah!" kata Haerin.
Dia berjalan selaju mungkin. Tetapi tangannya ditarik dan dia berpusing ke belakang. Mukanya berada betul-betul di dada Wonwoo.

"Saya gurau jelah. Jangan lah marah. Dah tak cantik dah bila marah" kata Wonwoo. Haerin mendongak sedikit untuk melihat wajah Wonwoo. Wonwoo tersenyum memandangnya dan tangan mereka berpegangan antara satu sama lain.

"Awak ni! Jahat!" marah Haerin sambil menumbuk perlahan dada Wonwoo. Wonwoo ketawa sebab perangai Haerin tak ubah macam budak kecil. "Jom pergi makan, saya lapar ni. Daripada siang tadi tak makan.." kata Wonwoo. "Tak mau!" kata Haerin. Wonwoo merenungnya.
"Waee??" tanya Wonwoo. "Sebab awak bodoh! Dungu! Macam monyet!" jerit Haerin lalu berlari daripada Wonwoo.

"Yahh! Song Haerin!!"

~.~.~.~.~

Haerin terus baring atas katilnya.
Tanpa tukar baju nya pun. Dia rasa gembira sangat hari ni.
Dia teringatkan Wonwoo. Dia mula berangan sambil tersenyum-senyum. Telefonnya diambil dan dia lihat gambar wallpapernya. Gambar dia dan Wonwoo semasa mereka berdua pergi ke Incheon untuk kursus kedoktoran.

Yura yang kebetulan lalu dihadapan bilik Haerin, berhenti berjalan dan menjengah kepalanya ke dalam. Dia nampak Haerin atas katil berguling-guling sambil senyum ala-ala filem hindustan.

"Amboi.. happy semacam kau.." tegurnya. Haerin terus duduk bila nampak Yura masuk ke dalam biliknya dan duduk di sebelahnya. "Yura.. aku nak tanya kau something boleh?" tanya Haerin. Yura mengangguk. "Kalau.. seseorang tu.. dia caring pasal kita.. and suka bergurau dgn kita.. means dia suka kita ke?" tanya Haerin."Hurmm, maybe, dia suka.." balas Yura.

Haerin tersenyum sendiri lagi. "Berangan lagi!" kata Yura sambil baling bantal pada muka Haerin. "Auch!.. takdelah. Aku ada suka kat someone ni, and dia caring pasal aku. Suka juga bergurau dgn aku. Aku nak tahu juga sama ada dia suka aku juga ataupun aku ni je yang bertepuk sebelah tangan" kata Haerin.
"Dan siapakah.. orang itu?" tanya Yura.

"Jeon..Wonwoo.."

~.~.~.~.~

HeartBeat [Jeon Wonwoo] ✓Where stories live. Discover now