Chapter 42

473 46 0
                                    

~.~.~.~.~

Wonwoo bangun dan bergerak ke arah meja belajar nya lalu laci dibuka perlahan. Sampul berwarna putih dan coklat diambil. Pendrive video tempoh hari juga dia ambil.

Wonwoo mengambil satu kotak berwarna putih yang berada dalam lacinya. Dia membukanya dan mengeluarkan satu pita audio yang dia letakkan di situ. Dia dah pindahkan rakaman suara dalam telefonnya ke dalam pita tersebut. Dia tahu Rachel akan buat apa saja untuk pastikan dirinya dapat rakaman tu. Kesemua barang tersebut di letakkan di dalam laci di tepi katilnya. Harap tiada orang tahu dia simpan semuanya disitu. Dia akan berjumpa dengan Haerin esok hari. Hari ni dia terlalu penat. Jetlag agaknya. Maklumlah dia baru saja tiba daripada America.

Pintu biliknya di buka. Rachel muncul. "Kenapa awak masuk? Saya takde benda nak cakap.. keluar" kata Wonwoo.

Tanpa Wonwoo sedar, pintu biliknya dikunci oleh Rachel. "Selagi awak tak bagi saya rakaman tu, awak takkan pergi mana-mana.." kata Rachel, penuh dendam.

"Omma, appa, Seulgi unnie takde. Saya dengan awak je ada sekarang ni..". Rachel berjalan ke arah katil Wonwoo dan duduk di birai katil bersebelahan dengan Wonwoo.

"Rachel.. keluar sekarang. Sebelum saya heret awak keluar"

"Cubalah buat.."

Wonwoo mendengus geram. Rachel cuma tersenyum sinis.
"Apa yang bagus sangat tentang Haerin tu? Awak kenal dia 3 tahun lepas.. tapi macam dah kenal daripada kecil. Kita yang membesar sama-sama ni, sikit pun awak tak pandang saya.. Bagitahu saya, apa yang takde dan Haerin ada..".

"Kejujuran.. Haerin jujur bukan macam kau. Dengki. Jahat. Busuk hati. Semua benda negatif ada dekat kau.." balas Wonwoo. Malas nak bertolak ansur dengan orang macam ni. "Satu lagi, kau jangan ingat aku tak tahu.. sebab kau, Hana mati. Sekarang kau nak buat benda sama dekat Haerin ke? Jangan harap!".

"Hana mati sebab sakit, bukan saya.."

"Kau tipu. Dia takkan sakit kalau bukan sebab kau.. "

"Wonwoo!!"

Rachel menarik kolar baju Wonwoo. Wonwoo cuba melepaskan tangan Rachel tapi genggaman nya terlalu kuat. "Kau yang tipu aku.. Kau kata, kau nak kahwin dengan aku bila besar.. sekarang ni apa?! Penipu!" marah Rachel.

"Jangan jadi tak matanglah Jeon Rachel. Time tu kita kecik lagi, sekarang ni lain.." kata Wonwoo.

Rachel tersenyum sinis. Entah dari mana datang, tiba-tiba saja ada sebilah pisau diacukan leher Wonwoo. Wonwoo terkejut dengan apa yang Rachel buat.
"Kau gila ke?! Kau nak bunuh aku ke.." marah Wonwoo sambil menolak tangan Rachel.

"Kalau aku tak dapat kau, takde siapa boleh dapat kau. Termasuk Song Haerin.." Rachel menjeling Wonwoo dengan geram. Tak, marah. Mata pisau tersebut betul-betul berada pada leher Wonwoo. Sekali gerak je, boleh terluka. Wonwoo menggengam tangan Rachel yang memegang pisau tu.

"Rachel please.."

"Biar.. kau mati. So, takde siapa boleh dapat kau. Aku melepas, Haerin pun melepas.. "

Tok! Tok! Tok!

"Wonwoo, buka pintu ni..". Mereka berdua memandang pintu bilik tersebut. Rachel tersenyum. "Kau pilih, nak mati atau kahwin dengan aku.." kata Rachel.

"Rachel..". Wonwoo dapat rasa mata pisau tersebut menyentuh kulit lehernya. Dia dah puas tolak Rachel tapi gadis dihadapannya tersangat lah kuat.
Wonwoo cuba menendang Rachel dengan menggunakan kakinya. Rachel terjatuh kebelakang. Wonwoo mengambil peluang tersebut dengan menolak tangan Rachel dan merampas pisau di tangannya.
Tapi Rachel cepat bertindak. Dia mencapai pisau tersebut dahulu sebelum Wonwoo.

"Wonwoo!" Suara Puan Jeon kedengaran di luar.

Rachel menghalakan pisau tersebut pada Wonwoo. Wonwoo pula berdiri di hadapan katil jadi tak boleh nak larikan diri kemana dah. "Rachel.. please..". Pujuknya supaya gadis itu meletakkan pisau tersebut. Sesiapa saja boleh cedera sekarang ni.

Tiba-tiba pintu bilik terbuka. Alangkah terkejutnya Puan Jeon melihat Rachel memegang pisau.
"Kalau awak tak kahwin dengan saya.. saya bunuh diri saya.." kata Rachel.

"Rachel!!" jerit Puan Jeon apabila anak saudaranya itu mula menghiris lengannya sendiri dengan pisau tersebut. Wonwoo berlari ke arah Rachel yang terduduk. Rachel melepaskan pisaunya dan membiarkan tangannya yang cedera itu. Darah mengalir dengan banyak. Wonwoo tanpa berfikir, dia mengangkat Rachel turun ke bawah dan masuk ke dalam kereta.

"Nanti.. omma ikut. Bawa Rachel pergi hospital dulu.." kata Puan Jeon. Wonwoo mengangguk. Dia terus saja menghidupkan enjin keretanya dan memandu laju ke arah hospital berdekatan.

"Kau memang bodoh! Kenapa kau buat macam tu.." marah Wonwoo.

"Putus dengan Haerin.. "

"Tak akan.."

"Kau suka tengok aku terseksa kan.. Okay.. kalau aku mati, kau kena mati juga.." kata Rachel. Dengan segera Rachel menarik stereng kereta yang dipandu Wonwoo. "Yahh! " Wonwoo cuba menolak gadis di sebelahnya itu.
Rachel tetap berkeras.

"Jeon Rachel!! Kita boleh mati kau tahu tak!!"

"Aku tak kisah! Janji aku dapat kau!!"

"Gilaaa!!"

Rachel bertindak dengan menolak tubuh Wonwoo dan menarik tangannya yang mengenggam kuat stereng kereta. Kereta Wonwoo terhuyung-hayang di atas jalan raya. Wonwoo cuba mengawal keretanya supaya tak berlaku kemalangan.

Namun semuanya terlambat apabila, tangannya terlepas pegangan pada stereng dan Rachel memusingkan stereng ke arah bertentangan membuatkan kereta mereka mengahala ke arah jalan bertentangan.

BAM!

Semuanya bertukar gelap.

~.~.~.~.~

Haerin terjatuh ke atas lantai dan fail yang dipegangnya semua jatuh ke atas lantai. Berterabur semuanya. Kebetulan Yura lalu.
Laju dia berlari ke arah Haerin.

"Haerin.. kau tak apa-apa?" tanya Yura sambil mengutip fail milik Haerin yang berterabur. Dia membantu kawan baiknya itu bangun. "Aku okay.. cuma.. aku tak sedap hati lah.." kata Haerin.
Ya, tiba-tiba saja perasaannya itu datang. Macam ada sesuatu berlaku berkaitan dengannya.

"Perasaan kau je tu. Kau okay tak ni?" tanya Yura lagi. Haerin mengangguk. "Bagi aku fail tu.. aku nak hantar dekat bilik pengarah.." kata Haerin. Apabila Yura hendak menghulur fail tersebut, Haerin menoleh ke arah lain. Ke arah televisyen yang tergantung di dinding di ruang menunggu.

"Yura.. cuba kau dengar berita tu.." kata Haerin. Mereka berdua memandang ke arah televisyen yang memaparkan berita semasa.

"Berita Semasa,

Sebuah kemalangan telah berlaku di jalan utama menghala ke Bandar Seoul pada jam 11 pagi tadi. Kemalangan melibatkan dua orang mangsa. Kereta yang dipandu salah seorang mangsa hilang kawalan dan telah dirempuh oleh sebuah treler bermuatan berat. Kedua-dua mangsa kini dilaporkan cedera parah dan telah dibawa ke hospital dengan segera.."

"Ish, teruknya kereta dia remuk weh.. Macam manalah boleh lost control.." kata Yura. Haerin cuma berdiam diri. Dia rasa lain macam selepas melihat berita tersebut.

"Jom.. sambung kerja" ajak Yura. Haerin mengangguk dan berlalu pergi bersama Yura. Mereka berdua baru je nak masuk ke dalam lif sebelum terdengar pembesar suara berbunyi.

"Pegawai perubatan unit kecemasan sila lapor diri di zon merah. Ulang suara, pegawai perubatan unit kecemasan sila lapor diri di zon merah.."

"Aku rasa ni accident tadi tu.. aduh!" keluh Yura. "Mungkin.. Jom cepat.." ajak Haerin lalu mereka berdua berlari turun ke lobi dengan segera.

~.~.~.~.~

HeartBeat [Jeon Wonwoo] ✓Where stories live. Discover now