~.~.~.~.~
Yura memandang pelik Mingyu. Ya, sejak tadi lelaki itu tersenyum padanya. Entah apa yang dimenungkan pun tak tahu. Apa Yura cakap, semua dijawab dengan anggukan atau gelengan.
"Kim Mingyu!"
Mingyu tersentak. Dia kemudiannya tersenyum ke arah Yura membuatkan gadis itu terasa seram sejuk pula. Hari pula dah malam. Entah-entah ada something dalam badan Mingyu ni.
"Yura.."
"Hmm?"
"Awak ingat masa kita mula-mula jumpa?"
Yura memandang Mingyu. Dia cuma menjeling. "Mestilah ingat. Lelaki tak guna yang tengking saya pasal motor dia saja."
Mingyu tersengih. "Sampai sekarang saya tak boleh lupa pasal tu."
Yura mengangguk perlahan dan tersenyum manis. "Sedap kan kena tampar dengan saya."
Mingyu cuma ketawa perlahan."Kalau awak curang, saya buat lagi macam tu. Tapi kali ni pakai kaki, baru sedap."
"Amboi, ganasnya girlfriend saya ni."
Mingyu melihat ke arah Yura. Dia ternampak ada kesan sos pada bibir Mingyu. "Yura..". Yura menoleh memandang Mingyu.
Chup! Bibirnya mendarat pada bibir Mingyu. Terkejut Yura dibuatnya dan dia cuba melepaskan ciuman tetapi dia dapat rasa ada tangan memeluk pinggangnya dan menariknya lebih dalam. Yura menggengam kuat tangannya.
Selepas seketika, Mingyu melepaskan ciumannya. Dahi Yura pula dikucup perlahan.
"Ada sos kat bibir tu, saya nak rasa je tadi."Yura menolak dada Mingyu. Dipukulnya dada lelaki itu berkali-kali. "Sos je? Ish! Ambik! Ambik ni.." Yura bangun. Paket sos yang terbuka di atas kotak pizza itu diambilnya dan dicalitkan pada baju Mingyu.
"Park Yura! Baju saya.. aish! Awak tahu tak baju ni, saya dapat daripada Omma saya masa dia pergi Paris dulu. Aish! " bebel Mingyu.
"Sayang baju daripada saya lah ni? Okay, fine." Yura menarik mukanya. Mingyu mencebik bila tengok Yura yang merajuk tu. Tangan Yura diraihnya perlahan dan digenggamnya erat. Sebelah lagi tangan mengusap perlahan tangan Yura yang berada dalam genggamannya itu.
"Yura.. "
"Apa?"
"I love you.."
"Hmm.."
"I love you.."
"Okay.."
"I LOVE YOU.."
"Loveyoutoo"
"What?"
"I love you too.."
Mingyu menarik Yura dalam pelukannya. Rambut gadis itu diusap perlahan dan lembut.
"Thank you.. thank you so much.""For what?" tanya Yura.
"Awak dah buka hati saya untuk kenal apa itu cinta."
"Sebelum ni awak tak tahu cinta tu apa ke?" Yura melepaskan pelukan dan memandang Mingyu.
"Tak, saya tak pernah rasa pun macam mana bercinta tu. Teman wanita pun takde sebelum ni."
"Ehh, tipu lah. Takkan awak tak pernah bercinta?" Mingyu menggeleng perlahan. "Jadi saya ni, teman wanita pertama awak?" Mingyu mengangguk lagi.
"Patutlah awak tak romantik lansung. Tak pernah ada pengalaman rupanya." bisik Yura perlahan takut didengari Mingyu.
"Yang tu memang betul. Saya mana pandai pujuk perempuan. Saya kosong pengalaman dengan perempuan."
"Awak kan handsome, takkan takde siapa jatuh hati dekat awak dulu?" Yura semakin mahu mengenali diri Mingyu. "Ada tu memanglah ada. Tapi, entahlah. Bagi saya cinta tu boring. Mula-mula happy, then gaduh, then tengoklah sama ada kisah satu pasangan tu kekal atau tidak. Semua sama je. Sebab tu saya tak main cinta dulu."
"You're weird."
"I know. Tapi awak dah curi hati saya." Mingyu mengenyitkan sebelah matanya pada Yura membuatkan gadis itu ketawa.
"Awak pula share dengan saya, awak pernah ada teman lelaki lain ke sebelum saya?" tanya Mingyu. Yura mendiamkan dirinya. Mingyu dapat lihat Yura menelah air liurnya.
"Awak pernah ada teman lelaki lain sebelum saya? " tanya Mingyu lagi. Yura cuma tersenyum. Mingyu dah agak dah. Mustahil lah Yura tak pernah ada pengalaman bercinta. Sebab setiap kali Haerin ada masalah dengan Wonwoo, dia akan cari Yura dan Yura pula pandai nasihatkan Haerin pasal cinta ini semua.
"Siapa?". Yura memandang Mingyu pelik. "Siapa apa?". "Siapa bekas teman lelaki awak tu? Saya kenal?" tanya Mingyu.
"Hmm, tak. Dia dah pindah jauh dah. Dah 2 tahun kita orang lost contact. Dia selalu sangat bagi saya lolipop awak tahu. Everyday. Lepas kita orang break up pun, dia still bagi saya lolipop. He's so sweet.." Yura bercerita sambil tersenyum.
Mingyu cuma memandang nya. Geram pun ada. Tapi tak boleh nak marah sebab kisah tu lepas.
"Awak break dengan dia sebab apa?""Dia dah jatuh hati pada orang lain. Jadi, sebelum dia lukakan hati saya, dia cepat-cepat bagitahu saya yang dia dah jatuh hati pada orang lain. Saya takde lah marah sebab dia jujur walaupun sedih sikit sebab baru 5 bulan kita orang bersama. But, girlfriend dia memang cantik. Baik pula tu.Kami jadi kawan je dan kadang-kadang saya lepak dengan girlfriend dia. Sampailah dia pindah. Lepas tu, saya tak tahu dah apa berlaku."
Yura menoleh ke tepinya. Dia melihat Mingyu memejamkan matanya sambil tersenguk-senguk kepalanya menahan ngantuk.
"Mingyu.. banyak mana awak cintakan saya?"
"Hmm? Banyak lah.. Saya cinta, sayang, rindu, kasih semua dekat awak.."
Yura dapat rasa bahunya berat apabila Mingyu melentokkan kepalanya pada bahu Yura. Pinggang Yura dipeluknya. Yura bertindak berani, mencium dahi Mingyu membuatkan lelaki itu tersenyum lebar.
"Biar saya story dekat awak satu kisah tentang seorang putera."
Mingyu menganggukkan kepalanya."Dulu, ada sebuah kerajaan bernama Wonderland. Dan pemerintahnya pula seorang putera. Putera yang pemalu. Ramai orang jatuh hati dengan tuan putera disebabkan dia memiliki rupa paras yang begitu menawan. Sekali tengok dah cair. Pembantu istana pun ada yang menyimpan perasaan padanya."
"Satu hari, putera tersebut terpaksa pergi menggembara ke luar kota. Jadi dia bersama beberapa orang pengawal pun menaiki kuda ke luar kota. Tapi, pada malam itu terjadi kejadian pada putera tersebut. Kuda yang ditunggangnya tergelincir di tepi gaung dan putera tersebut jatuh ke bawah tanpa sempat diselamatkan pengawal-pengawalnya."
"Selepas tiga hari, putera tersebut tersedar daripada pengsannya. Dia mendapati dirinya berada di sebuah pondok yang sangat cantik. Apabila dia berjalan keluar, dia terlihat seorang gadis berbaju gaun berwarna biru sedang duduk di tepi sungai sambil bermain air.
Dia mendekati gadis itu dan gadis itu menoleh ke arahnya.""Putera tersebut jatuh hati pada gadis itu kerana gadis itu terlalu cantik. Dia tak pernah nampak gadis secantik itu. Dia membawa gadis itu pulang ke istana dan semua terkejut apabila putera tersebut memberitahu bahawa dia akan mengahwini gadis itu kerana gadis itu telah menyelamatkannya. Akhirnya, mereka berdua hidup dengan bahagia dan putera tersebut tak lagi berasa malu. The end"
Yura melihat Mingyu. Lelaki itu dah nyenyak dibuai mimpinya.
Kepalanya juga beralih kedudukan. Daripada bahu terus ke riba. Yura mengusap perlahan rambut Mingyu dan wajah Mingyu diperhatikan setiap inci.Yura terkejut apabila tiba-tiba sahaja Mingyu menariknya dekat dan mencium bibirnya sekilas.
"Goodnight..Saya tahu saya lah putera tu. I love you..." Yura tersenyum perlahan.~.~.~.~.~
YOU ARE READING
HeartBeat [Jeon Wonwoo] ✓
FanfictionDua orang doktor muda yang bertugas bersama dalam unit perubatan kecemasan dan pembedahan di sebuah hospital. Disebabkan sudah lama mengenali, timbul perasaan suka dan cinta terhadap satu sama lain tetapi masing-masing masih keliru dengan perasaan m...