~.~.~.~.~
Wonwoo berlari ke bilik vip, apabila lampu berwarna merah menyala di kaunter menandakan sesuatu telah berlaku pada pesakit. Dia masuk ke dalam dan nampak Seungjun duduk di atas katil dengan muka selambanya.
"Yah! Hyung ingatkan something jadi dkt kamu, Seungjun" katanya. Dia berjalan ke katil dan duduk di kerusi. Seungjun cuma tersengih."Hyung..bila pembedahan?". "Esok maybe, lepas Seungcheol hyung sign semua borang. Why?" kata Wonwoo. Seungjun mengeluh perlahan.
"Hyung, Seungjun tak kisah kalau tak dapat join acara renang tu.."
Wonwoo terkejut dengan kata-kata Seungjun. Dia tahu bukan senang Seungjun hendak lepaskan peluang ini. Tapi kenapa, tiba-tiba tukar fikiran pula.
"Walaupun, buat pembedahan, semuanya dah tak sama. Maybe saya patut lupakan semuanya. Lupakan pasal acara tu. Dan mungkin berhenti berenang buat selama-lamanya"
"Yah! Kenapa kamu ckp mcm tu? Kamu takkan apa-apa lah. Hyung yang in charge pembedahan tu. Kamu akan pulih,Seungjun.."
"Seungjun dah tak nak menyusahkan orang lain... "
"Tak. Kamu akan buat pembedahan tu. Hyung akan pastikan kamu pulih dan boleh join acara renang tu. Kamu boleh dapat pingat emas. Hyung tahu tu impian kamu daripada kecil"
Seungjun memandang Wonwoo. Dia berasa sebak. Disebabkan keadaan dirinya yang sakit, semuanya terpaksa dilupakan. Sesungguhnya, dia memang minat akan sukan renang. Daripada kecil bercita-cita untuk menjadi perenang negara. Mengimpikan sebuah pingat emas dan kejayaan yang boleh membanggakan keluarga dan dirinya.
Tetapi apakan daya. Dia sakit. Disebabkan sakit yang dihadapinya, dia hampir lemas di dalam air semasa renang. Impian nya, akan musnah perlahan-lahan. Hidupnya dah tak bermakna lagi.
"Seungjun..." Tangan Seungjun dipegangnya dengan erat.
"Percayakan hyung. Hyung janji dengan kamu, untuk tolong kamu capai impian kamu. Kita sama-sama berusaha.."
"Maksud hyung ?..."
"Hyung akan berusaha pulihkan kamu dan pastikan pembedahan kamu berjaya. Kamu pula, berusaha untuk tahan sakit ni, supaya kamu dapat join acara renang tu.. okay?" Wonwoo cuba menyakinkan remaja lelaki yang berada dihadapannya ini.
Perlahan-lahan senyuman terukir di bibir Seungjun. Dia mengangguk perlahan. "Sekarang ni, kamu rehat dan bertenang. Jangan fikir apa-apa. Hyung ada kalau kamu perlukan apa-apa.." kata Wonwoo. Seungjun mengangguk sekali lagi dan baring semula untuk menenangkan fikirannya.
"Panggilan kepada Doktor Wonwoo. Sila ke zon merah, unit kecemasan. Anda diperlukan segera. Sekian, terima kasih.."
"Hyung pergi dulu.." kata Wonwoo sebelum keluar dan berlari ke unit kecemasan. Seungjun memejamkan matanya dan cuba berfikiran positif mengenai apa yang akan berlaku selepas ni. Betul kata Wonwoo, dia sendiri perlu berusaha supaya dirinya pulih seperti biasa. Dapatlah dia join acara renang tu dan capai impiannya untuk memenangi pingat emas.
~.~.~.~.~
Haerin mengangkat semua fail pesakit nya untuk diletakkan di kaunter. "Nurse, ada nampak doktor Wonwoo tak?" tanya Haerin pada nurse yang bertugas.
"Doktor Wonwoo ada di unit kecemasan. Rasanya ada pembedahan kecemasan. Daripada tadi lagi dia berlari ke sana kemari kejarkan pesakit.."
"Yeke? Patutlah dia tak check patient ward ni. So, siapa yang ganti dia?"
"Doktor Mingyu rasanya.."
Haerin mengangguk. Dia melihat jam di tangannya. 1:30 petang. Perutnya dah mula berbunyi. Lapar. Dia pula terlupa sarapan pagi ni, disebabkan ada meeting penting dengan pengarah hospital lain.
Dia pergi ke unit kecemasan. Suasana di unit kecemasan agak sibuk sedikit. Rasanya ada kemalangan berlaku dan melibatkan beberapa orang kerana katil di ruangan sementara turut penuh. Dia nampak Wonwoo tengah memeriksa keadaan seorang pesakit wanita yang sedang menahan kesakitan.
"Doktor,boleh tolong saya. Pesakit di katil A5 cedera.." tegur seorang nurse. Haerin mengangguk dan terus bergerak ke katil A5.
Dia nampak seorang pelajar perempuan terbaring dan tangan kanan nya berdarah dengan banyak. Dia segera memeriksa keadaan pelajar tersebut. Pelajar tersebut mengerang kesakitan apabila Haerin cuba mengangkat tangannya yang tercedera.
"Nurse, dapatkan pemeriksaan ct scan. Saya rasa mungkin tulang di bahagian pergelangannya retak dan ada luka dalaman. Takpe, stopkan bleeding dulu. Nanti bagitahu pada doktor yg sepatutnya in charge" kata Haerin. Dia membantu nurse tersebut memberhentikan pendarahan yang berlaku.
Selepas merawat luka dan pendarahan yang dialami pelajar tersebut, Haerin pun bangun dan pergi ke kaunter. Niatnya pada mulanya hendak mengajak Wonwoo makan tengahari bersama, tapi lain pula jadinya.
Haerin perasan yang Wonwoo tiada di unit kecemasan lagi."Nurse, mana Doktor Wonwoo?"
"Oh, doktor ada di dalam bilik pembedahan sekarang ni.."
"Okay, terima kasih"
Haerin mengeluh perlahan. Baru nak acah-acah dating dengan Wonwoo, tapi sibuk pula orangnya. Dia mengeluarkan telefon nya dan mendail nombor seseorang.
"Yura, jom lunch.."
~.~.~.~.~
Haerin menutup komputer ribanya. Dia mengeliat sekejap untuk meregangkan badan nya yang terasa lenguh disebabkan duduk terlampau lama. Hari dah menjelang petang dan dah hampir waktu untuk dia pulang ke rumah.
Dia mula mengemas barangnya dan keluar daripada bilik. Semasa dia hendak turun ke lobi, dia ternampak Wonwoo berdiri di kaunter. Muka Wonwoo nampak penat. Mungkin hari ni dia terlalu sibuk sehingga tiada masa hendak berehat.
Haerin turun ke lobi dan pergi ke kantin. Dia membeli makanan untuk Wonwoo dan naik semula ke atas. Dia pergi ke bilik Wonwoo, namun tiada sesiapa di dalam bilik tersebut. Mungkin Wonwoo masih sibuk merawat pesakit, takpun ada di dalam bilik pembedahan.
Haerin meletakkan makanan tersebut di atas meja Wonwoo. Dia tersenyum sebelum keluar dan pergi ke parking lot untuk pulang ke rumah.
~.~.~.~.~
Wonwoo keluar daripada bilik pembedahan. Letih rasa badan ni. Daripada siang ada pembedahan. Satu persatu pembedahan dia kena selesaikan.
Selepas menukar pakaian, Wonwoo kembali ke biliknya semula. Dia nampak bungkusan makanan di atas meja nya. Di dalam plastik tersebut ada sekeping nota kecil. Dia ambil keluar nota tersebut dan membacanya.
"Saya tahu awak tak makan lagi. Jadi saya belikan awak makanan. Saya tengok busy je hari ni, so rehat dan makan lah. Jangan stress-stress buat kerja tu, and jangan overworking pula. Fighting~" - Song Haerin-
Wonwoo tersenyum sendiri. Dia melihat bungkusan makanan yang ada di mejanya. Terus saja dibuka penutup bekas makanan tersebut. Dia tersenyum lagi apabila nampak makanan kegemarannya ada di dalam bekas tu. Haerin betul-betul mengenali dirinya.
Dia membuka telefon nya dan hantar mesej pada Haerin untuk mengucapkan terima kasih.
To: Haerin
"Thank you for the food.. Saya akan makan dan rehat dengan baik"
Selepas beberapa minit, ada mesej masuk ke dalam telefonnya.
From: Haerin
"Hehehe, you're welcome. Makan tau! Goodnight... "
Wonwoo tersenyum gembira membaca pesanan darioada Haerin. Adakah dia betul-betul suka pada Haerin... Rasanya dia sendiri dah ada jawapan nya cuma masih malu untuk mengakuinya.
Jujur, dia telah jatuh hati pada Haerin. Dia sukakan Song Haerin.
~.~.~.~.~
YOU ARE READING
HeartBeat [Jeon Wonwoo] ✓
Fiksi PenggemarDua orang doktor muda yang bertugas bersama dalam unit perubatan kecemasan dan pembedahan di sebuah hospital. Disebabkan sudah lama mengenali, timbul perasaan suka dan cinta terhadap satu sama lain tetapi masing-masing masih keliru dengan perasaan m...