~.~.~.~.~
Hospital Dongguk...
Haerin baru tiba di hospital. Dia melangkah keluar daripada kereta dan mula berjalan masuk ke dalam bangunan hospital. Semasa dia hendak naik lif untuk naik ke tingkat 5 yang menempatkan biliknya, dia ternampak Wonwoo dan Yura berbual berdua di kafe hospital.
Haerin memerhatikan mereka berdua daripada jauh. Yura pula, ternampak Haerin. Dia ingin panggil Haerin tetapi Haerin terus pergi macam tu. Wonwoo mungkin tak perasan sebab dia duduk membelakangi Haerin.
Haerin meletakkan begnya di atas meja. Benci. Itu yang dia rasa. Kalau ya pun, mereka bercinta, tak payah lah tunjuk-tunjuk. Buat sakit hati je. Ergh!
Haerin mencebik marah.Kemudian, pintu biliknya dikuak. Yura masuk dan duduk dihadapan nya. Eh, baru sebut nama dah muncul. Ajaib. Yura pula asyik tersenyum-senyum.
"Kenapa?" tanya Haerin, masih mahu berlagak dingin."Aku bawa berita baik untuk kau ni". "Ahh! Aku tak nak dengar sbb aku dah tahu apa berita tu, so keluar please" kata Haerin. Dia tahu mesti Yura nak cerita padanya berkaitan hubungannya dengan Wonwoo. Yura berkerut seribu. "Kau dah tahu? Serius lah ni.." tanya Yura. Haerin mengangguk. Dia bangun dan mencapai kot nya. "Takpe, aku faham orang dah bahagia. Semoga hubungan korang berdua kekal okay.." kata Haerin sebelum melangkah keluar.
Yura tercenggang. Apakah? Apa benda pula si Haerin ni merepek.
Tak boleh jadi ni. Dia baru nak beritahu Haerin bahawa Wonwoo ajak Haerin untuk makan malam di rumahnya sebab keluarganya ada di Korea. Tapi, macam mana Haerin tahu. Eh pelik ni. Yura terus bangun dan keluar.Dia mencari kelibat Wonwoo di merata tempat. Sampai lah dia nampak Wonwoo dan Mingyu ada di hadapan bilik laporan imej. "Wonwoo!" jeritnya. Dua orang lelaki kacak itu memandang ke arahnya.
"Kenapa?" tanya Wonwoo. "Awak dah bagitahu Haerin ke yang awak nak ajak dia dinner malam ni?" kata Yura. Wonwoo menggeleng. "Saya suruh awak cakapkan.." balas Wonwoo. Yura makin pelik. Habis tu, apa benda si Haerin tu cakap. Haish! "Saya rasa Haerin ni makin pelik lah.." kata Yura.
"Pelik? Kenapa?" tanya Mingyu. "Haerin bad mood sejak akhir-akhir ni, lepas tu kalau boleh dia nak elakkan diri daripada jumpa kita dua ni hah. Apa masalah dia.." kata Yura. Makin pelik dia tengok kawan nya.
Dekat rumah pun jarang berjumpa. Mana tak nya, Haerin selalu pula pulang terlebih awal, manakala Yura dah malam baru pulang.Lepas tu, esok nya, Yura nak pergi kerja, Haerin dah keluar dulu. See? Takde masa nak berjumpa pun.
Tiba-tiba Yura macam terfikirkan sesuatu. "Wonwoo, hari tu awak ada jumpa dia nak tanya pendapat pasal mcm mana awak nak confess kan?" tanya Yura. Wonwoo mengangguk.
"Ha! Mesti dia jealous ni" kata Yura. "Kenapa pula dia nak jealous?" tanya Wonwoo."Okay guys, korang bual lah ya. Aku nak pergi buat kerja. Pening aku dengar" kata Mingyu. Selepas Mingyu pergi, Wonwoo dan Yura berjalan berdua.
"Haerin tu pelik. Saya rasa dia jealous sebab dia ingat awak dengan saya ada hubungan" kata Yura."What? Kenapa pula dia nak jealous?" tanya Wonwoo lagi, masih keliru. "Dia suka awaklah, Wonwoo!" Yura terlepas cakap.
Dia terus mengetuk kepalanya.
Wonwoo pula macam tak percaya apa yang dia dengar.
"Dia suka saya? Haerin sukakam saya?" tanya Wonwoo.Yura mengeluh. "Ya, dia sukakan awak sejak tahun lepas lagi..that's why saya kata dia jealous. Maybe dia ingat gadis yang awak suka tu ialah saya, tapi sebenarnya dia." kata Yura.
Wonwoo ketawa kecil. "Sebab tu dia berdingin je dengan kita..." kata Wonwoo. "Yes, right! Tak boleh jadi ni.." kata Yura."So nak buat apa skrg?" tanya Wonwoo. "Awak lah pergi ajak dia dinner tu. Saya rasa kalau saya yg cakap nnti lagi dia fikir lain" kata Yura. Wonwoo mengangguk. "Rasanya tadi mesti dia fikir yang awak nak bagitahu pasal hubungan kita" kata Wonwoo. Yura ketawa. Begitu juga dengan Wonwoo.
"Haih! Pelik lah Haerin ni.." kata Yura.~.~.~.~.~
Selepas memeriksa keadaan Seungjun, Wonwoo mengambil fail di hadapan katil dan mula menulis laporan. "Hyung.. noona mana?" tanya Seungjun. "Entah lah. Dia badmood dua tiga hari ni." kata Wonwoo.
"Eh, hyung tak ambil tahu ke? Bukan hyung suka noona ke?" tanya Seungjun. "Ermm, entahlah. Biarlah dia tu. Nanti cari hyung juga. Rindu"kata Wonwoo. Seungjun ketawa. "Ni bila boleh keluar ni? Dah 3 hari dah.. " rengek Seungjun. "Esok keluar lah. Luka jahitan tu pun dah okay. Kamu pun dah boleh bernafas dengan biasa, so nanti esok hyung failkan surat discharge kamu.." kata Wonwoo, sambil menutup fail.
"Good. Thank you,hyung. Hyung dah banyak tolong Seungjun" kata Seungjun. "Small matter. But, kena ingat.. jangan push sangat diri tu time berenang. Okay, goodluck next week okay. Hyung tahu, kamu impikan pingat emas tu" kata Wonwoo.
"Okay! Hyung pun goodluck" kata Seungjun. Wonwoo pelik. "For what?"." Eleh, Seungjun tahu hyung nak ajak noona dinner kan malam ni" kata Seungjun. "Eh! Mana kau tahu ni, suka sangat menyibuk" kata Wonwoo. Seungjun buat muka bangga nya dan Wonwoo menyampah melihatnya.
"Cepat-cepat confess tau hyung. Make her become yours. She's yours. Fighting! " kata Seungjun memberi semangat. Wonwoo cuma mampu ketawa.
~.~.~.~.~
Haerin mengambil kopi yang berada di atas kaunter setelah selesai membuat pembayaran. "Thank you..".
Dia terus mengeluarkan telefon nya daripada poket. Sejak tadi berdering. Dia perasan ada 2 missed calls dan mesej daripada Wonwoo. Kenapa pula ni?
Laju tangan nya membuka mesej daripada Wonwoo.From : Wonwoo
"Tengok atas.."
Eh? Apa pula.. Dia mendongak. Dia nampak Wonwoo berada di tingkat satu dan Wonwoo memanggilnya untuk naik ke atas. Terus saja kaki nya bergerak ke elevator. Malas nak naik lif. Sampai di atas, dia terus pergi ke arah Wonwoo. "Kenapa ni?" tanya Haerin.
"Sorry for yesterday. Btw, satu je kopi? Untuk saya takde?" kata Wonwoo, tersengih. Haerin memandang cawan kopi yang dipegangnya.
Terus saja dia hulur pada Wonwoo. "Ambil lah. Saya boleh beli yang baru. Pasal semalam tu, it's okay" kata Haerin. Wonwoo tersenyum dan dia tolak semula kopi tersebut pada Haerin. "Minum lah. Saya baru lepas minum kopi tadi dengan Yura.." Saja ditekan nama Yura untuk melihat reaksi Haerin.Haerin meneguk kopinya berkali-kali. Dah lah panas kopi tu, habis terbakar bibirnya. Tapi hatinya lagi terbakar."Ohh, okay..so saya pergi dulu" kata Haerin. "Eh, nanti. Saya tak habis cakap lagi" kata Wonwoo.
"Saya nak ajak awak dinner malam ni. Dekat rumah saya. Family saya ada dekat sini" kata Wonwoo. Haerin mengerutkan dahi nya. Kenapa ajak dirinya? Sedangkang yang sepatutnya jumpa keluarga Wonwoo adalah Yura. "Jangan lah berkerut. Saya ajak Mingyu dengan Yura sekali" kata Wonwoo.
Sebenarnya Mingyu dan Yura tiada pun. Ya mereka dijemput, tetapi dua-dua menolak. Ada kerja katanya. Wonwoo memandang Haerin yang berdiam diri.
"Haerin, awak nak tak?" kata Wonwoo. Kalau cakap ya, nampak sangat dia excited, kalau cakap tak, nanti rasa bersalah pula pada Wonwoo. "Tengok lah nanti. Kalau saya free malam ni, saya bagitahu" katanya. Wonwoo mengangguk. "Tu je kan, so saya pergi dulu.." kata Haerin. Dia terus melangkah pergi meninggalkan Wonwoo yang masih memerhatikan dirinya daripada belakang.
~.~.~.~.~
YOU ARE READING
HeartBeat [Jeon Wonwoo] ✓
FanfictionDua orang doktor muda yang bertugas bersama dalam unit perubatan kecemasan dan pembedahan di sebuah hospital. Disebabkan sudah lama mengenali, timbul perasaan suka dan cinta terhadap satu sama lain tetapi masing-masing masih keliru dengan perasaan m...