~.~.~.~.~
Haerin berjalan di tepi tasik pada malam hari. Angin meniup rambutnya dan gaun putih yang dipakainya ketika itu. Dia rasa sesuatu pada malam itu.
Tenang. Damai. Indah. Sweet. Romantik. Semua adalah!
Semasa dia berjalan, dia terdengar suara seseorang berdehem di belakangnya. Dia menoleh dan tersenyum melihat susuk tubuh seseorang. Seseorang yang telah mencuri hatinya.
"Hai..". Suara Wonwoo membuatkan Haerin memejamkan matanya. Tangan Wonwoo melilit pinggangnya daripada belakang. Wonwoo meletakkan dagunya di atas bahu Haerin.
"Sayang.. miss me?". Haerin tersenyum kecil. "Mestilah. Mana awak pergi? Rindu tau.." kata Haerin. Dia memusingkan tubuhnya dan kini dia menghadap Wonwoo. Wonwoo menyentuh pipi Haerin. "Saya ada je. Saya dah ada dekat sini. Rindu lagi?"
"Rindu sangat-sangat. I love you so much.." kata Haerin. Wonwoo mengucup bibir Haerin. Mereka berdua berada dalam keadaan itu untuk jangka masa yang agak lama. Wonwoo melepaskan ciuman dan membisikkan sesuatu di telinga Haerin. "I love you too.."
~.~.~.~.~
Haerin terjaga daripada tidurnya apabila dia merasakan ada seseorang mengusap lembut kepalanya. Haerin mengangkat kepalanya. Automatik matanya terbuka besar. Wonwoo dah pun sedar.
"Hai.."
Haerin tersenyum gembira. "Wonwoo! Awak dah bangun? Kejap! Saya cakap dengan doktor.. Eh! Tak tak! Saya kan ada.. eh, apa ni..". Wonwoo ketawa melihat Haerin gelabah semacam. Tangan Haerin di pegangnya membuatkan gadis itu memandangnya.
"Ya, saya dah bangun. Janganlah gelabah sangat. Saya tak apa-apa pun" kata Wonwoo. Tiba-tiba saja Haerin menangis. Wonwoo menarik tangan Haerin perlahan.
"Hei hei, kenapa menangis pula ni?" Wonwoo mengusap air mata di pipi Haerin. Haerin bangun daripada duduknya dan duduk di birai katil lalu memeluk tubuh Wonwoo. Wonwoo membiarkan Haerin menangis sehingga puas di dalam pelukannya.
Jujur dia cakap. Hilang semua ego dan perasaan marahnya pada Haerin. Cuma sayang saja ada dalam hati. Haerin selalu buat hatinya terasa tenang dan bahagia. Haerin buat dirinya lupa yang mereka ada masalah. Rasanya semuanya dah selesai. Tak perlu lagi menyeksa hati satu sama lain. Dah cukup terseksa dan sakit. Biarlah rindu yang mengubatinya.
Haerin melepaskan pelukan dan memandang tepat pada mata Wonwoo. "I miss you.." Wonwoo mengusik Haerin dan mencuit hidung gadis itu. "Awak ni jahat tau tak! Jahat! Jahat sangat-sangat" kata Haerin sambil memukul perlahan bahu Wonwoo.
"Aip, aip. Saya dah cedera dah ni, nak pukul lagi.." kata Wonwoo sambil memegang tangannya Haerin untuk menghentikan perbuatan Haerin itu. Haerin ketawa kecil. Wonwoo perasan akan kesan lebam pada leher Haerin.
"Kenapa ni?" Tangan Wonwoo mula menyentuh leher Haerin.
"Rachel.."
Wonwoo mengangguk faham.
"Awak buat saya takut.." kata Haerin.
"Takut? "
"Takut lah.. awak tinggalkan saya macam tu je.. tak sempat minta maaf pun.." Haerin mengesat air matanya yang berbaki di pipinya.
Wonwoo merapatkan dirinya pada Haerin. "Saya takkan tinggalkan awak..walau apa pun jadi. Kita dah janji kan?" Wonwoo mengusap pipi Haerin perlahan. "Awak.. tak tahu apa saya rasa.. masa tengok awak dalam surgery room..Sedih tau" kata Haerin. Wonwoo tersenyum.
"Terima kasih.."
"Untuk apa?"
"Awak dah selamatkan saya supaya saya boleh bersama awak lagi. Awak dah buat yang terbaik.. " kata Wonwoo. Haerin tersenyum.
YOU ARE READING
HeartBeat [Jeon Wonwoo] ✓
FanficDua orang doktor muda yang bertugas bersama dalam unit perubatan kecemasan dan pembedahan di sebuah hospital. Disebabkan sudah lama mengenali, timbul perasaan suka dan cinta terhadap satu sama lain tetapi masing-masing masih keliru dengan perasaan m...