~.~.~.~.~
Haerin tersedar daripada tidurnya. Betapa sakitnya kepalanya sekarang. Haerin melihat sekeliling. Dia berada di atas katil bilik hotelnya. Pelik.
Dia cuba mengingati apa yang berlaku semalam.Lobi.. Bilik Joshua.. Ada orang tekup mulut aku..
Haerin segera mencari telefon bimbitnya. Beg tangannya juga tiada di situ. Haerin menggeledah semua tempat. Tak jumpa. Macam mana ni.. Haerin bercadang nak turun ke lobi untuk beritahu pada pekerja hotel. Tapi belum sempat dia hendak membuka pintu, ada seseorang telah masuk ke biliknya.
"Joshua?". Joshua menoleh selepas menutup pintu. "Haerin awak dah bangun.. Awak okay?" tanya Joshua. Haerin duduk dia atas katil. "Ya.. tapi saya tak jumpa telefon saya.. beg saya pun takde. Apa jadi sebenarnya.." tanya Haerin.
"Oh, telefon awak saya simpan dalam laci. Beg awak saya letak kt dalam almari. Saya jumpa awak dekat depan bilik semalam, pengsan. Nasib baik kunci awak ada dalam beg, boleh saya buka bawa awak masuk.." terang Joshua.
Haerin mengangguk faham. Tapi dia perasan sesuatu. Joshua nampak gelisah semacam. Cara dia bercakap tadi pun agak mencurigakan. Haerin bangun dan membuka laci meja solek. Dia mengambil telefonnya. Dia mula memeriksa keadaan telefonnya.
Call log nya juga diperiksa. Mana tahu, ada missed calls. Tapi satu pun tiada. Haerin berkerut. Mesej juga tiada. Kosong. Pelik.
Takkan lah Wonwoo lansung takde call nya semalam. "Joshua, takde orang call saya eh? Masa saya pengsan.." tanya Haerin. Joshua menggeleng."Haerin.. saya balik bilik saya dulu ok. Awak dah okay kan, lagipun hari ni last kursus. Esok kita dah balik so saya nak kemas apa yang patut" kata Joshua. Haerin mengangguk dan hanya memerhatikan kelibat Joshua keluar daripada biliknya.
Sebaik saja Joshua menutup pintu bilik Haerin, telefonnya dikeluarkan dan nombor seseorang didailnya. "Dia dah bangun. Tapi dia tak ingat apa-apa" katanya.
"Bagus. Plan kita berjaya. Aku akan pastikan semuanya berjalan lancar. Dont worry, Haerin akan jadi milik kau tak lama lagi.."
"Baiklah.. aku akan perhatikan dia. Kau jangan lupa apa yang kita janji.. "
Selepas mematikan panggilan, Joshua tersenyum sinis. Dia sanggup buat apa saja demi Haerin. Dia akan jadikan Haerin miliknya bukan orang lain.
~.~.~.~.~
Seulgi menyusun pakaiannya masuk ke dalam bagasinya. Dia akan bertolak ke America pada malam ni untuk persiapan perkahwinannya. Sedang sibuk dia mengemas, pintu biliknya dibuka dan Wonwoo muncul.
Adik lelakinya itu terus saja baring di atas katil disebelah timbunan bajunya."Noona.. so lepas kahwin, noona duduk sana lah?" tanya Wonwoo.
"Dah tu, husband noona kerja sana..jadi memang duduk sanalah.."
"Sunyi baliklah rumah ni. Noona dah kahwin, then appa dah start kerja so omma dengan appa kena balik sana semula.. tinggal lah Wonwoo keseorangan lagi.."
Seulgi tersenyum melihat wajah adiknya yang masam mencuka tu. Mana tidaknya, lepas je habis belajar, Wonwoo terus dapat tawaran bekerja di hospital di Seoul. Terpaksalah dia tinggal di Korea seorang diri memandangkan kedua-dua ibubapanya ada pernigaan di America sana. Dah 3 tahun dah dia tinggal bersendirian. Mesti lah sunyi. Sekali sekala pula tu baru keluarganya datang ke sini ataupun dia akan balik ke America.
"Tulah, noona suruh kamu apply tukar ke America, tak nak. Nak stay juga kat hospital tu.. kena lah tinggal sorang-sorang.."
Wonwoo menjeling Seulgi. "Whatever.." balas Wonwoo. Seulgi perasan yang Wonwoo nampak lain sejak dua tiga hari ni. Nampak macam ada masalah tapi disembunyikan. "Kamu ada masalah ke Wonwoo? Macam stress je noona tengok kamu ni" tanya Seulgi. Wonwoo mengangguk. Senang berterus-terang. Tak payah simpan daripada kakaknya sebab lama-kelamaan nanti orang tahu juga.
Seulgi berhenti mengemas bajunya. Tumpuannya kini fokus pada Wonwoo. "Tell me what is it..". "Haerin.. " balas Wonwoo ringkas. "Kenapa dengan dia? Dia buat something yang teruk ke?" teka Seulgi. Wonwoo mengangguk perlahan kemudian mengeluh berat.
"Sakit hatilah noona! Semua perempuan sama je. Hana dulu pun sama, sekarang Haerin pula.. I dont know what to do. Malas nak fikir.." kata Wonwoo. Geram dengan kisah hidupnya. Dia pernah dilukai dulu, sekarang benda yang sama berulang. Luka dihati masih belum pulih, tapi kali ni makin bertambah pula lukanya.
"Apa dia buat? Curang?"
"Susah nak cakap lah noona. Wonwoo malas nak fikir. Rasa nak minta putus pun ada, tapi Wonwoo still tak dengar dia explain lagi.. so kena lah tolak ansur.."
"Kamu kena sabar.."
"Sebab Wonwoo selalu bersabar lah orang mainkan hati Wonwoo"
"Kamu call dia tak? Tanya apa jadi?"
"Call pun tak jawab. Matikan. Mesej, lansung tak baca. Balas apatah lagi.."
"Then, kamu putus asa dah?"
"Dah tu?"
"Call lagi. Sampai dia angkat. Tanya dia baik-baik.."
"Wonwoo dah penat lah, noona. Bila Wonwoo nak call dia, semuanya datang balik dalam kepala otak ni. Sakit hati tahu tak. Sedih, marah, geram semua ada. Rasa nak mati je"
"Ish! Ke situ pula dia ni. Slow talk okay. Takkan nak tunggu dia yang datang kat kamu.."
"Tengoklah nanti. Pening kepala Wonwoo fikir pasal ni"
Seulgi cuma memandang adiknya. Bajunya yang ditolak ke tepi tadi, dikemas semula.
"Wonwoo! Rachel ada kat bawah. Kata kamu nak keluar dengan dia!" jerit Puan Jeon daripada ruang tamu. Wonwoo segera bangun daripada pembaringannya. Dia melihat jam tangannya. Aduh, macam mana pula boleh lupa yang dia nak keluar teman Rachel cari hadiah untuk kakaknya.
Terus saja dia keluar daripada bilik Seulgi dan masuk ke biliknya. Wonwoo cepat-cepat tukar bajunya dan mencapai kunci kereta serta telefon bimbitnya. Langkah diatur turun ke bawah dengan laju.
"Sorry.. " kata Wonwoo sebaik saja turun ke bawah. Rachel cuma tersenyum. "Kamu berdua nak keluar pergi mana?" tanya Puan Jeon. "Cari wedding gift untuk Seulgi unnie.." balas Rachel. Puan Jeon mengangguk dan berpesan pada mereka untuk berhati-hati. Mereka berdua keluar dan masuk ke dalam kereta milik Wonwoo.
Kereta Wonwoo meluncur laju di atas jalan raya. Suasana dalam kereta agak kekok. "Wonwoo.. ingat tak dulu time kita high school, awak pernah ajak saya ponteng kelas.." kata Rachel memulakan perbualan. Wonwoo tersenyum dan mengangguk. Mestilah dia ingat.
"Of course ingat.."
"Time tu awak baru dapat lesen dua hari, then appa awak bagi drive kereta dia.. terus awak ajak saya ponteng kelas.."
"Yup, seronok apa. Dapat drive untuk larikan diri"
"Yelah tu, tak pasal-pasal saya terlepas kelas chemistry saya.."
"Eh salah kan orang pula. Dia yang main cakap 'okay' time tu"
"Yelah, dah awak ajak. Siap paksa lagi"
"Rileks lah, kita satu kelas kot"
"Sebab saya skip kelas satu hari je, terus result exam saya chemistry dapat A- je"
"Itu sebab awak tak belajar. Saya ponteng still dapat A+. See siapa yang salah sekarang"
Mereka berdua bergelak tawa mengingati saat-saat mereka bersama dahulu. Yelah, daripada kecik sampai ke besar mereka membesar bersama. Jadi tak mustahil untuk Rachel menyimpan perasaan pada Wonwoo. Tapi Wonwoo cuma menganggapnya sebagai seorang sepupu dan juga kawan. Itu yang buatkan Rachel betul-betul geram. Dia nak Wonwoo menjadi miliknya. Jadi apa saja, dia sanggup lakukan.
Dia tahu Wonwoo ada masalah dengan Haerin, jadi inilah peluang nya untuk mencuri hati Wonwoo. Rachel datang ke Korea dengan tujuan untuk dapatkan Wonwoo. Jadi, kalau dia datang dengan harapan, dia akan pastikan apabila dia pulang ke America harapannya telah tercapai.
Harapannya untuk bersama dengan Wonwoo. Sampai bila-bila...
~.~.~.~.~
YOU ARE READING
HeartBeat [Jeon Wonwoo] ✓
FanficDua orang doktor muda yang bertugas bersama dalam unit perubatan kecemasan dan pembedahan di sebuah hospital. Disebabkan sudah lama mengenali, timbul perasaan suka dan cinta terhadap satu sama lain tetapi masing-masing masih keliru dengan perasaan m...