~.~.~.~.~
Haerin masuk ke dalam bahagian unit rawatan rapi (ICU) dan berlari mencari bilik Lee Daeun.
Sampai saja disana dia nampak Joshua dan Yura ada didalam.
"Joshua, kenapa?"."Based on ct scan, ada darah beku dekat tempat pembedahan"
"Macam mana boleh jadi mcm tu?"
"Rasanya ada pendarahan berlaku tanpa kita sedar, tetapi dah membeku.."
Haerin bercekak pinggang. Dia tak tahu nak buat apa. Joshua pula belum mahir lagi dalam bab-bab macam ni. Kemudian, Haerin nampak Wonwoo berjalan di luar bilik. Terus saja dia panggil Wonwoo masuk ke dalam.
Yura menyerahkan laporan ct scan pada Wonwoo untuk dilihat dan diperiksa. "Hmm, ada ketulan darah beku dekat bahagian serebrum.."
"Bahagian tu juga lah kitaorang buat surgery sebab hentakan" terang Joshua.
Wonwoo mengangguk. "Ada satu cara je nak buang darah beku tu. Pembedahan. Tapi serebrum dia berkemungkinan rosak dan kemungkinan untuk dia hilang ingatan dan lumpuh sangat tinggi"
Haerin dan Joshua serta Yura terdiam. "Lumpuh?"
"Ya, dia takde waris keluarga atau kawan ke yang ada dekat sini? Kalau ada minta dia isi borang pembedahan, tu pun kalau mereka setuju. Kalau tak, kita tak boleh buat apa-apa"
"Ada. Pesakit Kim Jaehyun, kawan Daeun yang terlibat sekali dalam kemalangan"
"Cuba cari keluarga pesakit dulu. Dah ada kelulusan baru kita buat pembedahan"
Joshua keluar untuk beritahu pada nurse yang bertugas untuk menghubungi keluarga Lee Daeun. Manakala, Yura naik ke wad Kim Jaehyun untuk dapatkan maklumat keluarga Lee Daeun, jika Jaehyun tahu.
Haerin duduk di kerusi di sebelah katil Lee Daeun dan memegang tangan gadis yang tak sedarkan diri itu . "Dia akan mati ke kalau kita tak buat pembedahan?".
Wonwoo memandang Haerin yang kelihatan risau. "Janganlah risau sangat. Saya akan pastikan dia akan selamat" kata Wonwoo.
Haerin tersenyum mendengar kata-kata Wonwoo. Bukan apa, Haerin percayakan Wonwoo. Dia tahu Wonwoo akan buat yang terbaik untuk selamatkan sesiapa pun yang memerlukan.
~.~.~.~.~
Wonwoo dan Haerin masing-masing duduk di ruangan menunggu di luar wad ICU.
Baru kejap tadi, Yura bagitahu keluarga Lee Daeun dalam perjalanan. Keluarganya tidak tahu lansung mengenai kemalangan yang berlaku. Menurut Yura, keluarga Daeun beritahu bahawa dah hampir 5 bulan Daeun tak berhubung dengan keluarga nya sejak dia berpindah ke Seoul.
Haerin memandang ke arah lif. Dia nampak pasangan suami isteri yang berumur dalam lingkuan 40-an. Mungkin itu ibubapa Daeun.
"Wonwoo.." Haerin mengoyangkan tangan Wonwoo yang begitu fokus pada permainan di telefonnya.
Mereka berdua bangun apabila kedua-dua pasangan tersebut berjalan ke arah mereka."Annyeonghaseyo.." tegur wanita itu. Wonwoo dan Haerin menunduk hormat pada kedua-dua nya. "Awak berdua ke doktor yang panggil kami ke sini mengenai Daeun?" tanya si suami pula.
"Ya, saya doktor Haerin. Ini doktor Wonwoo. Kami berdua yang bertanggungjawab untuk Daeun.."kata Haerin.
"Saya rasa baik Encik dan Puan ikut kami ke bilik Daeun" kata Wonwoo pula.
Mereka berdua membawa ibubapa Daeun pergu ke ruang ICU dan terus ke bilik Daeun.
Sebaik saja mereka masuk, ibu Daeun terus menerpa ke arah anaknya yang tak sedarkan diri di atas katil.
YOU ARE READING
HeartBeat [Jeon Wonwoo] ✓
FanfictionDua orang doktor muda yang bertugas bersama dalam unit perubatan kecemasan dan pembedahan di sebuah hospital. Disebabkan sudah lama mengenali, timbul perasaan suka dan cinta terhadap satu sama lain tetapi masing-masing masih keliru dengan perasaan m...