~.~.~.~.~
Haerin berjalan ke dalam wad pembedahan. Dia nampak Wonwoo dan Mingyu berada di kaunter untuk menyemak fail masing-masing. Haerin datang dan berdiri di tepi mereka berdua.
"Nurse, bagi saya fail patient bilik 7 dan 8.." kata Haerin. Nurse tersebut mencari fail di rak yang disediakan. "Maaf, doktor. Fail takde dekat rak.. " kata nurse tersebut. Haerin melihat fail yang berada di hadapan Wonwoo.
Dia nampak fail pesakitnya di situ. "Bagi saya fail pesakit saya.." kata Haerin pada Wonwoo. Wonwoo mengambil fail tersebut dan beri pada Haerin tapi Haerin merentap fail tersebut dan berjalan pergi.
"Woah, badmood ke tu? Lain macam je.." kata Mingyu. "Maybe.." kata Wonwoo.
Selepas beberapa minit, Haerin datang balik ke kaunter dan meletakkan fail nya di atas meja kaunter. Telefon nya berbunyi. Dia mengangkat call tersebut.
"Apa? Siapa yang in charge patient tu? Panggil dia sekarang, masuk bilik saya..." marah Haerin semasa dia menjawab panggilan.
Wonwoo dan Mingyu memandang satu sama. "Badmood betul tu.. " kata Mingyu. Mereka berdua melihat Haerin pergi daripada situ dengan muka marah. Wonwoo pun pelik. Haerin tak pernah badmood macam tu pun sebelum ni.
~.~.~.~.~
Wonwoo keluar daripada bilik pembedahan. Tetapi dia dikejutkan dengan bunyi suara seseorang sedang marah. Dia terus ke kaunter utama di situ.
Dia nampak Haerin sedang memarahi seorang doktor pelatih ."Awak tahu tak patient tu kena jangkitan kuman? "
"Tahu.."
"Jadi, awak tak boleh peka ke! Kalau jangkitan kuman tu merebak, luka pembedahan tu jadi teruk lah! Please be alert! Benda ni bukan boleh main-main. Kalau teruk tadi jangkitan kuman dia, boleh sebabkan kematian! Awak nak tanggung ke? " marah Haerin.
Doktor pelatih tersebut berkali-kali minta maaf. Nasib baik Haerin terimanya. Wonwoo berjalan dibelakang Haerin dan terkejutkan nya. Haerin menoleh dengan muka geram.
"Kenapa? Tepilah! Saya nak buat kerja!" bebel Haerin. Wonwoo menggeleng. "Kenapa dengan awak ni? Badmood ?" tanya Wonwoo. "Tak payah sibuk!" marah Haerin. Kemudian Yura dan Mingyu datang.
"Guys, jom lunch" ajak Yura. Haerin memghentak fail yang berada di tangan nya. Dia terus berjalan pergi daripada situ.
Mereka bertiga terkejut dengan tindakan Haerin. "Marah betul. Kenapa tu?" tanya Yura. "Entahlah.Daripada pagi tadi badmood semacam je" kata Mingyu. "Something tak kena ni. Biar saya cakap dengan dia.."kata Wonwoo. Dia berjalan ke arah Haerin pergi tadi."Eh? Jadi apa guna nya kita ajak dorg? Dua-dua pergi mcm tu je" kata Yura. "Dah lah! Biarkan dorg tu. Jom, makan. Saya lapar dah ni.."kata Mingyu. "Eh, eh. Belanja eh" kata Yura. "Okaylah. Sebab saya tahu awak akan sayang saya kalau saya yang belanja" kata Mingyu lalu dia mencuit hidung Yura sebelum berjalan pergi. "Yah! Kim Mingyu!".
Meanwhile...
Wonwoo mengetuk pintu bilik Haerin. Sebaik saja dia dengar jawapan daripada dalam dia terus masuk. Dia nampak Haerin sedang bermain telefonnya. Dia terus duduk dihadapan Haerin.
"Nak apa?" tanya Haerin. "Bagitahu saya, kenapa dengan awak hari ni? Satu hari awak dingin dengan saya.. selalunya awak tak macam ni.." kata Wonwoo.
"Tak perlu tahu kenapa dengan saya.."
"Tapi kenapa? Saya ada buat salah ke? Kalau ya, bagitahu saya. Saya boleh betulkan salah saya.."
"Apa-apa jelah. Tinggalkan saya seorang sekarang ni..."
"Haerin ah.."
"Keluar lah. Saya tak nak tengok muka awak.."
"Haerin! Kenapa dengan awak ni??", Wonwoo meninggikan sedikit suara dia.
"Dah lah Wonwoo. Awak pergi buat kerja awak. Saya tak nak tengok muka awak..".
Wonwoo mendengus geram. Dia terus keluar daripada bilik Haerin. Dia cuba fikir semula, jika dia ada buat salah atau terguriskan hati Haerin. Dia tak nak plan dia untuk luahkan perasaan pada Haerin nanti, tak berjaya.
Dia tak suka tengok Haerin macam tu. Dia sukakan Haerin yang ceria, peramah dan comel.
Bukan Haerin yang hari ni. Wonwoo mengeluh perlahan.~.~.~.~.~
Sepanjang hari, Haerin berdingin. Ya, dia cuma sakit hati pasal Wonwoo. Dia tahu dia nampak macam tak matang. Tapi, dah memang dia ada sifat mudah sakit hati jika orang yang disukainya, tiada lansung perasaan pada dirinya.
Dia dah penat terluka. Kenapa mesti dia asyik terluka. Dulu masa dia berada di sekolah tinggi, dia juga dikecewakan. Lelaki yang disukainya, menolak perasaan nya dan memberitahu bahawa dia telah jatuh hati pada orang lain.
Sama juga semasa dia di kolej, dia baru bercadang nak luahkan perasaannya pada salah seorang seniornya, tapi malang betul nasib dia pada hari tu. Sebab apa? Senior nya itu buat pengumuman bahawa dia akan bertunang dengan salah seorang pelajar di kolej tu. Hancur harapannya pada hari tu.
Kali ni, sama juga. Dia sukakan Wonwoo, tapi Wonwoo suka pada orang lain. Haih! Apalah nasib dirinya ni. Dia pun nak rasa bahagia nya percintaan. Dia pun ingin ada seorang teman lelaki. Ya, dia sentiasa cemburu apabila melihat pasangan bercinta. Nampak mcm budak-budak betul dirinya ni. Benda macam tu pun nak cemburu, tapi dia memang macam tu.
"Ha! Termenung apa lah tu kan! Ni kamu tengok tv ke, tv yang tengok kamu?" tegur Haejoon. Daripada tadi dia memerhatikan adiknya termenung. Jauh betul.
"Ni fikir pasal Wonwoo lagi ke?" tanya Haejoon.Haerin mengangkat bahunya. "Haerin, oppa nak tanya.. Kamu ada ada tanya tak dkt Wonwoo siapa perempuan yang dia suka tu?". Haerin menggeleng laju.
Haejoon dah agak. "Habis tu? Macam mana kamu tahu dia suka pada Yura?" kata Haejoon.Haerin ni pun satu juga, cemburu tak menentu. Tapi tak pernah pun tanya pada Wonwoo siapa gadis yang disukainya itu.
"Oppa, malam yg Haerin jumpa dia tu, Haerin bagitahu dia, kalau dia suka kat gadis tu so dia kena berterus terang... Dah tu, esok nya, dorg dua tu bermesra. Sebelum ni tak pernah pun. Jadi mestilah Wonwoo tu dah confess pada Yura kan.. sebab Haerin nampak dengan mata Haerin sendiri, Wonwoo tarik Yura pergi satu tempat.." terang Haerin.
"Mana tahu, Wonwoo tu nak bagitahu something important dkt Yura ke.. kamu ni kan! Suka fikir negatif lah"
"Ish! Yang oppa ni asyik back up dorg tu kenapa? Oppa suka tengok Haerin ni terluka kan.."
"Haerin, kamu tu yg berperangai mcm budak tak matang tau. Sikit-sikit cemburu, tapi tanya tidak" kata Haejoon.
Haerin menjeling abangnya, geram. Bukan nak support adiknya, tapi lagi buat orang skait hati adalah. Dia terus bangun dan berjalan masuk ke dalam biliknya.
"Cuba kamu fikir, mana tahu, orang yang Wonwoo suka tu bukan Yura, tapi kamu..." Haejoon menjerit dan langkah Haerin terhenti. Betul juga apa abangnya cakap. Dia tak pernah tanya Wonwoo pun. Jadi mungkin Wonwoo ada perasaan padanya.
Ahh! Malaslah nak fikir. Dia terus masuk ke dalam biliknya. Patung arnab yang berada di atas katil itu diambilnya. "Saya harap awak suka saya, Wonwoo..." bisik hati Haerin.
~.~.~.~.~
YOU ARE READING
HeartBeat [Jeon Wonwoo] ✓
FanfictionDua orang doktor muda yang bertugas bersama dalam unit perubatan kecemasan dan pembedahan di sebuah hospital. Disebabkan sudah lama mengenali, timbul perasaan suka dan cinta terhadap satu sama lain tetapi masing-masing masih keliru dengan perasaan m...