~.~.~.~.~
Wonwoo duduk di kafe seorang diri. Cawan plastik berisi ice americano di genggamnya.Fikiran nya teringatkan akan kata-kata Puan Yoo sebentar tadi.
--flashback--
Selepas habis kerja, Haerin terus keluar daripada bilik 13. Manakala, Wonwoo masih berada di tepi katil Puan Yoo.
"Doc Wonwoo.."
Wonwoo memandang Puan Yoo yang berada di sisinya. "Doc Haerin tu baik orangnya. Cantik, manis, ayu je. Doc tak berkenan ke?" tanya Puan Yoo. Wonwoo tergamam. Soalan apa pula ni.
Macam mana dia nak jawab..."Hahaha, mak cik, saya dgn Haerin kawan je.. " katanya,segan."Tahu. Tapi, mak cik yakin.. satu hari nanti kamu berdua akan bersama. Kamu dgn Doc Haerin tu, sesuai sangat.." kata Puan Yoo.Wonwoo cuma tersenyum. Kekok pula rasanya.
"Saya tak pasti lah mak cik.." kata Wonwoo."Cuma ingat pesan mak cik, kalau dah bersama, jangan pernah lukakan hati Doc Haerin tu. Jangan sakitkan hati dia, atau sedihkan dia pun tak boleh.. ya. Jaga dia baik-baik.. Doc Haerin tu, lain. Dia cuma ada 1 daripada 10 gadis tau.. " kata Puan Yoo.
--end of flashback--
Wonwoo berfikir sejenak. Dia sendiri tak tahu apa perasaan dia terhadap Haerin. Memang dia tak nafikan apa yang Puan Yoo kata tu betul. Haerin seorang yang cantik, baik hati, penyayang, caring, ayu dan comel. Tapi, Wonwoo confuse dengan hatinya.Dia dah berkawan dengan Haerin hampir 3 tahun, takkan tiba-tiba boleh jatuh cinta.Lagipun dia ada pengalaman, jadi dia tak nak perkara yang sama berulang lagi.
Air dihadapan, diteguknya. Sesekali dia mengeluh perlahan.
Pening kepalanya memikirkan perkara ni.Tapi, kalau lah dia suka pada Haerin... adakah Haerin pun ada perasaan yang sama pada dirinya...~.~.~.~.~
Haerin dan Yura duduk melepak dihadapan kaunter. Saja nak berbual dengan nurse yang ada disitu. Lagipun, masa ni ialah masa rehat mereka berdua. So, lepaklah. Sedang mereka berbual, Haerin nampak Wonwoo berjalan ke arah bertentangan.
Muka Wonwoo macam tengah fikirkan sesuatu yang rumit je.
Wonwoo lalu disebelah Haerin dan Yura, tapi dia tak perasan pun akan mereka berdua. "Aik? Asal muka dia mcm tu? Kita pun tak dinampaknya.." kata Yura.
Haerin tak dengar pun yang Yura katakan. Dia terus ikut Wonwoo.Wonwoo masuk ke biliknya. Dia baru saja nak duduk di kerusi, tetapi pintu biliknya ditolak dan Haerin masuk. "Haerin ?".
Haerin cuma tersenyum lalu dia duduk dihadapan Wonwoo.Dia cuma pandang Wonwoo."Awak ni dah kenapa?" tanya Wonwoo, pelik. "Saya yang patut tanya soalan tu kat awak. Awak tu yang kenapa? Muka frust semacam je.." kata Haerin.Wonwoo mengeluh."Nothing.." balas Wonwoo."Alah, tak nak story dgn saya ke?" kata Haerin.Wonwoo cuma menggeleng. Disebabkan dia malas nak layan Haerin, dia pun bermain game di komputernya.
Haerin pula asyik suruh dia cerita. Aduii, minah ni. Orang nak rehat sekejap pun tak boleh.
Haerin kedepankan mukanya dan toleh ke arah komputer Wonwoo."Lah! Main game rupanya.. ingat kan apa lah.."kata Haerin. Dia toleh kedepan tetapi...mukanya berada betul-betul dihadapan muka Wonwoo dan Wonwoo sedang memandangnya.Jarak mereka berdua betul-betul rapat. Haerin rasa kalau dia kedepan sikit, hidung mereka dah bersentuh. Mata mereka berdua bertentang antara satu sama lain. Entah kenapa, jantungnya berdegup dengan laju. Rasa macam nak tercabut je jantung ni sebab laju sangat berdegup.
Wonwoo pula, dia rasa lain. Dia terdiam dan kaku. Dia sendiri tak sangka mereka berdua akan berada dalam keadaan macam ni.Mata, hidung dan juga bibir Haerin dilihatnya satu persatu.
Haerin juga sedang menatap matanya. Dia bergerak ke hadapan sedikit, dan hidungnya bersentuhan dengan hidung Haerin. Dia boleh rasakan hembusan nafas Haerin di mukanya."Wonwoo ni ad--- Ops! Sorry..Aku keluar dulu.." kata Mingyu lalu keluar. Haerin terus kebelakang. Dia macam tersedar daripada mimpi. Dia berdiri dan pandang Wonwoo sekilas, sebelum berlari keluar. Sebaik saja dia tutup pintu, dia bersandar di pintu.
Dia mengurut dadanya. "Apa tadi.. tu. Kenapa dia pandang aku mcm tu.. haish! Gila dah agaknya aku ni! Ish!" bebel Haerin. Dia terus berlari ke tempat lain untuk menenangkan perasaanya.Sementara Wonwoo, dia masih kaku di kerusi. Dia memegang hidungnya. Dia sendiri tak tahu kenapa dia buat macam tu. Jantungnya pula berdegup kencang dan dia rasa berdebar.
Apa semua ni? Kenapa dia rasa macam ni? "Haish! Wonwoo! Apa kau buat.. Tapi, betul ke aku suka Haerin.. kenapa aku rasa macam ni.." bisik hati nya. Dia perasan yang tetiba dirinya terasa panas.
Dia melihat cermin di mejanya.
Wajahnya merah. "Apakah.. kenapa muka aku merah pula ni? Apasal dengan aku ni? Aduhai! Wonwoo! Wonwoo! Apa kau buat ni... " bebelnya pula. Dia terus bersandar di kerusi dan memejamkan mata. Dia betul- betul keliru sekarang ni...~.~.~.~.~
YOU ARE READING
HeartBeat [Jeon Wonwoo] ✓
FanficDua orang doktor muda yang bertugas bersama dalam unit perubatan kecemasan dan pembedahan di sebuah hospital. Disebabkan sudah lama mengenali, timbul perasaan suka dan cinta terhadap satu sama lain tetapi masing-masing masih keliru dengan perasaan m...