Chapter 47

468 53 0
                                    

~.~.~.~.~

Disebuah gudang lama..

"Woi! Bangun lah!" Haerin membuka matanya perlahan apabila dia terasa dirinya ditampar dengan begitu kuat.
Semuanya gelap cuma terdapat beberapa cahaya daripada tingkap yang terbuka.

"Bangun pun kau..Ingat dah mampus!" Haerin berkerut. Dia mencari siapa punya suara. Kemudian, ada seseorang mencengkam pipinya kuat. Haerin terkejut apabila melihat Rachel yang berbuat demikian pada dirinya.

"Kenapa? Terkejut tengok aku ke?" Rachel tersenyum penuh jahat. Dia membuat muka kesian pada Haerin.

"Aku dah cakap kan, aku tak puas lagi main dengan kau. This is the last time okay. Aku dah penat. Penat terluka tengok kau dengan Wonwoo! " Rachel melepaskan cengkamannya. Dia membuka ikatan sapu tangan pada mulut Haerin.

"Kau..nak.. apa? Lepaskan..aku!!"

Plak!

Haerin terasa bahang di pipinya akibat ditampar. Dia memandang ke arah Rachel.

"Kau bodoh Haerin! Bodoh! Kau rampas Wonwoo daripada aku!
Kau memang tak guna. Kalau bukan sebab kau, maybe aku dah bahagia hidup dengan Wonwoo. Semuanya salah kau!" jerit Rachel.

Dia merentap rambut Haerin dengan kuat. Air mata Haerin mula mengalir perlahan di pipinya. "Kesian betul kau ni.  Aku still tak faham, kenapa dia suka perempuan macam kau ni. Ahh! Mesti sebab, kau dah racun dia supaya dia jatuh hati dekat kau. Betul kan?!"

"Mana adalah! Kenapa aku..nak buat macam tu.. pula?!"

Rachel ketawa. Dia menepuk tangannya seperti hendak membuang habuk yang terlekat di tangannya. "Kau duduk lah sini sampai bila-bila.. Okay?" Rachel keluar daripada bilik tersebut dan dua orang lelaki bertubuh tegap masuk ke dalam.

Salah seorangnya mengikat balik mulut Haerin dan menguatkan lagi ikatan kaki dan tangan Haerin pada sebuah kerusi yang didudukinya. Haerin cuma mampu menangis dalam diam.
Tak guna pun kalau dia nak jerit. Takde orang dengar atau akan bantu dia.

Dia cuma berharap satu perkara je. Wonwoo. Dia berharap sangat Wonwoo akan datang menolongnya.

~.~.~.~.~

Hospital Dongguk..

Wonwoo membuka pintu bilik Haerin. "Bahh! Eh?" Dia agak terkejut apabila bilik Haerin kosong. Mana pula perginya. Selalunya waktu-waktu pagi ni, Haerin akan berada di biliknya.

Wonwoo menutup kembali pintu dan berjalan ke sana ke mari mencari kelibat Haerin. Semasa dia pergi ke rumah Haerin tadi, tiada siapa pun di rumah. Apabila dia menelefon Haerin, tak diangkatnya. Cuma satu pesanan mesej yang dia terima.

From : Haerin

"Saya pergi hospital dengan Yura. Dia kata bosan drive sorang-sorang"

Jadi dia terus ke hospital. Wonwoo mengeluh apabila dia tak nampak lansung kelibat teman wanita nya itu. Kemudian, dia ternampak Yura dan Mingyu sedang berbual bersama di hadapan kaunter farmasi. Dia pun terus pergi ke arah mereka berdua.

"Yura..". Yura menolehkan kepalanya ke belakang. Mingyu juga. "Ouh, Wonwoo.. kenapa?" tanya Yura.

"Ada nampak Haerin?"

Yura berkerut dahi. "Haerin? Bukan dia dengan awak ke?"

"Eh! Mana ada. Saya baru je sampai. Sebab tu saya tanya awak, saya tak jumpa dia"

"Haerin tak balik rumah pun semalam"

"Apa?!" Terkejut Wonwoo dibuatnya. Mustahil. Dia sendiri yang hantar Haerin. "Eyy, saya yang hantar dia balik.."

"Betul. Dia tak balik pun. Pagi tadi, bilik dia kosong. Kereta je ada" kata Yura.

"Serius lah?" tanya Mingyu. Dia juga pelik dengan situasi sekarang. Wonwoo kata Haerin dah balik tapi Yura kata sebaliknya.

"Awak hantar dia sampai lobi je?"

Wonwoo mengangguk. "Dia siap hantar mesej kata dia pergi hospital dengan awak hari ni.." kata Wonwoo sambil menunjukkan mesej yang dia dapat pagi tadi. Yura menggeleng. "Haerin memang tak balik rumah"

"Habis tu? Dia pergi mana?" tanya Mingyu. Wonwoo terfikirkan sesuatu. "Tak kan.."

"Culik!!" Yura dan Mingyu berkata serentak. Wonwoo memandang mereka berdua.
"Haerin kena culik? Tak mungkin lah" kata Wonwoo.

"Cuba call dia.." kata Yura. Wonwoo mendail nombor Haerin tapi telefonnya off. "Aduh.. mana pula Haerin ni.. Phone off pula tu.. " kata Yura risau. Mingyu cuba menenangkannya. Wonwoo lagi lah risau. Dia sendiri yang hantar Haerin.

"Ergh!" Wonwoo terus pergi daripada situ. Dia masuk ke biliknya. Fikirannya mula fikir macam-macam yang negatif.
Semuanya salah dia. Kalau dia teman Haerin, semuanya takkan jadi macam ni. Sepatutnya dia ikut saja Haerin naik sampai depan rumah.

"Haerin.. mana awak.."

~.~.~.~.~

Rachel berjalan ke bilik Wonwoo.
Belum sempat masuk lagipun, dia dah nampak Wonwoo keluar pergi. Rachel mengikutnya.
Rupa-rupanya Wonwoo pergi jumpa dengan Mingyu. Rachel mendengar perbualan mereka.

"Takkan sampai sekarang takde khabar pasal Haerin? tanya Mingyu. Wonwoo menggeleng.
"Phone dia off, aku tak tau nak buat apa dah" kata Wonwoo. Buntu dah kepalanya nak cari Haerin kat mana.

Rachel cuma tersenyum gembira.
Padan muka, bisik hatinya. Rachel pusing ke belakang dan dia terkejut. "Josh?"

"Apa awak buat kali ni? " tanya Joshua. "Mana ada saya buat apa-apa..". "Then? Haerin mana?..awak ada kaitan dengan semua ni, betul tak?"

"Haerin hilang? Kesiannya.." kata Rachel. Dia cuba berlalu pergi daripada situ tapi tangannya direntap kuat dan ditarik ke satu tempat. "Ish! Joshua lepaskan lah!" marah Rachel.

Joshua melepaskan tangan Rachel. Kemudian, dia mengeluarkan sesuatu daripada poket kotnya. "Ni.. awak terjatuhkan ni daripada handbag awak pagi tadi.. tapi saya yakin ni bukan awak punya" Joshua menunjukkan seutas gelang tangan berwarna putih pada Rachel.

Rachel terkebil-kebil memandang Joshua. Macam mana.. Aduh! Dia yang ambil gelang tangan Haerin itu tapi macam mana boleh jatuh pula. Aish!

"Ni, Haerin punya kan? Saya pernah nampak dia pakai benda ni" kata Joshua.

Rachel ingin merampas gelang tersebut tapi Joshua menyimpannya semula dalam poket. "Bagi saya balik. Itu saya punya. Mana saya tahu Haerin pun ada gelang tangan sama!"

"Awak nak saya bagi gelang ni pada Wonwoo ke? Maybe Wonwoo boleh sahkan gelang ni milik Haerin atau tak.."

"Ish! " Rachel menghentak kakinya dan terus berjalan pergi daripada situ. Panas betul hati.
Erghh! Asal lah dia boleh cuai sangat sampai boleh jatuhkan gelang tu. Penat je dia rampas daripada Haerin.

Rachel mengeluarkan telefonnya.

"Hello? Aku nak korang pastikan tiada siapa yang tahu mana perempuan tu.. Pastikan semua bahan bukti dah lesap..faham tak!!" kata Rachel. Dia mematikan telefonnya dan berjalan pergi.

Tanpa dia sedar, Joshua mengikutnya dan telah merakam perbualannya tadi. Joshua pasti Rachel angkara Haerin hilang.
Wonwoo sendiri yang beritahunya pagi tadi bahawa gadis itu hilang. "Aku akan pastikan kau menyesal Rachel. Aku akan balas balik..".

Joshua berjalan ke satu tempat. Iaitu bilik Wonwoo. Diketuknya perlahan bilik Wonwoo dan masuk ke dalam selepas terdengar suara Wonwoo daripada dalam.

"Joshua.."

"Aku benda nak cakap dan tunjukkan dekat kau"

~.~.~.~.~

HeartBeat [Jeon Wonwoo] ✓Where stories live. Discover now