~.~.~.~.~
"Sayang! Cepatlah nanti flight awak tertinggal!".
Haerin berlari turun dengan tergesa-gesa. Dia dapat lihat suaminya, Wonwoo duduk di sofa selamba je. Siap tersengih pula tu. Haerin melihat jam di tangannya.
"Awak tipu saya lagi."
Wonwoo ketawa melihat muka geram Haerin. Memang itu hobinya. Kejutkan Haerin pagi-pagi buta. Hari ni sekali lagi isterinya tertipu.
"Wonwoo! Sekarang ni pukul 9 pagi. Flight saya pukul 9 malam. Kenapa awak ni?". Haerin berjalan ke arah Wonwoo. Direbahkan badannya di sebelah Wonwoo.
Bukan apa, semalaman Haerin tak tidur kerana sibuk kemas barang-barangnya yang nak dibawa ke Canada. Semua dokumen, semua benda. Baru je ingat hari ni nak rehat. Tapi, suaminya ni sengaja je. Matanya masih terasa mengantuk. Boleh pula Wonwoo matikan alarmnya lepas tu kejutnya pukul 8 pagi kata dia hanya tinggal satu jam saja lagi sebelum flight. Kejam betul.
Wonwoo hanya merenung wajah penat isterinya. Lagi-lagi Haerin tengah berbadan dua, asyik penat je. Wonwoo mencium dahi Haerin. "Jom-jom bangun. Saya nak bawa awak pergi jalan-jalan ni."
"Jalan? Tak naklah! Saya penat".
"Takde-takde. Jom cepat..".
Wonwoo menarik tangan Haerin bangun dan mereka keluar daripada rumah bersama. Wonwoo siap pakaikan Haerin tali pinggang keledar lagi. Senyum-senyum bagai.
Haerin tak tahu kemana dirinya akan di bawa, jadi dia hanya memejamkan matanya. Sekali sekala terdengar suara tak berapa nak merdu Wonwoo sedang menyanyi. Wonwoo menyanyi dengan gembira sambil mencuit-cuit Haerin.
"Awak ni kenapa? Happy je hari ni."
"Mestilah. Saya nak pergi date dengan wife saya ni. Kenalah happy-happy".
"Awak nak bawa saya pergi mana ni?"
"Secret". Haerin menggulingkan matanya. Banyak berahsia lah Wonwoo ni.
"Awak tidur lah, dah sampai saya kejut. Okay?".
"Apa-apa lah..". Haerin memejamkan matanya semula dan mula hanyut dalam mimpinya.
~.~.~.~.~
Selepas beberapa jam,
Wonwoo menghentikan keretanya di sebuah tempat. Dia menoleh ke kirinya dan tersenyum kecil melihat Haerin yang lena tidur. Haerin kalau dapat tidur, gempa bumi berlaku pun dia tak sedar. Tidur mati.
Wonwoo keluar daripada kereta dan berjalan ke pintu tempat duduk penumpang. Dibukanya pintu perlahan-lahan. "Sayang..bangunlah. Kita dah sampai dah ni".
Haerin membuka matanya perlahan dan terkejut melihat wajah Wonwoo berada dekat sangat dengan wajahnya. Terus saja ditolak tubuh suaminya.
Haerin menguap perlahan dan melihat sekeliling. "Kita kat mana ni?". "Jom lah turun. Saya ada surprise". Wonwoo menghulurkan tangannya dan Haerin menyambutnya.Sebaik saja Haerin keluar, Wonwoo menghulurkan sesuatu.
"Penutup mata?". Wonwoo mengangguk. Dia memakai penutup mata tersebut pada Haerin. "Kan saya kata surprise, so awak kena tunggu sikit"."Tapi saya tak nampak".
"Pegang tangan saya. Okay? Saya ada dengan awak". Haerin mengangguk. Tangannya mengenggam erat tangan Wonwoo. Mereka berdua berjalan ke hadapan. Haerin rasa macam makin jauh saja mereka berjalan.
"Okay stop! Saya kira 1, 2, 3 awak buka okay?". Haerin mengangguk.
"Satu.. dua.. tiga!".
Haerin membuka penutup mata yang dipakainya tadi. Dia melihat ke hadapan.
![](https://img.wattpad.com/cover/77920113-288-k375530.jpg)
YOU ARE READING
HeartBeat [Jeon Wonwoo] ✓
FanfictionDua orang doktor muda yang bertugas bersama dalam unit perubatan kecemasan dan pembedahan di sebuah hospital. Disebabkan sudah lama mengenali, timbul perasaan suka dan cinta terhadap satu sama lain tetapi masing-masing masih keliru dengan perasaan m...