Chapter 35

481 54 3
                                    

~.~.~.~.~

Wonwoo termenung melihat telefonnya. Selepas dia matikan panggilan, Haerin lansung takde call nya semula. Cuma ada satu mesej yang masuk. Itu pun pendek je.

From : Haerin ♡

"Awak marah saya ke?"

Tak. Wonwoo tak marah Haerin. Dia cuma agak kecil hati. Dalam ramai-ramai doktor lelaki dalam hospital ni, kenapa Joshua yang kena pergi bersama Haerin.
Pintu bilik Wonwoo dibuka perlahan. Wajah kakaknya muncul di muka pintu.

"Noona!" katanya. Seulgi masuk ke dalam bilik Wonwoo. Satu senyuman dihadiahkan pada adik lelakinya. "Omma kata kamu tak balik hari ni sebab ada kamu bertugas malam. So dia minta noona bawakan kamu bekal. Mana tahu, kamu lapar kan.." kata Seulgi sambil menghulur beg kertas berisi beberapa bekas makanan untuk Wonwoo.

"Gumawo.." balas Wonwoo. Seulgi memandang pelik pada Wonwoo. "Ni kenapa muka sedih semacam je? " tanya Seulgi. "Takde pape.. " balas Wonwoo ringkas. Seulgi cuma mengangguk perlahan. Dia kenal sangat lah Wonwoo. Suka pendam perasaan sampai dah terluka baru sedar.

"Gaduh dengan Haerin?" tanya Seulgi. Wonwoo memandang kakaknya. "Macam mana noona.. tahu..?".

"Omma bagitahu. Macam tak kenal omma tu, ada je benda dia nak ceritakan pada noona"

"Baguslah semua orang dah tahu"

"Hey! Kenapa ni? Cuba story kat noona.. mana tahu noona boleh tolong.."

Wonwoo mengeluh. Dia tak bolej nak tipu kakak nya. Disebabkan hubungan mereka yang terlalu akrab tu lah yang membuatkan masing-masing memahami satu sama lain. Wonwoo menceritakan semuanya pada Seulgi. Tapi, selepas saja Wonwoo habis bercerita, Seulgi ketawa. Berkerut dahi Wonwoo. Dia tak buat lawak pun tapi kenapa kakaknya ketawa.

"Okay, so sekarang ni, siapa yang salah? Kamu atau Haerin?"

"Maybe.. Haerin.."

Seulgi tersenyum lagi. "Wonwoo, kamu tu yang jealous. Tak sangka adik noona dah besar" perli Seulgi.

"Noona! Apa ni?! Kata nak tolong, tapi ketawakan orang pula. Then, cakap Wonwoo yang jealous.." Wonwoo menarik muka. Ya, depan Seulgi boleh lah dia keluarkan sifat manjanya.

"Okay, listen here. Noona pernah alami benda yang sama. Time noona praktikal dekat L.A. sana. Time tu, tunang noona, Chanyeol tu.. kena praktikal dekat China. Then dia kena pergi dengan kawan baik noona. Perempuan of course. Dia lupa nak bagitahu noona, sampai noona tahu sendiri daripada kawan baik noona tu. But, I'm not mad at him cause I believe him. I trust him that he did'nt do anything bad behind me.. so see, disebabkan we both trust each other.. sampai sekarang bersama.."

Wonwoo mengeluh. Dia tak tahu nak buat apa. Dia kecil hati sebab Haerin tak beritahunya. Ya, dia sayangkan Haerin. Dia tak nak kehilangan perempuan yang dia sayang buat kali kedua. Tapi, dia buntu sekarang.

"Maafkan je Haerin tu. Mesti dia betul-betul terlupa. Okay?" pujuk Seulgi. Wonwoo mengangguk.
"That's my bro.. Eh, jom teman noona lunch" kata Seulgi.

"Then apa function omma bagi bekal kalau noona ajak makan luar?"

"Itu dinner. Jom lah! Noona belanja.." kata Seulgi. Tangan Wonwoo ditarik-tariknya. "Yelah! Kejap, orang nak buka kot ni" kata Wonwoo sambil membuka kot putihnya dan diletakkan di atas meja. Telefon dan kunci kereta dicapai bersama sebelum mengikut jejak kakaknya yang sibuk memaksanya.

~.~.~.~.~

Haerin duduk di sebuah meja di ruang makan di hotel tersebut. Sementara nak tunggu, majlis perasmiaan bermula, dia duduk kejap. Minum-minum dulu. Gelasnya ditenung lama. Agaknya boleh berlubang gelas itu sebab direnung sebegitu lama.

Joshua yang kebetulan lalu di hadapan dewan, ternampak Haerin duduk seorang diri. Dia pun pergi ke sana. Dia duduk dihadapan Haerin tapi gadis itu lansung tak menyedari kehadirannya. Berkali-kali dia tegur Haerin tapi tetap sama je.

Tangan Haerin ditariknya membuatkan gadis itu tersedar dari lamunannya. Joshua mengalihkan tangannya. "Saya panggil awak banyak kali, tapi nampak macam saya panggil pokok je" kata Joshua. Haerin tersengih. "Sorry..".

"Awak ni, masam je.. why?" kata Joshua. Haerin mengeluh.
"Joshua, awak pernah bercinta?"
tanya Haerin. "Tak.. but why?" kaya Joshua. Haerin mengeluh perlahan.

"Okay, macam ni. Kalau lah, awak tu boyfriend saya, then saya tak bagitahu awak yang saya kena pergi kursus dengan kawan yang lain.. apa awak rasa?"

Joshua berfikir. "Saya rasa, maybe saya agak kecil hati sebab awak tak bagitahu saya. Tapi, saya akan tanya awak dulu. Dengar explanation.. ".

"Awak tak kan marah kalau saya cakap saya lupa?"

"Buat apa nak marah.. dah awak terlupa. Betul tak?"

Haerin mengangguk perlahan.  Kemudian dia mengeluh lagi. Joshua dengan Wonwoo berbeza. Susahnya nak pujuk lelaki bernama Jeon Wonwoo. Penat Haerin fikir. Mesej petang tadi pun tak direply sampai sekarang. Tapi Wonwoo dah baca mesej tu.
Nampak sangat marah.

"Haerin why awak tanya saya macam tu? Don't tell me.. you have boyfriend already.." kata Joshua.

Haerin mengangguk. "Saya ada boyfriend. And dia tengah marah skrg sbb saya lupa bagitahu dia saya ada kursus kat sini. Seminggu..."

Joshua tersenyum kelat. Ya, dia ada perasaan pada Haerin. Tapi dia tak tahu pula Haerin dah ada teman lelaki. Melepas lah. Tapi Joshua tak kan berhenti mencuba. Dia akan simpan saja perasaannya. Dia just nak Haerin bahagia.

"Joshua.. awak okay? Kenapa awak pula mengelamun.. saya yang ada masalah ni!!" bebel Haerin. Joshua cuma tersenyum.

"Pujuklah boyfriend awak tu.. Kalau dia percayakan awak, dia takkan marah awak lama-lama.."

"Really? Tapi saya mesej dia petang tadi.. sampai skrg, satu pun tak reply.. I don't know what to do.."

Haerin melentokkan kepalanya di atas meja. Gelang tangan yang ada di tangan kirinya di di usik-usik. Joshua memerhatikan saja kelakuan Haerin. Terdetik hatinya hendak tahu, siapa teman lelaki Haerin. Maybe dia kenal.

"Haerin.. may I know, who are your boyfriend? Did I know him?"

Haerin memandang Joshua. Lalu dia mengangguk. "Wonwoo.." balas Haerin selamba. Joshua nampak terkejut. Patutlah dekat hospital dia nampak Haerin dan Wonwoo terlebih mesra. Ada affair rupanya. Maybe Wonwoo lagi baik daripada Joshua and mungkin mereka berdua dah lama kenal satu sama lain.

"Joshua, macam mana saya nak buat ni? Saya rasa Wonwoo tu marah... Alahh.." keluh Haerin lagi. Dia buntu. "Percaya cakap saya, dia akan call awak malam nanti.." kata Joshua. Haerin mengangkat kepalanya dan tersenyum. "Really? Are you sure?" tanya Haerin lagi. "Tunggulah.." kata Joshua. Haerin mengangguk. "Okay.."

Mereka berdua bangun dan masuk ke dewan kerana majlis akan bermula. Mereka berdua duduk bersebelahan bersama. Buat apa nak duduk jauh-jauh, kan..

~.~.~.~.~

HeartBeat [Jeon Wonwoo] ✓Where stories live. Discover now