Chapter 17

728 67 3
                                    

~.~.~.~.~

Haerin termenung di hadapan kaunter. Dia teringatkan pasal ajakan Wonwoo untuk dinner di rumah nya. Perlu ke dia pergi?
Tapi kenapa dia? Kalau dia pergi nanti, dia pula yang sakit hati. Yelah, Yura ada sekali. Mesti Wonwoo nak kenalkan Yura pada keluarganya. Haih! Pening lah fikir pasal benda ni.

Tapi kalau dia tolak ajakan Wonwoo, nanti merajuk pula lelaki tu. Bukan dia tak kenal Wonwoo. Kalau dia menolak apa-apa ajakan Wonwoo, dia akan merajuk ataupun tarik muka. Nanti tak pasal-pasal orang rasa bersalah.

Haerin menghentak pen nya di atas fail. Nurse yang berada di situ terkejut dengan tindakan doktor mereka ni. "Patut ke aku pergi... nanti aku sakit hati pula.." katanya. Haih! Haerin mengeluh lagi. Serabut kepalanya memikirkan perkara ni.

~.~.~.~.~

"Nah. Make sure tekanan darah dia sentiasa stable. Kemudian, kalau dia sedar, inform saya. Kalau tiba-tiba berlaku pendarahan atau anything, inform segera. Make sure semua nya okay. Pantau everytime okay" kata Wonwoo, pada nurse yang berada di sebelahnya. Dia memberi nurse tersebut fail.

Dia membetulkan drip air yang di sambungkan ke tangan pesakitnya. Selepas selesai, membuat pemeriksaan dia keluar daripada bahagian wad tersebut. Dia melihat jam tangan nya. 6 petang. Dah habis pun kerja nya. Dia kembali ke biliknya untuk berkemas. Semasa sibuk mengemas, telefon nya berbunyi menandakan ada mesej masuk.

From: Haerin

Bagi saya alamat rumah awak. Saya maybe lambat, sebab ada kerja sikit.

Terus terukir senyuman di bibirnya. Plan nya berjalan dengan lancar. Dia akan pastikan semuanya berjalan dengan baik. Dia dah tak boleh tunggu untuk luahkan semua perasaannya pada Haerin, gadis yang dia suka.

~.~.~.~.~

Haerin berlari ke loker pakaian nya. Cepat-cepat dia menukar pakaian nya semula. Kemudian, dia berlari ke biliknya pula. Dia melihat jam di tangannya. Pukul 7:45 malam. Dia dah lambat. Dia terus mencapai beg nya dan berlari ke parking lot

Kereta audi berwarna putih miliknya terus meluncur laju di jalan raya. Haerin mendail nombor telefon abangnya untuk memberitahu bahawa dia akan pulang lewat. Selepas membuat panggilan, aplikasi gps yang ada di kereta nya di tekan untuk mencari lokasi rumah Wonwoo.

~.~.~.~.~

Wonwoo berdiri di luar rumahnya. Daripada tadi kelibat kereta Haerin tidak kelihatan. Jam pun dah menunjukkan pukul 8:15 malam. Ibu bapa nya pasti dah tertunggu-tunggu di dalam.

Disebabkan penat menunggu, dia bercadang untuk masuk semula ke dalam tetapi langkah nya terhenti apabila dia nampak cahaya kereta datang. Mesti Haerin. Kemudian dia nampak Haerin keluar daripada kereta.
Haerin berjalan ke arahnya.

"Hai.." tegur Haerin. Wonwoo cuma tersenyum. "Jom lah masuk. Omma appa saya ada dekat dalam. Noona saya pun ada dengan tunang dia" kata Wonwoo. Haerin mengangguk. Dia mengikut Wonwoo daripada belakang.

Berdebar pula rasa nya. Dia sendiri tak tahu. Dia memang tak pernah jumpa keluarga Wonwoo kecuali Seulgi. Itupun sekali je semasa Seulgi datang melawat Wonwoo dekat hospital.

Sebaik saja dia masuk ke dalam, dia disambut dengan gembira oleh keluarga Wonwoo. Tak de lah besar mana keluarga Wonwoo, tapi nampak meriah.
Wonwoo mengajak Haerin duduk di sofa dan Haerin mengikut saja.Tetapi ada sesuatu yang pelik. Mana Yura dan Mingyu? Kenapa mereka berdua tiada ? Dia ingin bertanya pada Wonwoo, tetapi keluarga Wonwoo ada disini. Segan lah pula.

Haerin terkejut apabila Puan Jeon, omma Wonwoo datang dan duduk di sebelahnya. Rapat okay.
"Cantik nya kamu. Apa nama kamu?" tanya Puan Jeon. "Song Haerin. Saya kawan Wonwoo" kata nya. Sikit pun tak kekok, sebab Haerin ni jenis peramah orang nya. "Kawan je? Ingat dah ada something.." kata Puan Jeon lagi. Haerin terdiam.

HeartBeat [Jeon Wonwoo] ✓Where stories live. Discover now