~.~.~.~.~
Haerin keluar daripada bilik air nya setelah selesai mandi. Dia berjalan ke meja solek nya dan duduk di hadapan cermin. Semasa sedang sibuk menyapu losyen ke wajahnya, Haerin terpandang akan kalendar mini yang diletakkan di meja soleknya.
16 Julai.. 17 Julai..
Haerin baru teringat bahawa hari ni adalah hari lahir Wonwoo. Haerin segera bangun dan memilih baju yang bersesuai untuk dipakai. Haerin segera bersiap. Beg tangan nya yang tersangkut di tepi katil dicapai dan dia terus keluar.
"Woi, lajunya. Nak pergi mana awal pagi ni?" Tegur Yura. Pelik dia melihat Haerin tergesa-gesa menyarung kasutnya di muka pintu.
"Aku ada benda nak buat. Jumpa kat hospital.." Kata Haerin sambil melambai tangannya lalu keluar. Yura cuma mengangkat bahunya dan masuk ke bilik semula untuk bersiap.
Haerin menghidupkan enjin keretanya lalu memandu keretanya dengan berhati-hati.
Selepas beberapa minit, Haerin tiba di satu tempat. Kedai Bakeri.
Haerin masuk ke dalam. Dia mula melihat kek yang cantik dan nampak istimewa. Haerin terlihat sebiji kek yang nampak simple tapi cantik lalu dia meminta pekerja disitu meletakkan kek tersebut ke dalam kotak."Cik nak saya tulis ucapan apa-apa ke dekat atas kek ni?"
Haerin berfikir sejenak lalu dia mengangguk. Pekerja tersebut memberikannya sehelai kertas untuk Haerin menulis ucapa yang ingin ditulis di atas kek.
Haerin berfikir lagi."Nak tulis apa ya..". Haerin bertanya di dalam hati. Dia tak tahu nak tulis ucapan istimewa apa. "Simple jelah..". Haerin menulis ucapan "Happy Birthday Dear Wonwoo" di atas kertas tersebut. Selepas siap, Haerin membayar dan terus pergi ke arah keretanya. Ia dah lambat masuk kerja.
~.~.~.~.~
Haerin mengemas barangnya. Hari ni dia ambil half day. Bukan apa, dia terpaksa pergi ke pergi hospital di pusat bandar untuk menguruskan pemindahan pesakit di sana.
"Haerin, kau nak pergi Yeonghwa Hospital ke?"
"Ha'ah, nak cepat ni. Ambulans yang bawa patient tu dah gerak." kata Haerin sambil tergesa-gesa.
"Wonwoo cari kau.."
"Cakap kat dia, call aku.."
Yura cuma mengangguk dan memerhatikan kelibat Haerin menghilang. Setelah itu, Yura berjalan ke ruang pembedahan. Semasa di bilik persalinan, Yura ternampak Wonwoo yang sedang menanggalkan sarung tangan serta topeng muka. Nampak macam baru selesai buat pembedahan.
"Wonwoo.."
Wonwoo menoleh dan memandang Yura. Dia berjalan ke arah Yura. "Haerin suruh awak call dia nanti."
"Mana dia?"
"Dia half day hari ni tapi dia terpaksa pergi Yeonghwa Hospital, ada patient nak dipindahkan ke sana."
"Ahh, okay. Thanks."
Wonwoo berjalan pergi kerana dia ada kerja lagi nak buat dan ada appointment dengan patient. Tetapi baru saja dia nak keluar, Yura memanggilnya sekali lagi.
"Wonwoo, happy birthday! Have a nice day with your beloved one"
Wonwoo tersenyum. "Thank you. Ingat lupa tadi."
"Eh, mana boleh lupa. Awak kawan saya kan. Later, i give your present okay."
"It's okay, dah wish pun cukup baik. Anyway thanks again."
"Alright.." kata Yura sebelum masuk ke ruang pembedahan. Manakala, Wonwoo berjalan ke biliknya. Dia membuka telefonnya dan mendapati banyak mesej selamat hari lahir daripada kawan-kawannya serta ahli keluarganya.
YOU ARE READING
HeartBeat [Jeon Wonwoo] ✓
FanficDua orang doktor muda yang bertugas bersama dalam unit perubatan kecemasan dan pembedahan di sebuah hospital. Disebabkan sudah lama mengenali, timbul perasaan suka dan cinta terhadap satu sama lain tetapi masing-masing masih keliru dengan perasaan m...