~.~.~.~.~
Hospital Dongguk...
Haerin bermain dengan jarinya sambil berjalan kehulur- hilir di luar bilik pembedahan. Dia tak kerja pada hari ni kerana hujung minggu. Dia datang sebab hari ni pembedahan Lee Daeun akan dijalankan. Haerin risau. Sangat risau. Walaupun Wonwoo dah banyak kali tenangkannya, dia tetap risau. Daeun, pesakitnya. Macam mana dia tak risau kalau tiba-tiba jadi apa-apa pada Daeun.
"Haerin...". Haerin menoleh kebelakang. Wonwoo dan Mingyu berjalan ke arahnya. "Aku masuk dulu.." kata Mingyu lalu beredar masuk ke dalam bilik pembedahan. Haerin mendongak sikit memandang Wonwoo yang agak tinggi tu.
"Wonwoo.. awak akan selamatkan Daeun kan? Dia takkan apa-apa kan nanti?". Wonwoo memegang kedua-dua belah bahu Haerin. Dia tahu Haerin terlalu risau. "Dia akan okay. Kan saya dah cakap, saya takkan biar dia mati..okay?" kata Wonwoo.
Haerin menghela nafas perlahan. Dia duduk di kerusi menunggu.
"Saya masuk dalam dulu.. Awak kena bertenang.." kata Wonwoo. Dia mengusap kepala Haerin walaupun Haerin tak memandangnya dan sibuk menunduk. Wonwoo terus masuk ke dalam.Kemudian, Haerin nampak katil yang mengusung Lee Daeun. Ibubapa Daeun berada di tepi katil. Sampai di hadapan pintu, mereka terpaksa melepaskan Daeun untuk masuk ke bilik pembedahan.
"Nanti! Kejap!". Mereka semua toleh kebelakang. Jaehyun berlari sambil memegang tiub drip airnya. Dia berdiri di sebelah katil Daeun. Dahi Daeun dikucupnya perlahan. Haerin dapat lihat air mata mengalir dipipi Jaehyun. Tangan Daeun digenggam kuat oleh Jaehyun.
"Please.. bertahan untuk saya. Saya sayang awak, Daeun. Saya rindu awak. Saya cintakan awak.." bisik Jaehyun pada telinga Daeun. Kemudian dia melepaskan Daeun apabila katilnya ditolak masuk ke dalam.
Haerin membantu Jaehyun berdiri dengan memegangnya, memandangkan luka pembedahan Jaehyun hari tu belum pulih lagi.~.~.~.~.~
Haerin meletakkan dua cawan kopi daripada mesin yang dibelinya tadi di atas meja. Jaehyun yang berada di depannya sedang termenung.
"Jaehyun.."
"Doktor, Daeun akan bangun sebelum saya mati kan?"
Haerin tercenggang. Dia dah tahu mengenai sakit Jaehyun. Wonwoo dah ceritakan padanya tempoh hari. "Awak tak boleh cakap macam tu..". Jaehyun tersenyum kecil.
"Saya memang akan mati nanti. Tapi saya nak jumpa Daeun dulu. Nak cakap pada dia, yang saya sayangkan dia.."
"Sebab tu awak tak boleh mati. Awak boleh buat pembedahan. Semuanya akan kembali pada asal selepas tu. Awak dengan Daeun boleh hidup macam biasa semula.." kata Haerin cuba memujuk Jaehyun.
Mingyu sendiri minta Haerin bercakap dengan Jaehyun. Mana tahu, Jaehyun terbuka hati untuk melakukan pembedahan.
"Saya takkan buat.."
"Tapi kenapa?"
"Saya.. tak boleh. Macam mana kalau saya mati masa pembedahan? Takpun, saya mati lepas pembedahan? Saya tak nak Daeun fikir, sebab dia saya jadi macam ni. Saya ada sebab kenapa saya rahsiakan sakit saya daripada dia. Sebab saya sayangkan dia. Kalau dia tahu saya sakit, dia akan sedih. Nanti dia akan cuba cari cara untuk selamatkan saya. Daeun pernah cakap pada saya, dia tak nak kehilangan saya. Dia takutkan perkara tu. Sebab tu saya rasa lebih baik saya mati, lepas dia bangun. Sebab, dia mungkin tak kan ingat saya lepas tu.." kata Jaehyun. Terluah juga apa yang dia pendam selama ni. Selepas habis berkata, Jaehyun terus bangun dan pergi meninggalkan Haerin disitu.
Haerin terdiam. Dia tak tahu nak cakap apa. Air matanya jatuh tanpa sedar. Dia rasa macam dia yang lalui semua ni. Mesti susah untuk Jaehyun. Haerin terfikir jika nanti dia akan berhadapan dengan situasi seperti ini. Haerin mengeluh perlahan. Dia takkan pujuk Jaehyun lagi kalau itu yang Jaehyun mahu.
~.~.~.~.~
Haerin masuk ke ruang ICU dan terus ke bilik Lee Daeun. Sebaik saja dia masuk, dia nampak Wonwoo ada di situ bersama nurse untuk memeriksa keadaan Lee Daeun selepas pembedahan dilakukan.
Wonwoo terkejut bila melihat Haerin menyerbu masuk ke dalam bilik. Haerin terus pegang tangan Lee Daeun. "Dia okay kan?" tanya Haerin sambil memandang Wonwoo. Wonwoo mengangguk perlahan. "Dia takkan alami apa-apa kesan lepas pembedahan. Tapi, saya tak pasti sama ada dia akan pulih macam biasa. Kita cuma kena tunggu dan lihat..".
Haerin tersenyum. "Nurse nanti beritahu ibubapa patient, mereka boleh tengok patient ya" kata Wonwoo. "Baik, doktor".
Wonwoo dan Haerin berjalan keluar. Mereka berdua keluar dari ruang ICU dan berdiri di koridor hospital."Rajin nya awak datang hospital waktu cuti" tegur Wonwoo.
Haerin tersenyum. "Mestilah. Patient saya keutamaan saya.." balas Haerin. Dia terus berjalan perlahan ke hadapan. Wonwoo mengikutnya disisi nya. "Patient keutamaan awak. Then, how about me?". Haerin ketawa mendengar pertanyaan Wonwoo."Stop it. Saya dah nak balik ni.."
"Ish, dia lupalah tu.."
Haerin berhenti dan memandang Wonwoo. Pelik. Wonwoo mencebik sambil mengangkat sebelah keningnya. "Lupa apa?" tanya Haerin. "Cuba ingat balik apa saya cakap sebelum ni" kata Wonwoo cuba memberi petunjuk kepada Haerin. Haerin berkerut dahi memikirkan apa yang dia sudah terlupa.
"Saya kan nak bawa awak keluar hari ni. Lupa? "
"Ahh..". Haerin tersengih. "Sorry, saya lupa..". Wonwoo menjelingnya. Dia memegang kedua-dua belah pipi Haerin. "Awak memang selalu macam tu. Selalu lupa. So, jom keluar.." kata Wonwoo sambil menarik tangan Haerin. "Eh eh! Nanti lah.. beg saya ada dekat bilik. Lagipun, awak tu dengan kot lagi.." kata Haerin. "Okay, kalau macam tu awak ambil beg, saya tunggu dekat kereta. Ya, sayang?" kata Wonwoo.
Sayang?!?
Haerin terus memukul bahu Wonwoo sekuat-kuat hati. Tak cukup dengan tu, siap cubit lagi. "Pandai-pandai je dia panggil orang sayang. Mengada-ngada betul! Padan muka!" marah Haerin.
"Okay,okay,okay. Aduh! Sakit tahu! Manja sikit pun tak boleh lah dia ni.." kata Wonwoo sambil menggosok lengan dan bahunya yang habis terasa sakit dikerjakan Haerin. "Saya tunggu kat kereta!" jerit Haerin sambil berlalu pergi meninggalkan Wonwoo.
~.~.~.~.~
Jaehyun masuk ke dalam bilik Daeun secara perlahan. Dia dapat tahu pembedahan Daeun berjaya dan ibubapa Daeun dah pulang. Mereka akan datang pada waktu malam untuk menjaga Daeun.
Jaehyun tersenyum apabila melihat wajah Daeun yang tak sedarkan diri itu. Perlahan kerui yang berada di tepi katil ditariknya dan duduk. Tangan Jaehyun menggengam tangan milik Daeun.
"Daeun ah, bila awak nak bangun? Saya terlalu rindukan suara awak. Awak janji dengan saya, awak nak nyanyi untuk saya setiap malam. Saya tunggu awak Daeun. Saya harap awak sedar, sebelum saya tinggalkan awak.... Daeun ah, ingat selalu yang saya tetap cintakan awak.. selama-lamanya...".
Jaehyun mencium pipi Daeun perlahan. Dia terlalu rindukan Daeun. Dia teringin sangat hendak memeluk tubuh teman wanitanya itu tetapi apakan daya. Daeun terlantar di atas katil. Tak sedarkan diri.
Jaehyun mengeluarkan sesuatu daripada kocek baju hospitalnya. Seutas rantai berbentuk hati kini berada di tangannya. Dia memakaikan Daeun rantai tersebut. Cantik. Itu yang Jaehyun nampak apabila rantai itu terkalung di leher Daeun. Dia nak Daeun sentiasa ingat pada dirinya. Walaupun mungkin apabila masa itu tiba, dia dah tiada di dunia lagi.
Jaehyun tersenyum kecil. Dia membuka topeng kecemasan Daeun dan mencium bibir Daeun perlahan. Selepas itu, dia terus beredar keluar daripada bilik Daeun.
~.~.~.~.~
YOU ARE READING
HeartBeat [Jeon Wonwoo] ✓
Fiksi PenggemarDua orang doktor muda yang bertugas bersama dalam unit perubatan kecemasan dan pembedahan di sebuah hospital. Disebabkan sudah lama mengenali, timbul perasaan suka dan cinta terhadap satu sama lain tetapi masing-masing masih keliru dengan perasaan m...