Chapter 44

509 49 1
                                    

~.~.~.~.~

Wad Kecemasan..

Haerin dan Mingyu berjalan masuk ke dalam wad Rachel. Yura yang bertugas atas Rachel,tapi Yura ada urgent patient nak kena handle jadi terpaksa minta mereka berdua yang gantikan.

Rachel dah lama sedarkan diri. 2 jam lepas surgery, terus sedar.
Haerin memeriksa keadaannya sambil tak berkata apa-apa.
Rachel cuma menjelingnya. "Kau suka tengok aku macam ni kan.." kata Rachel.

"Kau doktor, aku pun doktor. Jadi aku datang ni, sebab nak check kau je.. " kata Haerin.

"Cukup baik lah Haerin nak check kau.. " saambung Mingyu.
Rachel tersenyum sinis. "Keluar.." kata Rachel. Haerin meletakkan pen nya di atas fail. "Sampai hati kau buat Wonwoo macam tu kan? " kata Haerin. Dia betul-betul marah apabila Seulgi beritahunya apa yang jadi sebelum kemalangan berlaku.

"Kalau kau nak Wonwoo sekalipun, tak perlu lah sampai macam ni.." marah Haerin.
"Dia yang cabar aku.." balas Rachel selamba. Haerin menarik tangan Rachel dan mengenggamnya. Rachel mengaduh kesakitan sebab Haerin memegang tangannya yang terluka terkena pisau.

"Haerin.." Mingyu menarik Haerin kebelakang dan Haerin melepaskan tangan Rachel yang dah berdarah sedikit akibat ditekan kuat oleh Haerin. Haerin menjeling Rachel. "Aku takkan benarkan kau jumpa Wonwoo.." kata Haerin sebelum melangkah pergi bersama Mingyu.

"Arghh! Bodoh! ". Rachel menjerit sekuat hatinya. Air matanya juga mengalir. Pintu biliknya dibuka dan Joshua masuk.

"Rachel, apa kau buat sekarang ni? Kau tipu aku kan.. kau tak masukkan duit dalam akaun aku.. " marah Joshua. Rachel memandang Joshua.

"Boleh tak kau tak payah sibuk pasal duit sekarang ni?! Sekarang ni.. Aku tak dapat apa aku nak!! Kau faham tak! " tengking Rachel. Joshua datang ke arahnya dan memegang kedua-dua belah bahu Rachel. "Dasar perempuan tak guna! Kau suruh aku buat itu ini, tapi.. tak ada satu pun aku dapat..Kau ni tak guna.." kata Joshua.

"Biarlah! Aku cuma nak Wonwoo je,tapi.. Erghh! Kau keluar.." marah Rachel. "Aku tak nak tolong kau dah, baik kau mati je. Aku dah malas nak layan perempuan tamak, jahat macam kau..". Joshua terus keluar daripada bilik Rachel.

"Ergh! Kenapa semuanya jadi macam ni.. Bodoh! Aku akan bunuh kau Haerin! " marah Rachel. Dalam hatinya masih terdapat dendam pada Haerin.
Dia akan buat apa saja.

~.~.~.~.~

Dua hari kemudian,

Haerin turun ke wad kecemasan. Pada mulanya dia ingat nak lawat Wonwoo,tapi dia masih ada kerja tertangguh. Dia ada pembedahan selepas itu pula.
Semasa dia nak ambil barangnya yang ditinggalkan di kaunter, seseorang menariknya pergi ke ruang tangga kecemasan.

Tubuh kecilnya ditolak ke dinding membuatkan dia mengaduh sakit. "Yah! Rachel, apa kau buat ni..". Rachel memandangnya penuh dengki.
"Kau jahat Haerin. Kau rampas Wonwoo daripada aku.." kata Rachel.

Haerin dapat lihat mata Rachel bengkak dan sembab. Mungkin kerana dia menangis. Tapi kenapa Rachel nak menangis.
"Apa aku buat? Kau yang rampas Wonwoo daripada aku.. kau plan semuanya. Kau dalang semuanya. Joshua dah bagitahu aku lah Rachel.." balas Haerin.

Rachel mencengkam leher Haerin sekuat hati. Nafas Haerin tersangkut dan membuatkan ia susah nak bernafas. "Kau patut mati!" kata Rachel. Dia menekan sekuat hati leher Haerin sehingga muka Haerin merah.

"Le..pas..kan..aku..". Haerin tak mampu nak bercakap apa. Nafasnya masih tersangkut. Walaupun tangannya dan cuba menarik tangan Rachel. Haerin memejam matanya. Dia sendiri tak boleh nak keluarkan sebarang suara pun. Mungkin dia akan mati disitu. Rachel tetap tak melepaskannya.

"Jeon Rachel!" seseorang datang dan menolak Rachel ketepi membuatkan Rachel tergelincir jatuh ke bawah. Haerin terduduk lemah. Lehernya terasa sakit.
Pandangan matanya mula kabur.
Benda terakhir yang dia nampak cumalah tubuh Rachel terbaring di bawah tangga dengan kepalanya berdarah. Kemudian, Haerin terus tak sedarkan diri dan terbaring di situ.

~.~.~.~.~

"Haerin.. Haerin..". Yura memanggil Haerin apabila melihat mata Haerin terbuka perlahan-lahan. "Aku..kat mana ni.." tanya Haerin. Lehernya terasa sakit. Dia cuma nampak Yura di tepinya.

"Kau pengsan lepas Rachel tu cuba nak bunuh kau..Aish! Tak guna punya perempuan.." kata Yura marah. Haerin cuma tersenyum. "Berapa lama pula aku pengsan kali ni?".

"3 jam.."

"Rachel apa jadi?"

"Nasib baik ada Joshua. Dia yang tolong kau tadi.. Dia terus call Mingyu tadi lepas kau pengsan"

"Joshua?"

"Ya, tapi dia kena tindakan disiplin pula sebab tolak Rachel sampai berdarah kepala dia jatuh tangga"

"Tindakan disiplin?"

"Hmm, dia sendiri cakap tadi dengan Mingyu. Menyusahkan betul Rachel tu.."

Haerin bangun dan duduk. Dia masih memakai baju kemejanya.
"Wonwoo..Yura! Wonwoo macam mana?" tanya Haerin. Gelabah semacam pula si Haerin ni.
"Jangan risau lah. Mingyu baru lepas check dia tadi, tak lama lagi sedarlah tu. Dia makin baik so dont worry okay.." kata Yura.

Haerin menghela nafas lega. Lega betul dia dengar. Takut juga mana tahu Rachel buat kerja gila lagi masa dia pengsan. "Eh, aku nak tengok dia.. " kata Haerin. Dia turun daripada katil. "Pergilah.. mana tahu kau datang je, dia sedar. Syukur.." kata Yura. Haerin mengangguk sebelum berlari ke wad Wonwoo.

Pintu bilik Wonwoo di bukanya.
Terus saja dia duduk di tepi katil Wonwoo. "Hai.. awak.." tegurnya walaupun Wonwoo tak membalasnya. Haerin mengusap perlahan tangan Wonwoo.
Dia ambil kain yang berada di atas meja tepi katil dan membasahkannya sedikit. Tangan Wonwoo di lap perlahan. Haerin bangun dan mengelap wajah kacak teman lelakinya.

Dia memandang wajah Wonwoo. Puas hati dapat tengok wajah Wonwoo. Haerin menyentuh hidung mancung Wonwoo lalu ketawa. Dia teringatkan kata-kata Wonwoo dahulu semasa dia cuba menyentuh hidung lelaki itu.

"Haerin! Geli lah.. saya tak suka.."

"Hahaha, tak nak! Nak sentuh juga.. Mancung.."

"Geli! Haerin yahh!"

Haerin ketawa sendiri. Tangannya turun ke bibir Wonwoo. Haerin menoleh ke arah pintu untuk memastikan tiada sesiapa nampak, lalu dia mencium bibir Wonwoo sekilas.
Ahh, terubat jugalah rindunya.

Tengok muka Wonwoo, dah sudah. Pegang tangan, dah. Cium, dah. Cuma ada satu lagi je belum. Dia nak dengar suara Wonwoo. Haerin mengeluh perlahan. "Bila awak nak bangun ni.. lama dah kita tak berbual tau.. Rindu lahh" kata Haerin dengan harapan Wonwoo mendengar semuanya.

Haerin mencucuk-cucuk pipi Wonwoo. Bukan boleh sedarkan Wonwoo pun. Dia bermain dengan tangan Wonwoo. Diangkatnya tangan Wonwoo kemudian dilepaskannya. Disebabkan terlalu bosan, Haerin mengulangi perbuatan tersebut banyak kali. Dan akhirnya, dia pasrah. Haerin melentokkan kepala nya disisi Wonwoo.

Gelang tangan pemberian Wonwoo di lihatnya sambil tersenyum. Banyak kenangan manis berlaku apabila dia bersama Wonwoo. Haerin memandang semula muka Wonwoo.  Akhirnya, Haerin terlelap disitu.

~.~.~.~.~

HeartBeat [Jeon Wonwoo] ✓Where stories live. Discover now