Chapter 5

768 87 4
                                    

~.~.~.~.~

Hospital Dongguk...

Unit Neurologi dan Pembedahan Am..

Wonwoo menilik semula laporan MRI baru milik Hana. Dia nak pastikan bahagian mana sel kanser itu berada, kemudian barulah dia boleh buang. Walaupun bukan keseluruhannya.Laju tangan nya menggerakkan tetikus di meja dan matanya tak pernah lari daripada skrin komputer.

Haerin yang dah ready dengan pakaian bedah masuk ke dalam unit neurologi. Dia pergi ke kaunter untuk mengesahkan pembedahan yang akan dia lakukan nanti bersama Wonwoo.
"Okay, nah. Ada apa-apa lagi? Patient dalam keadaan baik kan?" tanya Haerin.

"Ya, Doktor. Lagi setengah jam kita akan mula. Doktor boleh ambil masa dulu sementara kami biuskan patient untuk bawa ke operation room.." kata nurse yang bertugas. Haerin mengangguk. Dia menyeluk tangannya ke dalam poket baju dan berjalan ke pantri untuk minum air sekejap.

Semasa dia lalu di hadapan Bilik Analisis Imej dia nampak Wonwoo di hadapan komputer sedang menilik beberapa laporan. Haerin masuk ke dalam. "Kenapa? Awak risaukan Hana ke?" tanya Haerin.
Wonwoo memandang Haerin dan tersenyum tawar. "Saya kena pastikan dia betul-betul selamat.." kata Wonwoo.

"She will be fine. Don't need to worry. We need to do our best for her.. okay?" kata Haerin.
Wonwoo cuma mengeluh perlahan. "Saya jumpa awak nanti kat operation room.." kata Haerin sebelum keluar. Dia pergi ke pantri. Almari dibuka dan cawan diambil untuk diisi air.
Haerin mengeluh. "Dia still sayangkan Hana or what... dia tu just masa silam Wonwoo kan.. haih!" kata Haerin dalam hati.

~.~.~.~.~

Suasana dalam bilik pembedahan agak tegang. Haerin dan Wonwoo kedua-duanya menumpukan perhatian pada pembedahan yang dijalankan. Satu lagi nyawa yang mereka perlu selamatkan. Semuanya terletak ditangan mereka berdua.

Wonwoo cuba sedaya upaya untuk pulihkan Hana walaupun dia tahu, dengan pembedahan pun sukar. "Slow down.. awak kena masukkan ke dalam sikit.. baru kita boleh buka part tu..." kata Haerin.Wonwoo menurut kata Haerin.

Tangannya bergerak perlahan. Dia tak nak sakitkan Hana. Perlahan-lahan bahagian dalaman otak Hana ditoreh dan dibuka. Dia mula memerhatikan bahagian tersebut. Bahagian yang dah terkena sel-sel kanser itu, dia buangnya perlahan menggunakan kaedah laser.Matanya tak lari daripada memerhatikan bahagian itu.

Beeeeeeppppp....

Haerin menoleh ke bahagian mesin yang memaparkan dengupan jantung dan tekanan darah. "Wonwoo, beating dia dah mula slow... " kata Haerin. Wonwoo pula masih meneruskan kerjanya. Dia perlu selamatkan Hana tak kira apa pun. "Please.. bertahan Hana... sikit je lagi...." kata Wonwoo dalam hati.

Dia ambil semula skalpel untuk buka bahagian yang lain. Disebabkan tekanan darah Hana yang agak tinggi, darah mula keluar dgn banyak. Haerin bertindak dengan menyedut semua darah tu supaya senang untuk mereka melihat semula keadaan dalaman itu.

Sebaik saja kesemua sel kanser dibuang, Wonwoo mula menutup semula bahagian yang dibedahnya tadi. Banyak bahagian perlu dijahit. Bukan saja luaran tetapi dalaman pun ada. "Haerin.. awak settlekan situ.. saya settle sebelah sini.." kata Wonwoo.Haerin ambil jarum khas dan benang khas untuk menutup semula kesan bahagian yang terbuka.

Beeeeeppp! Beeeeeppp! Beeeppp!

"Wonwoo beating makin slow.." kata Haerin. Wonwoo menoleh ke arah mesin. Dia agak terkejut sebab dalam masa beberapa saat je degupan jantung Hana boleh stop. "Nurse! Naikkan beating dia kepada 150... " kata Wonwoo.
Dia cuba untuk bertenang dan tak gelabah.Nurse yang bertugas mula menaikkan degupan jantung supaya keaadaan akan berada di tahap normal.

Wonwoo dan Haerin masih bertungkus lumus menutup kesemua bahagian. Tetapi, semasa Haerin sedang menutup satu bahagian iaitu bahagian utama kanser itu berada... darah terpancut keluar dengan banyak.
Dia agak terkejut kerana sebelum ni dia tak pernah alami saat-saat macam ni."Haerin.. rileks okay.." kata Wonwoo. "Nurse, sedut semua darah.. " kata Wonwoo pada nurse yang berada berhampirannya.

Beeeepppppppppp~

Haerin dan Wonwoo,kedua-duanya memandang ke arah mesin. "Doktor.. ada pendarahan dibahagian kiri serebrum patient" kata seorang nurse.
Wonwoo ambil satu wayar yang boleh menembusi bahagian dalaman otak pesakit. Dia memasukkan wajar tersebut secara perlahan. "Nurse kuatkan tekanan pada bleeding tube..kita kena stopkan bleeding cepat.." kata Wonwoo.

Nurse tersebut mengikut kata-kata Wonwoo. Pendarahan berlaku di bahagian dalam. Jadi ia agak susah untuk dihentikan.
Bunyu di mesin yang semakin perlahan mendebarkan lagi kedua-dua doktor. "Haerin.. keep stiching.." arah Wonwoo.Haerin mengikut arahan.

Beeeeeeeppppp~

"Doktor.. beating stop.." kata seorang nurse. Wonwoo teruskan juga kerjanya. Entah kenapa dia rasa sebak."Terus naikkan beating.. please.. Hana.. you need to survive.." kata Wonwoo. Dia dah pun hentikan pendarahan.Hanya tinggal beberapa bahagian untuk ditutup dan ia nya akan selesai.
"Doktor.. still tak jalan..." kata nurse itu lagi. Wonwoo masih teruskan juga. Air matanya mengalir. Dia kena selamatkan Hana tak kira apa jadi. Dia dah janji dengan Hana yang dia akan selamatkan Hana.

Beeeeeepppp........

Haerin berhenti daripada melakukan pembedahan itu.
"Won..woo.. it's over already..." agak sukar untuk Haerin ucapkan kata-kata itu. "Tak! Saya kena selamatkan Hana! Tak kira apa pun! Dia tak boleh mati!" kata Wonwoo.

Tiada lagi bunyi mesin berbunyi melainkan beeeppp yang panjang dan perlahan. Tekanan darah juga berhenti serta merta.
Haerin pegang tangan Wonwoo yang masih bergerak tu. "Dah lah tu, dia dah takde, Wonwoo.."kata Haerin. Peralatan yang berada di tangan Wonwoo jatuh ke lantai.
Dia terus keluar daripada bilik bedah. "Uruskan patient. Tarikh kematian 10 Jun 2016, jam 3:35 petang.." kata Haerin pada nurse.
Dia juga berlari keluar daripada bilik bedah segera.

Dia pergi ke bilik changing room. Dia nampak Wonwoo membuka sarung tangan, mask dan juga topi bedah dan dilempar pada lantai. "Arghhh! Tak guna!" marah Wonwoo.Wonwoo terduduk di hadapan bilik. Dia tak dapat terima yang Hana dah tiada.Semuanya sia-sia je. Dia tak berjaya tunaikan janjinya pada Hana. Dia bodoh! Sebab paksa Hana buat pembedahan. Kalau tak semuanya takkan jadi. Hana takkan mati.

Haerin betul-betul kesian dengan Wonwoo. Air mata Haerin mengalir dipipinya. Dia tahu Wonwoo sedih dengan pemergian Hana. Dia juga rasa benda yang sama. Hatinya terluka bila lihat Wonwoo macam tu. Walaupun dia tak tahu, sama ada Wonwoo masih sayangkan Hana atau tak.. tapi Haerin faham. Susah untuk terima pemergian orang yang pernah hadir dalam hidup kita.
Mungkin Hana penting bagi Wonwoo. Haerin rasa simpati dan sedih juga atas pemergian Hana kerana dia juga dah janji dengan Wonwoo untuk berusaha sembuhkan Hana. Tapi semuanya sia-sia. Mereka gagal untuk selamatkan Hana.Hana dah tiada. Semuanya dah berakhir...

~.~.~.~.~

HeartBeat [Jeon Wonwoo] ✓Where stories live. Discover now