Chapter 55

480 50 0
                                    

~.~.~.~.~

Dua minggu telah berlalu. Haerin dan Wonwoo pun dah selamat bertunang. Jadi cuma perlu tunggu bulan depan untuk majlis perkahwinan mereka. Para petugas, doktor dan jururawat di hospital juga ramai yang dah mengetahui mengenai hubungan dan status dua orang doktor ni. Hampir setiap hari mereka bersama, walaupun masing-masing sibuk.

Haerin sedang duduk sambil bermain telefonnya di kaunter. Tiba-tiba datang seorang nurse padanya dalam keadaan cemas.
"Doktor, doktor. Ada patient menjerit-jerit macam kena sampuk dekat wad bilik 25." kata nurse tersebut. Haerin cepat-cepat bangun dan berlari ke bilik yang dikatakan tadi bersama nurse tadi.

Sampai saja dibilik, kelihatan dua orang nurse sedang menenangkan pesakit tersebut.
Haerin melihat fail pesakit di hadapan katil. Tertera di situ, pesakit tersebut merupakan pesakit yang mempunyai trauma psikologi.

Haerin berjalan ke arah pesakit tersebut. Pesakit tersebut memandangnya. "Jangan dekat! Korang semua jahat! Sama je. Semua nak aku mati. Jangan dekat. Aku tak percaya kan korang!" pesakit itu menjerit.

Han Jihye, berumur 23 tahun, mengalami kecederaan di kepalanya akibat dipukul oleh bapanya sendiri. Dia menjadi trauma sejak sedarkan diri. Dia takut akan semua orang. Dia didera, dibuli dan dibenci semua orang. Dia takut untuk mempercayai orang lain kerana takut dilukai atau dicederakan lagi.

"Tak, tak. Saya doktor Haerin. Saya takkan apa-apa kan awak. Okay?" kata Haerin, lembut saja. Dia cuba mendekati gadis itu tapi gadia itu menarik selimutnya menutup keseluruhan badannya sambil menjerit. "Tipu! Aku nak balik! Semua orang jahat! Semua benci aku!"

Haerin perlahan-lahan menyentuh bahu gadis itu. Gadis itu menolaknya kuat sehingga Haerin terlanggar meja di tepi katil tersebut. "Jangan sentuh! Aku nak balik! Kalau ada oppa.. kan best.. " Gadis itu mula menangis tiba-tiba. Dia menekup mukanya dengan tangan dan menangis.

Haerin tetap tak berputus asa. Dia mendekati gadis itu lalu memeluknya. "Saya faham awak sedih. Awak takut. Takpe, awak bertenang dulu, saya ada dekat sini." kata Haerin. Gadis itu cuma berdiam diri.

Haerin mengambil jarum suntikan ubat penenag yang berada di atas meja tepinya, dan menyuntik lengan gadis itu perlahan. Dia tak mahu menyakiti gadis itu. Perlahan-lahan gadis itu pengsan atau lebih tepat lagi tak sedarkan diri. Selepas itu, Haerin membaringkan semula gadis itu dan membiarkannya tidur.

Haerin dapat lihat di lengan dan juga muka gadis tersebut terdapat kesan luka, lebam dan bekas-bekas pukulan. Terdetik rasa simpati di dalam hatinya.
"Nurse, nanti bagitahu doktor yang in charge patient ni, saya akan ambil alih patient ni."

"Baik, doktor." Haerin bangun dan keluar daripada bilik. Semasa dia sedang berjalan, dia terlanggar seseorang. Haerin melihat siapa dan ia adalah Wonwoo. "Tsk! Ingat siapa tadi.." kata Haerin perlahan.

"Amboi tak suka jumpa saya ke apa?" tanya Wonwoo.

"Saya takde mood ni." Haerin berjalan pergi. Entah kenapa tiba-tiba dia terasa beremosi sikit apabila melihat pesakit tadi. Dalam fikirannya asyik terbayang, macam mana kalau dia berada di tempat gadis itu. Mesti menyedihkan dgn penderitaan. Kesian. Bukan setakat fizikal disakiti, tetapi emosi dan mental juga sakit.

Wonwoo menarik tangan Haerin.
"Hey, hey. Kenapa ni? Badmood? Sedih? Why?". Banyak pula soalan keluar daripada mulut Wonwoo. "I'm fine.. " balas Haerin. Wonwoo tahu ada something tak kena pada Haerin ni. Dia mengajak Haerin duduk di sebuah kerusi.

"Want to share with me? Hmm?" tanya Wonwoo. Haerin melihat ke arah Wonwoo. Dia mengeluh perlahan sebelum menceritakan semuanya pada Wonwoo. "Saya tak tahu nak buat apa. Saya tak boleh ubah masa silam dia. Kesian nya dia. Saya betul-betul kesian kat dia."

HeartBeat [Jeon Wonwoo] ✓Where stories live. Discover now