Chapter 60

471 48 0
                                    

~.~.~.~.~

Dua hari kemudian..

Kim Ahyoung duduk di ruangan menunggu di ruang menunggu di hadapan bilik rawatan. Dia bermain dengan jarinya sambil menunggu.

"Cik Kim Ahyoung, cik boleh masuk sekarang."

Ahyoung bangun dan masuk ke bilik rawatan. Wonwoo ada di dalam. "Annyeong, noona." tegur Wonwo. Ahyoung membalas dengan senyuman.

"Okay, so hari ni kita akan discuss pasal result MRI noona hari tu."

"Dah keluar ke? Takde apa-apa yang berlaku kan?"

Wonwoo terdiam sebentar. "Wonwoo.. sebenarnya macam ni noona. Kalau Wonwoo tanya ni, please jujur dengan Wonwoo okay."

"Tentang apa?"

"Noona.. ada masalah ke dengan rumah tangga noona?"

"Kenapa kamu tanya macam tu?"

"Bukan apa, just nak kebenaran je."

"Noona bahagia je. Kenapa?"

"Noona ada tak ambil apa-apa ubat atau suplemen ke sebelum ni?"

"Takde. Tapi, noona ada ambil ubat tahan sakit yang husband noona belikan untuk noona."

"Ubat tahan sakit? Kenapa noona ambil ubat tu?"

"Sebelum noona datang jumpa kamu ni, noona just ubat tahan je untuk hilangkan sakit perut noona. Tapi rasa dah makin teruk, noona datang ke hospital untuk check."

"Noona bawa tak ubat tu?"

"Ada.. kejap.." Ahyoung mengeluarkan sebiji botal ubat bersaiz kecil dan di berikan pada Wonwoo. Wonwoo meneliti ubat tersebut. Memang tertulis kat situ ia adalah ubat tahan sakit.

"Noona boleh tak datang jumpa Wonwoo lepas lunch nanti. I have surgery to do.."

"Okay, lepas lunch noona datang."

Wonwoo mengangguk dan Ahyoung keluar. Wonwoo keluar daripada biliknya dan berlari ke makmal di bahagian unit kecemasan.

"Doktor Yoon.."

Wonwoo memanggil doktor yang in charge bahagian makmal tersebut. "Ouh, doktor Wonwoo. Kenapa datang ke sini?"

"Ini. Boleh tak awak check, ubat ni ubat apa sebenarnya. Dia tulis pain killer dekat botol tu, but I'm not very sure about that."

"Okay. Tapi ia ambil masa dalam setengah jam. Takpe ke?"

"It's okay. Saya tunggu."

~.~.~.~.~

"Serius aku nampak dia buat macam tu.."

"Kau ni pandai-pandai jelah."

Haerin dan Yura berbual bersama sambil berjalan masuk ke dalam ruang hospital. Mereka sibuk berbual mengenai benda yang tak penting sambil ketawa.

"Eh, kejap. Tu bukan patient Wonwoo yang lawa tu ke?"

Haerin menoleh ke kirinya. Dia dan Yura melihat Ahyoung bersama seorang lelaki. Mereka nampak seperti sedang bertengkar dan tanpa di duga lelaki tersebut menampar pipi Ahyoung.

"Oh my gosh! Kenapa dia tampar.. perempuan tu.. "

Haerin melihat Ahyoung menangis dan lelaki tadi masuk ke dalam kereta lalu meninggalkannya di tepi hospital sendirian. Ahyoung duduk di bangku yang ada dan menangis.

"Yura, kau masuk dulu. Biar aku tengok dia."

"Ohh.. okay. Papehal call aku okay."

Haerin mengangguk dan berjalan menuju ke arah Ahyoung. "Are you okay?". Kim Ahyoung mengangkat mukanya dan Haerin dapat lihat pipinya merah sedikit. Mungkin kerana ditampar tadi. Haerin mengeluarkan sapu tangannya dan memberinya pada Ahyoung.

HeartBeat [Jeon Wonwoo] ✓Where stories live. Discover now