~.~.~.~.~
Seminggu kemudian..
Haerin membuka almari bajunya. Dia melihat setiap helai baju yang dia ada. Hari ni, keluarganya dan juga keluarga Wonwoo akan berjumpa dan sekaligus membincangkan mengenai perancangan perkahwinan mereka berdua.
Haerin mengerling jam di dinding. Pukul 7:30 malam. Abangnya, Haejoon akan sampai pada pukul 8 untuk ambilnya dan mereka akan pergi ke tempat perjumpaan diadakan.
Haerin mengeluarkan beberapa pasang baju yang dia rasa agak cantik dan letakkan nya di atas katil. Baju yang pertama diambilnya, namun dia membalingnya ke tepi. Benda yang sama diulang-ulang. Sehingga yang tinggal di atas katilnya sehelai gaun paras lutut yang berwarna pink pastel dengan kolar putih bermanik.
Haerin menilik baju tersebut di hadapan cermin dan membuat keputusan untuk memakainya.
Selepas itu, dia mengambil tali pinggang berwarna putih dan memakainya di bahagian pinggangnya. Memandangkan cuaca malam itu mungkin agak dingin, jadi Haerin memakai jaket bermanik berwarna cream miliknya sekali.Selepas yakin bahawa dia telah bersiap sedia, Haerin mencapai telefon berserta beg tangannya dan menyilangkannya di bahunya. Dia keluar daripada bilik dan Yura memandangnya.
"Woah woah, aku rasa last kau pakai gaun tu masa kita graduated dekat Kolej dulu. Tapi, cantik dia.. sampai sekarang ada." kata Yura.
"Ni perli ke puji?"
"Puji lah. Betul lah, orang kata kita akan cantik bila nak jumpa bakal mertua je." Haerin mencubit lengan Yura dan gadis itu mengaduh sakit sebelum ketawa kecil.
"Dah lah, aku nak pergi. Kau duduk diam-diam, jangan bawa masuk Mingyu dalam ni. Faham?" kata Haerin sambil menyarungkan kasut tumit tinggi pemberian Puan Jeon suatu ketika dahulu. Dia melambai ke arah Yura.
"Goodluck jumpa bakal mertua."
"Apa-apalah..". Haerin keluar dan Yura tersenyum gembira. Dia gembira jika kawan baiknya itu gembira juga.~.~.~.~.~
Wonwoo memandu keretanya dengan berhati-hati. Dia tersenyum sendiri. Kelakuan nya di perhatikan Appa nya yang duduk di sebelahnya. Omma nya ada di bahagian tempat duduk belakang bersama kakaknya, Seulgi. Abang iparnya tak dapat datang atas urusan kerja.
"Wonwoo,baik kamu stop senyum-senyum. Nanti accident juga kereta ni, fokus drive tu." tegur Appa nya. Wonwoo cuma tersengih.
"Alah appa ni, orang bahagia memang macam tu." kata Seulgi.
"Excited nak jumpa bakal mertua." sambung Omma nya.
Wonwoo cuma tersenyum mendengar kata-kata ahli keluarganya."Kamu pernah jumpa keluarga Haerin tak sebelum ni?" tanya Puan Jeon. "Pernah, sekali je lah."
"Reaction dia orang?" tanya Seulgi. "Of course dia orang suka. Appa Haerin dah bagi green light dekat Wonwoo. Omma dia pun suka Wonwoo." cerita Wonwoo sambil tersenyum-senyum. Puan Jeon menggelengkan kepalanya melihat Wonwoo. Gembira betul dia melihat anak lelaki nya seorang ni gembira.Wonwoo memberhentikan keretanya di hadapan sebuah restoran mahal. Bukan dia yang buat plan nak berjumpa dekat sini, tetapi Omma nya yang suruh. Jadi dia ikutkan saja. Mereka sekeluarga keluar daripada kereta.
"Omma, Appa dengan noona masuklah dulu. Wonwoo tunggu Haerin." kata Wonwoo. "Okay, kalau macam tu." Kedua-dua ibu bapanya dan kakaknya masuk ke dalam dahulu. Wonwoo berdiri di hadapan keretanya menunggu kedatangan Haerin dan keluarganya.
Sempat juga dia melihat penampilannya di cermin tingkap kereta. Perfect, katanya dalam hati.
"Ehem!". Wonwoo menoleh ke kirinya. Dia kaku di situ untuk beberapa minit. Bukan apa, gadis yang dinantikannya ada di hadapannya sekarang. Haerin nampak begitu anggun dan cantik malam tu. Tak berkelip mata Wonwoo melihatnya.
Haerin cuma ketawa melihat Wonwoo yang tergamam seketika itu. Lengan Wonwoo diraihnya dan dipeluk. "Jangan lah tengok saya macam tu. Creepy lah." Wonwoo tersengih.
"You're the most beautiful girl in the world after my mom and my sister." bisik Wonwoo pada telinga Haerin. Haerin mencebik. "Maksudnya, saya orang ketiga paling cantik dalam hidup awak. Tak adil.". "Eh, eh, family first okay. Dah lah jom masuk." kata Wonwoo dan mereka berdua pun masuk. Keluarga mereka berdua dah lama berada di dalam tu.
~.~.~.~.~
"Jadi Wonwoo ni pendiam lah orangnya dulu? Tak nampak macm tu pun. Nampak banyak mulut adalah." kata Puan Song, Omma Haerin. "Sekarang kalau dia cakap, beratus-ratus perkataan keluar. Takde full stop." sambung Puan Jeon pula.
Keluarga Haerin dan Wonwoo masing-masing sibuk berbual. Bukan setakat bincang pasal perkahwinan, sejarah keluarga pun habis terbongkar semuanya. Puan Jeon tak habis-habis cakap benda yang buat Wonwoo jadi malu tapi tiada siapa boleh hentikan Puan Jeon apabila dia bercakap.
Keluarga Haerin juga sama, cerita daripada Haerin tu sekolah sehingga lah sekarang. Habis semuanya diceritakan. Habis riuh meja besar dua buah keluarga ni berjumpa. Nasib baiklah mereka tempah bilik khas, jadi tiada siapa di situ kecuali mereka. Takde lah menganggu pelanggan yang lain disebabkan keriuhan dua buah keluarga ini berbual.
Puan Jeon dan Puan Song bersama Seulgi sibuk bercerita pasal keluarga, manakala appa mereka berdua dan Haejoon berbicara mengenai isu semasa dan business. Haerin dan Wonwoo pula, mereka berbual berdua. Tiada yang menganggu moment mereka berdua.
Mereka bergurau senda, ketawa dan tersenyum-senyum. Kelakuan mereka berdua diperhatikan ibu bapa nya secara diam. Gembira melihat anak-anak mereka yang dah makin matang dan tak lama lagi akan bakal mempunyai keluarga sendiri. Tak perlu mereka tanggung beban lagi. Hahaha.
~.~.~.~.~
Selepas pertemuan keluarga itu tamat, masing-masing pulang ke rumah. Tetapi tidak Wonwoo, selepas dia menghantar ibubapa dan kakaknya di rumah, dia mengambil kunci motornya dan keluar semula. Dia dah berjanji dengan Haerin untuk berjumpa sekejap.
Dia memandu ke rumah Haerin dan sebaik saja dia sampai disana, dia dapat lihat Haerin dah berada di lobi. Haerin masih belum menukar pakaiannya.
"Awak nak saya naik motor?" tanya Haerin. Wonwoo cuma mengangguk dan dia menyarungkan helmet ke kepala Haerin. Haerin menaiki motorsikal itu berhatu-hati kerana dia memakai gaun.Pinggang Wonwoo dipeluknya dan Wonwoo memecut laju di atas jalan raya. Haerin tersenyum dalam diam. Wonwoo dapat rasakan pelukan Haerin makin erat dan dia juga turut tersenyum.
Wonwoo memberhentikan motorsikalnya di sebuah padang yang luas. Haerin turun dan membuka helmetnya. "Padang?" tanya Haerin pelik. Wonwoo meletakkan helmetnya dan helmet Haerin di atas motor. Dia memimpin tangan Haerin dan mereka berdua berjalan di tengah-tengah padang.
"Padang ni luas. So kita boleh baring-baring sambil tengok bintang." kata Wonwoo. Mereka berdua berjalan mengelilingi padang. Terdapat juga beberapa pokok bunga yang cantik di situ.
Wonwoo memetik sebatang bunga kecil dan memberinya pada Haerin. "Gumawo..".Mereka menghabiskan masa berjalan sehingga lah Haerin kata dia rasa letih kerana dia memakai kasit tumit tinggi dan penat berjalan menggunakannya.
Wonwoo mengajaknya duduk di atas padang tersebut.Haerin melabuhkan punggung nya ke rumput manakala Wonwoo berbaring di sebelahnya. "Baringlah.." Wonwoo menarik Haerin dan gadis itu terbaring di sebelahnya.
Mereka berdua berbaring mengiring menghadap satu sama lain sambil tersenyum."Next week kita tunang. Then bulan depan kita kahwin. Saya rasa tak sabar." kata Haerin.
"Why?"
"Dah lama saya tunggu saat ni. Saya tunggu awak untuk jadi teman hidup saya. Finally, penantian saya akan berakhir tak lama lagi."
Wonwoo tersenyum. "Kita akan hidup bersama lepas ni. Saya janji saya akan bahagiakan awak sebaik mungkin. Saya akan cuba juga walaupun susah."
"Saya akan selalu ada dengan awak. Saya akan menemani awak sampai bila-bila."
Wonwoo meniarap dan mendekatkan wajahnya dengan Haerin lalu bibir Haerin dikucupnya. Mereka menikmati masa bersama di malam itu di bawah sinaran cahaya bintang di langit.
~.~.~.~.~
YOU ARE READING
HeartBeat [Jeon Wonwoo] ✓
FanfictionDua orang doktor muda yang bertugas bersama dalam unit perubatan kecemasan dan pembedahan di sebuah hospital. Disebabkan sudah lama mengenali, timbul perasaan suka dan cinta terhadap satu sama lain tetapi masing-masing masih keliru dengan perasaan m...