Chapter 11

643 74 3
                                    

~.~.~.~.~

"So.. Seungjun setuju untuk buat pembedahan? " tanya Seungcheol. Wonwoo mengangguk. "Tapi, dia tak boleh sertai acara tu lepas pembedahan. Ia akan effect semula pada luka pembedahan nya dan mungkin semuanya akan bertambah teruk. Lagipun jangkitan tu dah merebak, kemungkiman besar, Seungjun tak boleh bernafas macam orang normal, kalau tak buat pembedahan skrg.." terang Wonwoo." Takda cara lain ke? Supaya dia dapat sertai acara tu.." kata Seungcheol. Wonwoo mengeluh berat dan menggelengkan kepalanya.

"Hyung tak nak hancurkan harapan dia. Tapi, kenapa semua ni kena jadi skrg... Haih! Hyung tak tahu nak buat apa.." keluh Seungcheol. Telefon milik Wonwoo berbunyi dan dia melihat pada skrin telefonnya. Haerin. "Hyung, pergi dulu. Ada apa-apa bagitahu hyung ya" kata Seungcheol, kemudian keluar.
Wonwoo terus menjawab panggilan Haerin.

~.~.~.~.~

Haerin tersenyum bila nampak Wonwoo berlari ke arahnya.
"Kenapa? " tanya Wonwoo sebaik saja dia sampai di hadapan bahagian pembedahan. "Saya ada sesuatu nak bagitahu.. " kata Haerin. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan tunjuk sesuatu pada Wonwoo.

Wonwoo memandangnya selepas melihat apa yang ditunjukkan Haerin. "Are you sure? Risiko dia tinggi..". "Memang lah tinggi. Tapi cuba awak fikir, lepas surgery, Seungjun mungkin tak boleh join acara renang tu sebab dia still perlukan masa untuk pulih dengan baik. Kalau kita guna cara ni, Seungjun boleh join acara tu..then, sekaligus, nama awak naik sebab tak pernah ada doktor yang buat pembedahan dengan cara ni.. " terang Haerin.

"Haerin, risiko dia tinggi. Saya mungkin boleh dituduh membunuh pesakit tahu" kata Wonwoo,serius. "No! Saya akan bantu awak. Saya akan pastikan kita berjaya. Think positive, okay" kata Haerin. "Saya.. tak pasti..". "Saya nak jumpa ketua pengarah, minta kebenaran kita buat pembedahan dengan cara ni" kata Haerin. Wonwoo memandang Haerin dengan serius. "Saya jumpa awak nanti..". Haerin terus pergi daripada situ.

Wonwoo memandang susuk tubuh Haerin pergi. "Kau tak payah pandang dia semacam je.. " kata seseorang daripada belakang, membuatkan Wonwoo menoleh. Mingyu muncul disebelahnya. "Aku kenal Haerin tu, kalau dia cakap nak buat cara tu, cara tu lah dia buat. Dia tu tekad orangnya. " kata Mingyu.

"Aku bukan apa, aku risau Seungjun tak selamat je masa surgery" kata Wonwoo. "Kau pernah dengar, ada tak patient yang Haerin bedah, meninggal? Takde kan. So trust me, Haerin tu takkan biarkan patient dia mati mcm tu je" kata Mingyu, sebelum berjalan pergi daripada situ.

Beep!

Wonwoo melihat mesej yang masuk ke dalam telefonnya.

From : Seungcheol

Seungjun pengsan lagi masa latihan. Hyung dekat unit kecemasan.

Wonwoo segera berlari pergi ke unit kecemasan.

~.~.~.~.~

Wonwoo memeriksa keadaan vital Seungjun. "Keadaan dia dah stabil. Mungkin, dia terlalu bersungguh buat latihan, sebab tu boleh pengsan. " kata Wonwoo. Seungcheol mengeluh perlahan dan mengangguk. "Wonwoo, tuan pengarah nak jumpa awak" kata Haerin yang berada di belakangnya.

"Seungjun sedar, bagitahu Wonwoo, okay " kata Wonwoo sebelum keluar daripada bilik Seungjun. Dia dan Haerin pergi ke bilik pengarah.

Sebaik saja dia masuk, dia nampak tuan pengarah berdiri di tepi tingkap yang luas, sambil termenung. Mungkin fikirkan pasal keadaan Seungjun. "Tuan..".
"Oh, Wonwoo. Duduklah. Kamu pun Doc Haerin..". Mereka berdua duduk dihadapan tuan pengarah. "Jadi Seungjun mcm mana ? " tanya tuan pengarah.

"Dia stabil. Tapi, kalau kita tak buat pembedahan segera, ia akan bertambah teruk " kata Wonwoo.
"Saya nak awak buat pembedahan segera. Pembedahan wedge resection. Saya tak nak hancurkan harapan Seungjun untuk sertai acara renang tu. " kata tuan pengarah.

"Tapi risikonya tinggi, tuan..."

"Saya tak kisah. Janji anak saya boleh sertai dan menang pingat emas yang dia impikan.."

"Seungjun mungkin boleh ma--"

"Kami akan buat pembedahan tu secepat mungkin" Haerin memotong kata-kata Wonwoo.
"Bagus, lagi cepat lagi bagus. Saya percayakan awak berdua" kata tuan pengarah. Mereka berdua mengangguk dan keluar daripada bilik tuan pengarah.

"Haerin, awak gila ke? Seungjun boleh mati kalau kita buat pembedahan cara tu" kata Wonwoo, marah. Haerin mengeluh.

"Tak boleh ke awak fikir positif? Kalau awak buat pembedahan secara biasa, risiko dia tak tinggi juga ke.."

"Ini bahaya, Haerin. Saya tak nak apa-apa berlaku pada Seungjun"

"Saya tahu. Tapi cuba awak fikir, kalau kita buat pembedahan secara biasa, ia ambil masa lama untuk pulih. Awak rasa Seungjun akan happy ke, kalau dia dapat tahu dia tak boleh berenang untuk jangka masa yang lama...Tak,Wonwoo. Tak. "

Wonwoo megeluh panjang. Dia betul-betul keliru. Haerin mengambil tangan Wonwoo dan mengenggamnya.

"Kita buat pembedahan ni. Jadi Seungjun boleh sertai acara tu. Awak pun nak tengok dia menang pingat emas kan? Awak tahu tu impian dia kan.. jadi, kita buat ia tercapai... okay"

Wonwoo memandang Haerin. Haerin mengangguk perlahan untuk meyakinkan Wonwoo.
"Baiklah, kita buat. ". Haerin tersenyum, lega. Dia menepuk bahu Wonwoo perlahan. "Saya akan tolong awak. Jangan risau" kata Haerin.

~.~.~.~.~

Haerin membuka pintu rumahnya perlahan-lahan. Dia takut ibubapa nya dan juga Yura terjaga. Hari dah lewat malam, jadi dia tak nak menganggu.
Dia juga berjalan berjengket untuk ke biliknya.

Sampai saja di biliknya, dia terus menutup pintu. Dia membuka jaketnya dan letak di tepi katilnya. Dia mencapai tuala miliknya dan melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri.
Seharian berpakaian kemeja. Melekit rasa satu badan nya.

Selepas membersihkan diri, dia menapak keluar. Dia duduk di atas katil dan mengeluh penat.
Tetapi badannya terasa segar pula selepas mandi. Mata Haerin terpandang pada patung arnab yang Wonwoo beri padanya tempoh hari. Dia mencapai patung tersebut dan bermain dengan telinga patung tersebut.

Beep!

Haerin mengambil telefon nya.

From : Wonwoo

"Thank you, goodnight and sweet dream 😴"

Haerin tersenyum sendiri. Dia memandang patung arnab yang berada di pegangan nya.

"You're welcome and sweet dream too.." Haerin mengetuk perlahan hidung patung itu.

~.~.~.~.~

HeartBeat [Jeon Wonwoo] ✓Where stories live. Discover now