Chapter 31

489 54 1
                                    

~.~.~.~.~

Rachel berjalan keluar dari bilik pembedahan. Dia berjalan sambil kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket.
Semasa dia berjalan, dia terlanggar seseorang. "Ohh! I'm sorry, saya tak sengaja". Rachel melihat orang tersebut dan ianya Joshua.

"Oh? You're the new doctor.. " kata Joshua. Rachel cuma memandangnya pelik. "I'm Joshua btw..". Rachel menyambut huluran tangan Joshua. "Rachel.. " balasnya. "Nice name. Jumpa nanti, hope kita dapat bertugas sekali.." kata Joshua sebelum pergi. Rachel cuma senyum. Dia memerhatikan Joshua pergi. Kemudian, dia nampak Haerin menegur Joshua daripada jauh. Dan mereka berdua berbual mesra sebelum pergi.

Rachel tersenyum sinis. Dia terfikirkan sesuatu. Dia tahu macam mana nak rosakkan hubungan Wonwoo dan Haerin. Senang saja. "Tunggulah.. ni Rachel lah, semua boleh settle" fikirnya, jahat.

~.~.~.~.~

Joshua dan Haerin duduk di sebuah meja di kafe hospital.
"Joshua, apa benda yang awak nak cakap ni? Nampak happy semacam je" kata Haerin.
Joshua tersenyum. Dia minum air nya dahulu. Kemudian, dia menarik nafas dalam-dalam dan dia menghulurkan sampul surat berwarna putih bersaiz A4 pada Haerin."Apa ni?" tanya Haerin.
"Buka dan baca.." kata Joshua.
Haerin membuka sampul surat tersebut dan dia menarik keluar beberapa keping kertas yang telah distapler kan bersama.

"Surat arahan bertugas di luar hospital? Kursus kedoktoran tahap 3.." baca Haerin satu persatu. Kemudian dia menyelak lampiran kertas yang lain. Ada resume dia di lampiran belakang. Resume Joshua pun ada. Maksudnya...

"Saya kena pergi kursus dengan awak?" tanya Haerin. Joshua mengangguk. "Yup. Lusa.." balas Joshua. Haerin berkerut dahi. Selalunya kalau ada kursus di luar, dia akan pergi bersama Wonwoo. Tapi kali ni tidak pula.
"Bila awak dapat surat arahan ni?" tanya Haerin. "Baru kejap tadi. Kebetulan saya pergi bilik pengarah, then dia bagi saya surat tu. Dia minta saya beritahu awak. Sebab tu saya ajak awak minum" kata Joshua.

"Ahh, okay. So lusa kita akan pergi Incheon. Seminggu kat sana. Alahai.." keluh Haerin.
"Kenapa? Ada masalah ke?" tanya Joshua apabila dia nampak Haerin mengeluh perlahan. "Takde pape. Okay, then. Ada apa-apa nanti saya bagitahu awak jelah" kata Haerin. Joshua mengangguk.

Haerin minta diri dahulu. Dia berjalan ke lif dan naik ke biliknya. Tetapi matanya terlihat akan kelibat dua orang sedang bercakap di hujung koridor. Haerin memerhatikan betul-betul orang tersebut. "Tu..Wonwoo dengan.. Rachel?" teka Haerin. Dia nampak Rachel menarik tangan Wonwoo dan Wonwoo hanya membiarkan saja. Haerin terus pusing ke arah lain.

"Kenapa dia tak tepis tangan Rachel? Ish! " bebel Haerin. Ya, dia cepat cemburu. Muncul perasaan cemburu di dalam hatinya apabila nampak Wonwoo dan Rachel bersama. Walaupun dia tahu mereka berdua tu hanya sepupu. Haerin berjalan menunduk ke bawah sampai dia terlanggar seseorang.

"Aduh!" Haerin mengusap dahinya. "Haerin?". Dia memandang tuan punya suara.
Mingyu rupanya. Mingyu pelik melihat wajah Haerin yang masam mencuka tu. "Hey! Kenapa ni?" tanya Mingyu. "Takde pape. Tu ha! Dorang dua tu" kata Haerin sambil tunding jarinya ke arah dimana Wonwoo dan Rachel ada. Mingyu juga nampak. Dia memandang Haerin semula. "Dorang kan cousin. Why? Are you jealous?" tanya Mingyu.

"Sikit. Tapi, yeah.. lama-lama okay lah tu.." kata Haerin. Mingyu tersenyum. "Janganlah jealous Haerin. Percayalah, Wonwoo dengan Rachel takde pape" kata Mingyu sambil memegang kedua-dua belah pipi Haerin. Haerin cuma senyum.
"Macam mana awak dengan Yura?" tanya Haerin. "She's cute. Saya bertuah tau ada girlfriend mcm Yura. Comel! " kata Mingyu sambil tersengih-sengih. Haerin ketawa. "Hargai Yura. Kalau awak buat dia nangis, saya bunuh awak" ugut Haerin. "Amboi, protective nya dia..Tak lah! Saya takkan buat dia nangis" kata Mingyu. Haerin mengangguk. Mingyu pergi daripada situ selepas habis berbual dengan Haerin.

Haerin berdiri di situ saja. Dia mengeluh. Hari ni satu hari Wonwoo tak jumpanya. Sedihnya. Tiba-tiba ada tangan menariknya pergi ke ruang tangga kecemasan.  Haerin terkejut lalu dia pusing ke belakang. "Wonwoo?" Haerin terkejut melihat Wonwoo dan lelaki itu hanya tersenyum.
"Nak apa?" tanya Haerin, dingin. Dia saja nak try berlakon konon-kononnya marah pada Wonwoo.
"Mesranya awak dengan Mingyu. Dia siap pegang pipi awak lagi" kata Wonwoo.

Jadi Wonwoo nampak dia dan Mingyu berbual. Haerin menyilangkan tangannya. "Awak pun sama. Awak biar Rachel pegang tangan awak.." kata Haerin. "Dia sepupu saya jelah". "Mingyu pun kawan baik saya" balas Haerin, tak mahu kalah.
Wonwoo mengangkat sebelah keningnya. "Awak jealous ke Haerin?" tanya Wonwoo. Haerin mencebik. "Haah saya cemburu. Pujuk balik!" kata Haerin lalu dia berjalan pergi. Wonwoo menepuk dahinya. Aduhai. Cemburu pula. Minta pujuk pula tu. Macam budak kecil betul.

Wonwoo berjalan keluar. Dia mencari kelibat Haerin. Tetapi tak jumpa. Kemudian, dia terserempak dengan Rachel lagi. Asyik muka dia je. Menyampah.
Rachel menghalang jalannya.
"Tepi. Saya ada kerja" kata Wonwoo. "Jom lunch. Saya lupa nak ajak tadi" kata Rachel. "Takpe, saya dah kenyang. Tepi!" kata Wonwoo lalu berjalan kehadapan. Rachel menarik tangannya kuat. Nasib tak  terjatuh kebelakang. "Apa ni? Saya kata saya tak nak kan!" marah Wonwoo. "Ikut awaklah Wonwoo. Saya ajak ni sebab Omma awak mesej saya ajak lunch bersama. Awak kena ikut sekali tapi.. awak tak nak. Then, saya cakap dekat dia jelah.." kata Rachel lalu dia pergi daripada situ dengan senyuman sinis.

"Yah! Rachel, tunggu saya dekat parking lot" jerit Wonwoo. Rachel tersenyum puas. Wonwoo memang tak boleh tolak ajakan Omma nya. Tanpa mereka sedar, Haerin memerhatikan mereka berdua disebalik dinding. Makin cemburu dia rasa. Dia ingat Wonwoo nak pujuknya balik dengan ajak nya lunch ke apa ke. Harapannya meleset. Haerin berjalan ke biliknya.

Dia merebahkan dirinya di kerusinya. Surat arahan tadi dicampak saja ke atas meja. Dia mengeluh perlahan. "Bukan nak pujuk.. keluar dengan perempuan tu. Sepupu ke apa ke.. ni girlfriend merajuk patutnya pujuk. Ish! " bebel Haerin. Dia melihat telefon bimbitnya. Tiada apa-apa pun.

"Kalau tak boleh jumpa depan-depan.. At least mesej lah. Ni mesej pun takde?!" marah Haerin. Dia baru bercadang nak telefon Wonwoo tapi panggilan lain yang masuk dulu. "Yura?" Haerin menjawab panggilan Yura.

"Haerin, kenapa aku nampak Wonwoo keluar dengan Rachel? Satu kereta pula tu.."

Haerin menjerit geram. "Eyyyyy!! Tak guna punya Wonwoo! ". Haerin terus mematikan panggilannya. Dia bertekad untuk merajuk dengan Wonwoo. Biar padan muka. Haerin melihat wallpaper telefonnya.
"Jangan call saya! Mesej pun tak boleh! Saya merajuk! Marah! Cemburu!" bebelnya tak henti-henti.

~.~.~.~.~

HeartBeat [Jeon Wonwoo] ✓Where stories live. Discover now