~.~.~.~.~
Rachel berjalan ke lobi di wad kecemasan. Dia dah mula bertugas pada hari tu. Jadi dia kenalah buat kerja walaupun hari pertama. Dia nampak Haerin di kaunter sedang berbual dengan nurse yang bertugas.
"Apa sebenarnya hubungan dia dengan Wonwoo.. takkan girlfriend? Kalau betul, teruk juga taste Wonwoo ni.." kata Rachel dalam hati. Ya, dia merupakan sepupu Wonwoo. Tetapi dia dah lama sukakan Wonwoo. Dia jadi doktor sekarang semuanya sebab Wonwoo. Tapi nasib nya tak baik kerana lepas Wonwoo graduated daripada universiti, dia terus pindah ke Seoul tapi Rachel pula bertugas di America. Hampir 4 tahun tak berjumpa. Wonwoo pula kalau balik America, bukan jumpa dengan dia pun. Lepas tu, duduk sekejap je kat sana then, balik Korea semula. Rachel bersyukur apabila dia diminta bertukar ke Korea untuk 2 tahun. Pihak hospital Amerika mahukan Rachel bertugas sambil belajar. Jadi boleh lah dia dinaikam pangkat nanti apabila pulang ke America.
Rachel berjalan ke kaunter. "Hai.." Haerin ditegurnya. Haerin memandangnya dan tersenyum. "Hai.. awak doktor baru tu? Doktor..Rachel.." kata Haerin.
"Yeah.. and you are?". "Haerin. Doktor Song Haerin.." Haerin memperkenalkan dirinya. Rachel cuma mengangguk.Dia sebenarnya tak berminat pun nak bercakap dengan Haerin tapi dia kena lah jadi peramah untuk tahu apa hubungan Haerin dan Wonwoo. "Saya tak tahu pula awak ni sepupu Wonwoo. Sebab awak dengan dia nampak berbeza" kata Haerin. Rachel mengangkat keningnya. "Berbeza? Maksudnya?" tanya Rachel. "Maksud saya.. awak nampak cold tapi baik.. Wonwoo pula terlebih peramah" kata Haerin. Rachel perasan setiap kali Haerin bercakap pasal Wonwoo dia akan tersenyum.
"Betul ke? Wonwoo memang macam tu. Btw, awak dah lama kenal Wonwoo ke?"
"Tak lah lama sangat. Saya kenal dia sejak saya mula kerja kat sini. Tiga tahun lepas.." kata Haerin.
Rachel mengangguk. Lama juga Haerin dan Wonwoo kenal. Mesti ada something ni. Rachel menjeling ke arah Haerin secara senyap. Tiada pula Haerin pakai cincin ke rantai atau gelang. Mungkin mereka berdua cuma kawan, fikir Rachel.
"Okay lah. Saya ada surgery. Saya minta diri dulu" kata Haerin. Rachel mengangguk. Dia cuma memerhatikan Haerin pergi.
"Kenapa aku rasa macam dia ada something dengan Wonwoo.. Tak boleh jadi ni. Tiada sape boleh rampas Wonwoo daripada aku.." kata Rachel perlahan. Dia kena buat sesuatu. Dia nak Wonwoo kahwin dengan dia dan mereka berdua boleh duduk di America semula bersama.~.~.~.~.~
Wonwoo membuka bekas makanan yang Haerin beri tadi.
Dia tersenyum. Mana taknya, Haerin fikir dia budak-budak ke. Siap buat hiasan lagi dekat dalam bekas makanan. Cantik dan comel. Wonwoo mengambil makanan tersebut dan menghantar pesanan pada Haerin.To : Haerin ♡
"Tak sanggup saya nak makan sebab comel sangat"
Wonwoo menunggu Haeri membalas mesejnya tapi tiada satu pun mesej masuk. Wonwoo mengeluh. Kemudian, pintu biliknya dibuka. Haerin muncul dan tersengih. Dia duduk di hadapan meja Wonwoo.
"Makan lah.. penat saya buat. Awak kata dia comel then tak sanggup pula. Rezeki jangan ditolak" kata Haerin. Dia ambil garfu yang ada di selitkan di dalam beg kertas itu. Dia cuba nak potong sandwich tu tapi Wonwoo menepis tangannya.
"Eh eh, nanti lah. Saya nak ambil gambar. Nak buat kenangan. " kata Wonwoo. Haerin mencebik tapi dia ketawa. Haerin mengambil bekas makanan tersebut dan mulalah dia buat pose dengan bekal tu. Wonwoo mengambil gambar Haerin."Nanti letak wallpaper tau.. " kata Haerin. "Tak nak. Buat apa nak letak wallpaper.." usik Wonwoo. Haerin mendengus marah. Dia keluarkan telefonnya. "Tengok ni! Saya letak gambar awak! Tak suka lah tu tengok muka orang setiap masa" kata Haerin. Marah pula. Haerin tarik mukanya. Wonwoo mengambil telefon Haerin. Memang betul wallpaper telefon Haerin merupakan gambar dirinya. Mana entah Haerin dapat. Jangan-jangan Haerin stalk dia dulu sampai gambar dia pun ada dalam telefon Haerin tanpa dia sedar.
Haerin merampas telefonnya semula. "Kenapa tengok lama-lama? Nak bangga lah tu awak handsome.." kata Haerin. Eh eh dia ni. "Saya memang handsome kan" kata Wonwoo.
"Tak!"
"Ya~"
"Eyy perasan nya"
"Tapi itulah kenyataan nya kan"
"Saya tukar wallpaper saya.. "
"Nanti awak tukar balik sebab awak tak boleh kalau tak tengok wajah handsome teman lelaki awak ni kan"
"Muka awak macam katak!"
"Putera katak"
"Bukan! Anak katak! Hodoh!"
"Haerin ah!!"
"Hahahaha, Jeon Katak!"
"Sudahlah tu"
"Katak! Katak! Katak!"
Wonwoo mencium bibir Haerin membuatkan gadis itu terdiam.
Kemudian, Wonwoo menyambung makan sandwich nya semula. Haerin pula tergamam sambil memegang bibirnya. Merah habis mukanya.
Dia merenung Wonwoo. Geram.
Semasa Wonwoo hendak menyuapkan sandwich nya ke dalam mulut, Haerin terlebih dahulu menolak sandwich tersebut ke dalam mulut Wonwoo dengan kasar. Dalam bahasa lain, menyumbat. Tercekik habis Wonwoo dibuatnya. "Padan muka awak " kata Haerin. Dia tersenyum puas.Selepas minum air, Wonwoo bangun dan membalas balik apa yang Haerin buat. Haerin menekup mulutnya dengan kedua-dua tangannya sambil ketawa dalam diam. Wonwoo menarik tangan Haerin tetapi tak berjaya. Haerin sempat menjelir lidah kepadanya.
Baru nak bermesra, bergurau, bermain.. telefon bimbit Wonwoo berbunyi. "Saya balas balik nanti.." ugut Wonwoo. Haerin cuma mengejeknya. Wonwoo menjawab panggilan telefonnya. Haerin perasan muka Wonwoo berubah. Selepas menjawab panggilan, Wonwoo menutup cepat-cepat bekas makanannya.
"Kenapa?" tanya Haerin. "Jaehyun.. dia tenat. Haerin, awak bawa Daeun. Saya rasa dah sampai masanya mereka berdua berjumpa. Kita jumpa kat wad ICU Jaehyun.. okay?" kata Wonwoo lalu berlari keluar. Haerin juga berlari tapi dia terus ke wad Daeun. Dia masuk ke bilik Daeun. Kebetulan ada nurse di dalam wad tu yang bertugas untuk memeriksa keadaan Daeun.
"Nurse, ambilkan saya kerusi roda.." kata Haerin. Daeun terkebil-kebil di atas katil. Haerin menyuruhnya duduk di atas kerusi roda. "Unnie.. kenapa ni?" tanya Daeun apabila Haerin membawanya ke lif. "Kamu nak jumpa Jaehyun kan? So unnie bawalah.." kata Haerin.
Muka Daeun bertukar gembira. "Betul ke? Saya boleh jumpa Jaehyun?". Haerin mengangguk.
Daeun tersenyum. Dia mengenggam rantainya kuat. Dia tak sabar nak jumpa Jaehyun. Dia terlalu rindukan Jaehyun.
Haerin cuma tersenyum kecil kerana dia tahu Jaehyun sedang bertarung nyawa sekarang. Mungkin ni kali terakhir Daeun berjumpa dengannya. Mereka tiba di wad ICU di tingkat 4. Haerin menolak kerusi roda yang diduduki Daeun ke ruang wad kritikal. Mata Daeun memerhatikan setiap nama di pintu bilik untuk mencari bilik Jaehyun. Kemudian, matanya tertangkap kelibat Wonwoo dan Mingyu di hadapan sebuah bilik.Kedua-dua doktor lelaki tersebut memandangnya. Wonwoo memberi isyarat kepada Haerin supaya membawa Daeun masuk. Haerin mengikut saja arahan dan dia membuka pintu bilik perlahan. Daeun yang pada mulanya gembira terus terdiam.
Dia nampak Jaehyun terlantar atas katil. Tenat. Jaehyun memandangnya lalu tersenyum lemah."Daeun ah.."
~.~.~.~.~
YOU ARE READING
HeartBeat [Jeon Wonwoo] ✓
FanficDua orang doktor muda yang bertugas bersama dalam unit perubatan kecemasan dan pembedahan di sebuah hospital. Disebabkan sudah lama mengenali, timbul perasaan suka dan cinta terhadap satu sama lain tetapi masing-masing masih keliru dengan perasaan m...