~.~.~.~.~
Haerin dan Yura berjalan keluar daripada bilik pembedahan. Mereka hendak ke bilik persalinan untuk menukar baju mereka semula. Nasib Haerin tak berapa baik, mereka bertembung dengan Wonwoo dan Mingyu. Mata Haerin bertembung dengan mata Wonwoo. Wonwoo merenungnya.
"Eh apa pandang-pandang ni, ke nak kitaorang bagi korang masa berdua?". tanya Mingyu. Haerin menarik Yura pergi. "Bye Gyu!". Sempat juga Yura menjerit pada kekasih hatinya.
Mingyu tersenyum. "Comel girlfriend aku pakai baju surgery". Wonwoo menjelingnya.
"Kenapa?". "Itupun kau nak bangga ke?""Mestilah. Aku bangga ada girlfriend comel macam Yura. Kau pernah bangga ada tunang macam Haerin? Buang ego kau sebelum dia kata, cancel kan wedding korang". Mingyu berkata lalu berjalan terus ke bilik pembedahan. Dia mendengus geram. Terasa macam salah dirinya pula semua ni berlaku. Wonwoo mengeluh perlahan sebelum berjalan ke bilik pembedahan.
~.~.~.~.~
Wad kecemasan..
"Doktor, ini. Laporan pesakit yang kemalangan semalam tu. Doktor Han kata, doktor yang akan uruskan surgery dia petang ni". terang nurse yang bertugas pada Wonwoo.
"Saya? Tapi saya ada surgery lain. Doktor yang in charge patient ni siapa?"
"Doktor Han. Tapi dia takde dekat hospital hari ni".
Wonwoo mengerutkan dahinya. Dia berfikir macam mana nak selesaikan masalah ni. Dia ada surgery untuk Ahyoung petang ni. Sekarang ada surgery lain yang dia kena buat. Rumit lah nanti.
"Ahh, surgery dia pukul berapa?"
"5:30 petang".
Wonwoo mengeluh lagi. Surgery Ahyoung pula pada pukul 5:00 petang. Mana boleh bantah kerana ini arahan pihak atasan. "Cuba awak check, takde doktor pembedahan yang bertugas petang ni ke selain saya?". "Kejap ya, doktor..".Nurse tersebut melihat ke arah komputer di kaunter untuk menyemak.
Kebetulan, Haerin ada di situ untuk menghantar laporan ct scan pesakit lain. "Nurse, patient ni pindahkan ke wad zon hijau".
Kemudian, nurse tersebut mengangkat kepalanya dan memandang Wonwoo."Ha! Doktor Haerin saja yang bertugas petang ni".
Haerin yang mendengar namanya diseru-seru, memandang ke arah mereka berdua. "Kenapa?". Wonwoo menggelengkan kepalanya. Haerin nampak Wonwoo keluarkan telefonnya dan mendail nombor seseorang.
"Gyu, hari ni kau balik lambat sikit eh. Tolong aku buat surgery. Gantikan tempat aku". Wonwoo berjalan keluar dari wad kecemasan sambil bercakap di telefonnya. Haerin hanya memandang daripada jauh. "Childish betul". gumamnya perlahan.~.~.~.~.~
Pintu bilik Haerin ditolak dan Yura masuk ke dalam. Dia berdiri di hadapan meja Haerin yang sedang menyiapkan laporan di komputer ribanya.
"Jom lah balik. Nanti jalan sesak pula"."Kejap lah. Wait, bukan kau kata kau ada date dengan Mingyu ke?" tanya Haerin sambil memandang Yura seketika kemudian menyambung kerjanya.
"Memang lah. Tapi, tunang kau kejam sangat. Dia suruh Mingyu gantikan surgery dia. So, terpaksa lah cancel date kitaorang". Yura mencebik. Geram lah. Nak date je ada orang kacau. Haerin memberhentikan kegiatannya seketika. "Mingyu mana? Kat surgery room eh?".
Yura mengangguk. "Sini ikut aku". Haerin bangun dan menarik tangan Yura. Mereka berdua pergi ke surgery room.Haerin mencari-cari kelibat Mingyu dan kelihatan Mingyu baru saja nak masuk ke ruang pembedahan. "Mingyu!".
Mingyu menoleh dan melihat dua orang gadis itu berlari ke arahnya. Dah kenapa.."Biar saya ganti awak buat surgery ni. Awak dengan Yura boleh pergi date". Haerin tersenyum. "Tapi nanti Wonwoo membebel. Dia dah lah ketua unit, mengamuk dia nanti".
Haerin menggeleng. "Don't worry. Saya settlekan".
YOU ARE READING
HeartBeat [Jeon Wonwoo] ✓
Fiksi PenggemarDua orang doktor muda yang bertugas bersama dalam unit perubatan kecemasan dan pembedahan di sebuah hospital. Disebabkan sudah lama mengenali, timbul perasaan suka dan cinta terhadap satu sama lain tetapi masing-masing masih keliru dengan perasaan m...