Chapter 62

420 48 1
                                    

~.~.~.~.~.

Ahyoung duduk termenung di tepi tingkap biliknya. Dia buntu memikirkan hidupnya yang bakal hancur tak lama lagi. Kalau dulu, suaminya begitu menyayanginya. Tetapi tidak sekarang. Ia benci malah dengki dengan dirinya. Ia sanggup buat isterinya merana dan menderita.

Ahyoung menyesal. Menyesal termakan dengan kata-kata manis yang ditaburkan oleh suaminya. Dia terlalu mencintai suaminya dan akhirnya, ini yang berlaku.

--flashback 3 tahun lepas--

"Aku pelik tengok kau ni. Kahwin dengan anak aku dah hampir 5 tahun. Seorang cucu pun aku tak dapat lagi. Kau ni ada masalah nak mengandung ke apa?"

Ahyoung hanya menundukkan wajahnya daripada menatap wajah ibu mertuanya. Ya, memang betul dia masih tidak mempunyai anak walaupun sudah 5 tahun berkahwin.

"Ke kau memang tak nak bagi anak aku waris untuk dia? Cuba kau cakap sekarang!" Meluap-lupa kemarahan Puan Lee apabila menantu tunggalnya ni hanya berdiam diri.

"Omma, Sungho yang tak nak saya mengandung. Dia kata dia tak nak ada anak dengan saya."

"Sekarang kau nak salahkan anak aku? Kau tu yang salah. Rupa pun takde. Agaknya anak aku kahwin dengan kau sebab kesian tengok kau kan! Perempuan tak guna betul!"

"Omma! Sungho tak pernah sentuh saya pun sejak kami kahwin. Saya pun tak faham. Saya cinta dan sayang pada dia. Tapi dia tak pun. Bila saya minta dia ceraikan saya, dia tak nak. Saya tak tahu apa yang dia nak sebenarnya.!"

Air mata Ahyoung jatuh membasahi pipinya. Dia betul-betul dah penat dengan semua layanan yang diberi. Memang betul pun, Sungho hanya mempergunakannya. Tiada sedikit pun rasa cinta pada Ahyoung.

"Kau keluar dari sini. Balik sana! Jangan pernah jejakkan kaki kau kat rumah aku. Menyampah aku tengok. Kalau dah mandul tu, mengaku sajalah! Menyusahkan orang saja.!"

-- end of flashback --

Ahyoung mengelap air matanya yang mengalir di pipinya. Dia berjalan ke arah katilnya. Laci di tepi katilnya dibuka dan sebuah sampul surat berwarna putih dikeluarkan. Dia memandang sampul tersebut sekilas pandang sebelum bangun.

Ahyoung mengeluarkan begnya. Dia mengambil beberapa helai pakaiannya dan disumbat masuk ke dalam begnya. Sampul tersebut diselitkan di dalam beg. Cardigan putih disarung ke tubuhnya dan langkah di atur keluar daripada bilik tidurnya.

Dia tekad untuk pergi daripada rumah tersebut. Rumah dimana dia dan Sungho tinggal. Tempat dia melihat suaminya membawa perempuan lain pulang tanpa mempedulikannya lansung.

~.~.~.~.~

Wonwoo berlari turun ke lobi setelah mendapat panggilan daripada Ahyoung yang gadis tersebut mahu berjumpa dengannya.

"Noona." Ahyoung menolehkan dirinya kebelakang. "Mari lah masuk bilik Wonwoo. Kita cakap kat sana."

Mereka berdua masuk ke bilik Wonwoo. Ahyoung duduk di sofa di hadapan meja Wonwoo manakala Wonwoo duduk di hadapannya. "Noona ada benda nak bagitahu Wonwoo ke?"

"Ya. Kamu kena tolong noona. Noona dah tak tahu nak minta tolong siapa." Wonwoo mengangguk.

Ahyoung menceritakan kisah silamnya bersama suaminya. Di mana suaminya yang hanya kahwin dengan dirinya kerana harta peninggalan keluarga Ahyoung. Sungho berkahwin dengan Ahyoung supaya dia dapat bolot harta milik isterinya.

Dia tak pernah mencintai Ahyoung dan tak pernah sentuhnya lansung. Malah, cuba memberi ubat mandul supaya Ahyoung takkan pernah mengandung atau melahirkan keturunannya. Kini, separuh daripada harta Ahyoung telah pun jatuh ke tangan Sungho dan Ahyoung ingin mendapatkannya kembali.

Dia juga mahu failkan penceraian pada Sungho. Dia mahukan semua hartanya semula selepas bercerai dan tidak mahu ada apa-apa hubungan dengan lelaki tersebut lagi selepas itu. Ahyoung menunjukkan pada Wonwoo mengenai data-data dan maklumat harta yang sudah dibolot suaminya.

"Kamu kena tolong noona, Wonwoo. Noona dah penat dengan semua ni. Noona kena selesaikan semuanya sebelum apa-apa berlaku pada noona. Kamu sendiri tahu macam mana keadaan noona kan."

Wonwoo mengangguk perlahan. "I'll help you, noona. Noona jangan risau okay."

Ahyoung mengangguk. "Maafkan noona sebab menyusahkan kamu."

"Takpe. Kalau kes ni bawa masuk mahkamah pun, Wonwoo akan tolong noona." Ahyoung tersenyum perlahan. Dia tahu dia boleh percayakan Wonwoo.

"Tapi, noona cakap yang noona dah lari dari rumah. Noona nak tinggal mana?"

"Noona akan duduk kat hospital ni. Buat rawatan selagi boleh. Noona tak nak mati macam tu je."

"Baiklah. Wonwoo akan minta nurse bawa noona ke wad peribadi."

"Okay. Terima kasih banyak Wonwoo. Noona terhutang budi dengan kamu." Wonwoo cuma mengangguk perlahan. Sebaik saja Ahyoung keluar daripada biliknya, Wonwoo mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mendail nombor seseorang.

"Hello, hyung. Boleh tolong Wonwoo tak ?"

~.~.~.~.~

"Haaa, ni boleh kira kes cubaan membunuh dan menyeludup duit. Is she here?"
Seungcheol bertanya selepas melihat semua maklumat yang diberi Wonwoo.

"Yup, dia ada dekat wad dia. But, kalau hyung nak tanya apa-apa, better buat esok. Biar dia rehat dulu."

Seungcheol mengangguk. "Hyung akan bawa semua ni balik office.
Esok pagi, hyung datang balik nak jumpa dia."

Wonwoo mengangguk. "Thank you hyung. Wonwoo dah tak tahu nak minta tolong peguam mana. Nasib baik hyung ada."

"It's okay, kamu dah tolong hyung dulu. Jadi apa salahnya hyung tolong kamu kan." Seungcheol menepuk bahu Wonwoo perlahan. "Ahh, lagi satu. Weekend ni, datang rumah hyung. Seungjun buat birthday party. Bawa tunang kamu sekali. Boleh hyung kenalkan dia dengan wife hyung."

"Hmm, tengoklah kalau tak busy. Nanti Wonwoo tanya Haerin."
Seungcheol mengangguk dan meminta diri untuk pulang. Banyak lagi kerja yang hendak diselesaikan di pejabatnya.
Kebetulan Wonwoo telefonnya semasa dia berada di luar. Jadi boleh lah singgah sementara.

Wonwoo melihat jam di telefon bimbitnya. Pukul 6 petang. Wonwoo mengeluh perlahan sebelum bangun dan mengemaskan beberapa barangnya yang bersepah di atas meja. Waktu bekerjanya dah habis. Boleh lah pulang dan rehat. Terlalu banyak perkara berlaku dalam masa sehari.

Wonwoo menutup lampu biliknya dan berlalu keluar. Semasa dia berjalan, dia ternampak Ahyoung di ruang menunggu di hadapan bilik x-ray. Apa pula gadis itu buat di situ. Sepatutnya dia berehat di biliknya. Wonwoo berjalan ke arah Ahyoung.

"Noona."

Ahyoung memandangnya dan tersenyum. "Dah nak balik ke?"
Wonwoo mengangguk. "Noona buat apa dekat sini? Seorang diri pula tu". "Saja. Tengok keadaan hospital ni. Sambil-sambil tu boleh tenangkan fikiran."

Wonwoo duduk di sebelah Ahyoung. "Noona, jangan banyak fikir ya. Noona tak sihat. You need to stay healthy until everything is fine. You need to rest and stay calm."

Ahyoung tersenyum memandang ke arah Wonwoo. "Noona..dah takde sesiapa Wonwoo. Noona sebatang kara, nak kena hadap semua ni. Nak kena berusaha keras untuk dapatkan balik semuanya. Semua ni gila. Tapi takde cara lain. Noona kena kuat dan terus berusaha."

"Noona ada..Wonwoo." Ahyoung menoleh ke arah Wonwoo. Wonwoo cuma tersengih membuatkan Ahyoung tersenyum kecil.

"Betul tu. Noona ada kamu. Gumawo.."

"It's okay. Noona dah macam kakak kedua Wonwoo. Kan?"
Ahyoung mengangguk. Dia tersenyum perlahan sambil merenung ke arah Wonwoo.

~.~.~.~.~

HeartBeat [Jeon Wonwoo] ✓Where stories live. Discover now