Chapter 19

624 56 0
                                    

~.~.~.~.~

Selepas habis mesyuarat mengenai doktor baru yang akan bertugas di unit kecemasan, semua staf dan doktor mula bersurai. Haerin berdiri di luar bilik mesyuarat kerana ingin menunggu Wonwoo.

"Haerin, nak lunch dengan kami berdua. Awak boleh show around to us later.." kata Joshua, salah seorang doktor baru tersebut. Seorang lagi bernama Dokyeom. Mereka berdua baru je dipindahkan dari Hospital di Incheon. Dan kedua-dua nya merupakan doktor pakar bedah yang terbaik sama seperti Wonwoo.

"Oh, takpelah. Saya tunggu kawan saya.." kata Haerin. Joshua dan Dokyeom mengangguk sebelum pergi. Haerin terus menunggu.

"BAHH!"

Haerin tersentak apabila disergah secara tiba-tiba. Terus saja dipukul nya bahu Wonwoo.
"Terkejut orang tahu tak! Ish! ".

"HAHAHA, okay okay. Jangan marah. So nak lunch?"

"Jom!"

Mereka berdua berjalan bersama. Wonwoo nak pegang tangan Haerin, tapi Haerin menarik tangan nya semula.
Bukan apa, ramai staf ada di keliling, nanti orang tahu pula mengenai hubungan mereka berdua.

Mereka berdua berjalan sampai ke parking lot. "Awak nak makan kat luar ke? Saya tak bawa kunci kereta.." kata Haerin. Wonwoo menggoyangkan kunci kereta miliknya di hadapan Haerin. "Saya kan ada. Let's go". Mereka berdua masuk ke dalam kereta dan Wonwoo memandu ke restoran untuk makan tengahari.

~.~.~.~.~

"Wonwoo.." Haerin memanggil teman lelaki nya yang sedang fokus dengan pemanduannya. Selepas habis makan tengahari bersama, mereka terus saja pulang ke hospital semula.

"Hmm?"

"Apa pendapat awak tentang Joshua dengan Dokyeom? "

Pelik Wonwoo apabila Haerin menanyakan soalan tersebut.
"Okay je. Kenapa?". "Saya rasa dorg tu kalau bergabung dengan kita bila ada surgery penting ke apa ke, mesti berjaya. Dorang nampak bagus".

"Then?"

"Saya tak sabar nak bertugas dengan dorang berdua.."

"Eh, baru 2 hari kita bersama, awak dah jatuh hati dekat dorang ke?

"Mana ada. Jangan lah jealous. Saya sayang awak sorang je"

Wonwoo tersenyum mendengar kata-kata Haerin. Pucuk hidung Haerin di pukulnya perlahan.
"I love you too..".

Wonwoo meletakkan kereta nya di parking kosong dan menutup enjin nya. Mereka berdua keluar daripada kereta dan berdiri di hadapan kereta. "Haerin..". Tangan Haerin diraih perlahan oleh Wonwoo. "Kenapa?".

Laju saja tangan Haerin dicium Wonwoo. Berkali-kali. Macam tidak mahu berhenti pun ada.
Haerin ketawa lalu menarik tangan nya kembali. "Penuh virus awak" kata Haerin. Dia menepis-nepis atas tangan nya. Konon nak bersihkan virus Wonwoo.

"Virus? Itu bukti saya sayang awak lah.." kata Wonwoo.

"Nope. Virus. Euw..". Haerin membuat muka jijik nya. "Kalau cium kat sini, nak cakap virus juga ke?" kata Wonwoo sambil jari telunjuknya diletakkan di bibir Haerin membuatkan gadis itu terkedu. Tetapi tidak lama kemudian, Haerin mula ketawa.

"Sudahlah. Saya nak naik ni. Nak kena round wad lagi ni.."

Haerin berjalan masuk ke dalam. Wonwoo tersenyum apabila dapat mengusik buah hatinya. Terus saja dia mengikut Haerin.
Tangan Haerin dipegang nya.
Berkali-kali Haerin cuba melepaskan tangan nya tetapi Wonwoo tetap berdegil mahu pegang.

"Orang nampaklah nanti.."

"Biarlah. Saya ada hak."

Haerin menjeling Wonwoo yang buat tak endah dengan kata-katanya. Sampai saja di bahagian lobi, Haerin melepaskan tangan nya dan berlari pergi. Lagi lama dia dengan Wonwoo, lagi bermacam-macam karenah lelaki itu buat padanya.

~.~.~.~.~

Seminggu kemudian..

Haerin berlari ke unit kecemasan di bahagian lobi hospital. Daripada jauh dia boleh dengar bunyi siren ambulans. Sebuah katil diusung keluar daripada ambulans dan terus dibawa segera ke bahagian kecemasan.

Sebaik saja katil tersebut tiba dibahagian kecemasan, Haerin terus pergi ke arahnya. Stetoskop di lehernya di pakaikan di telinga untuk memeriksa keadaan dengupan jantung pesakit. Haerin memeriksa keadaan vital pesakit.

"Pesakit kemalangan semasa menaiki motorsikal rakan nya. Dia tercampak ke tepi jalan raya dan dilanggar sebuah kereta. Bleeding teruk berlaku dan pesakit automatik tak sedarkan diri selepas dilanggar.." kata M.A yang bertugas terhadap pesakit tersebut.

"Panggil doktor Wonwoo dan sediakan bilik pembedahan sekarang juga.." arah Haerin.

Baru saja dia ingin melangkah keluar daripada ruang rawatan tadi, seorang lelaki terjatuh di hadapan nya. Kebetulan pula Joshua ada disitu. Terus saja dia berlari ke arah Haerin dan lelaki tu. "Yahh! Encik! Encik tak apa-apa? Encik bangun.." kata Haerin.

"Bawa dia pergi bilik rawatan. Dia berdarah dekat bahagian abdomen.." kata Joshua. Mereka berdua mengangkat lelaki tersebut dan membawa nya masuk ke ruang rawatan dan menempatkan nya di atas katil.

Joshua membuka baju lelaki tersebut ke atas sedikit bagi memudahkan dia memeriksa keadaan pesakit. "Bahagian abdomen sebelah kiri terkoyak teruk. Ada serpihan kaca di dalam luka.. " kata Joshua.

"Kita kena keluarkan serpihan tu.. " kata Haerin."Nurse.. saya nak awak bawa patient pergi bilik surgery am. Saya akan datang sekejap lagi.." kata Joshua.

"Doktor, doktor Wonwoo ada pembedahan. Jadi dia tak boleh datang ke sini.." beritahu seorang nurse. Haerin mengeluh. "Macam mana ni..saya tak pernah handle surgery kemalangan..selalunya Wonwoo..". Joshua yang melihat keadaan Haerin yang agak risau, terus menenangkan nya. "Takpe. Saya akan buat.." kata Joshua.

"Awak nak buat? Okay, saya tolong. Tapi patient lelaki ni?"

"Panggil Yura takpun Mingyu buat..". Joshua menyuruh nurse yang bertugas panggil Mingyu untuk buat pembedahan kecil atas pesakit lelaki tersebut.

"Jom ready untuk pembedahan.."

Joshua dan Haerin segera ke bilik persalinan untuk tukar pakaian.

~.~.~.~.~

Di dalam bilik pembedahan..

Joshua dan Haerin beetungkus lumus melakukan pembedahan terhadap pesakit perempuan yang bernama Lee Daeun tu. Disebabkan hentakan yang terlalu kuat, terdapat retakan pada bahagian kepala Daeun.
Pendarahan berlaku kerana terdapat luka yang agak teruk di dalam bahagian serebrum sebelah kiri.

Sementara itu...

Wonwoo baru saja keluar daripada bilik pembedahan setelah selesai melakukan pembedahan. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendapati ada panggilan daripada unit kecemasan. Dia terus saja berlari ke unit kecemasan.

Dia nampak Mingyu dan Yura berada di ruang wad kecemasan sedang memeriksa keadaan pesakit.

"Mingyu..kenapa?". "Ha! Panjang umur kau. Patient ni kemalangan sejam lepas. Bahagian abdomen dia terluka disebabkan terkena serpihan kaca daripada motorsikal. Tapi aku dah keluarkan dah. So, he's stable right now. Maybe lagi setengah jam dia akan sedar.." terang Mingyu.

Yura pula daripada tadi sibuk menilik fail. "Patient ni datang dengan kawan dia lah Mingyu. Saya rasa gadis yang dalam bilik pembedahan tu.." kata Yura.

"Kemalangan motorsikal tu?"

"Ya, mereka berdua lah.."

Wonwoo pula cuma mendengsr. Kemudian, dia nampak kelibat Haerin dan Joshua berjalan keluar daripada bilik pembedahan. Haerin nampak genbira berbual dengan Joshua.

"Doktor, pesakit ni akan dipindahkan ke wad biasa. Dan pesakit Lee Daeun akan diletakkan di wad ICU kerana kecederaan pada kepala nya.." kata seorang nurse pada Mingyu.

Wonwoo mula rasa lain macam dalam hati. Perasaan cemburu mungkin. Cepat-cepat dia lupakan perasaan nya sebentar tadi. "Wonwoo, aku letak patient ni under kau. Pesakit Lee Daeun tu under Joshua dgn Haerin" terang Mingyu.

"Okay.."

~.~.~.~.~

HeartBeat [Jeon Wonwoo] ✓Where stories live. Discover now