🌸 Special Chapter 🌸

824 59 4
                                    

" Our Little Princess "  [Part 2]

Kelihatan seorang wanita berpakaian formal berada di luar dewan sebuah universiti terkenal di Canada. Haerin, berjalan ke hulur-hilir. Bukan apa dia cuma nak hilangkan keresahannya. Maklumlah, hari ni merupakan hari di mana dia akan mendapat kelulusan Master dalam bidang perubatan. Setelah 4 tahun setengah berhempas-pulas belajar, tinggalkan keluarga.. akhirnya dia berjaya juga menamatkan pelajarannya di sini.

Walaupun dia gembira, tetapi dia rasa sedih sedikit. Wonwoo tak dapat datang kerana ada tugas penting. Jadi terpaksa dia menahan rasa rindu tu sedikit lagi. Baru ingat nak lepas rindu, tapi tak dapat pula.

"Haerin.. why are you here?", tegur seorang gadis. Irene, nama gadis itu. Dia merupakan kawan baik Haerin di sini. "Nothing.. but i don't know why I feel nervous right now..".

Irene menggenggam tangan Haerin. "Take a breathe slowly.. btw, your lovely husband didn't come?".

Haerin menggeleng. "Busy.."

Irene cuma tersenyum melihat wajah masam Haerin. "It's okay. You have me..". Haerin tersenyum dan mengangguk. Mereka berdua masuk ke dalam dewan untuk bersiap. Haerin dapat lihat ramai yang hadir untuk Hari Graduasi universitinya. Alangkah bagusnya, kalau Wonwoo dan Seowoo ada kat sini. Mesti seronok.

Setelah bersiap memakai jubah graduasi miliknya, Haerin duduk bersama Irene di kerusi yang memang di khaskan untuk para pelajar universiti yang akan terima pengiktirafan hari ni. Walaupun berasa sedikit kecewa dan sedih, Haerin tetap cuba hilangkan rasa sedihnya. Dia tersenyum seperti biasa. Dia tak mahu hari bermakna buatnya ini menjadi teruk kerana dia berada sedih.

~.~.~.~.~.~

"Appa... besarnya tempat ni appa..". Seowoo yang berjalan sambil dipimpin oleh Wonwoo berkata sambil memandang sekeliling dengan takjub. Wonwoo hanya tersenyum mendengar kata-kata anaknya.

"Sini lah tempat omma tinggal sayang.. "

"Omma kerja dekat sini? Jauhnyaaa...", ucap Seowoo. Bukan apa, si kecil ini di ajar atuk dan neneknya bahawa kalau ia ingin pergi ke mana-mana tempat yang jauh, dia kena naik kapal terbang. Sebab itulah, sejak naik kapal terbang daripada Korea lagi, dia asyik bertanya pada Wonwoo jika tempat yang ingin di tujunya jauh atau tidak.

"Appa.. kita nak jumpa omma ke?". Seowoo bertanya sambil mendongak melihat wajah tampan ayahnya. Senyumannya muncul di wajahnya apabila Wonwoo mengangguk.

"Jinjja? tak tipu?"

"Tak sayang.. ". Wonwoo mengangkat Seowoo. "Sekejap je lagi, Seowoo akan jumpa omma..".

~.~.~.~.~.~

Di dalam dewan utama Maple Leagues of University, suasana agak meriah dengan tepukan, ucapan dan lain- lain. Satu persatu graduan naik ke atas pentas menerima sijil pengiktirafan. Haerin sedia menunggu gilirannya. Cuma tinggal beberapa orang saja lagi, dan dia juga akan menerima sijil.

Setelah habis semua acara, Irene mengajak Haerin bergambar bersama keluarganya yang datang. Haerin pun ikut saja. Ibubapa Irene yang memang peramah dan mesra orangnya tidak kisah jika Haerin turut serta sekali bergambar.

"Congratulation to you Haerin. Now you can go back to Korea and meet your family..", ucap ibu kepada Irene. "Thank you, Aunty. I'll miss you.. ". Haerin memeluk tubuh wanita itu.

"Congrats dear friend!!", Irene yang teruja itu terus memelul Haerin erat. Haerin tersenyum gembira. Dia hampir saja menangis tadi semasa naik ke atas pentas.

"Congrats too Irene.. You're my bestfriend forever. I won't forget you. I will contact with you everyday, promise.. ", kata Haerin.

"Auuw, I want to cry..I will miss you too Haerin.. If i have time, I'll go to Korea and visit you there..."

HeartBeat [Jeon Wonwoo] ✓Where stories live. Discover now