Chapter 33

466 51 0
                                    


~.~.~.~.~

Haerin melipat beberapa bajunya dan meletakkan ke dalam bagasinya. Ya, dia akan ke Incheon esok. Jadi terpaksalah berkemas. Sedang dia sibuk mengemas, telefonnya berbunyi. Haerin bangun dan mengambil telefonnya yang terletak di atas meja soleknya. Haerin tersenyum melihat pemanggil panggilan tersebut. Terus saja dia jawab.

"Morning.."

"Morning. Erm, boleh awak turun kat bawah kejap. Saya ada kat bawah ni.."

"Apa? Wonwoo.. awak buat apa kat bawah?"

"Turun jelah.. cepat!"

Haerin terkebil-kebil memandang skrin telefon bimbitnya. Dia pergi ke tingkap bilik dan melihat ke bawah. Tiada apa pun. Disebabkan dia malas nak berteka teki lagi, dia terus memakai cardigan putihnya dan keluar.

"Nak pergi mana?" tanya Yura yang sedang duduk di ruang tamu menonton drama di tv. "Wonwoo ada dekat bawah.." kata Haerin sambil menyarung kasutnya. Dia menutup pintu rumahnya dan berlari ke lif.
Sampai saja di bawah, dia lihat Wonwoo ada di hadapan pintu lobi utama. Haerin berjalan ke arah Wonwoo. Bahu Wonwoo dicuitnya membuatkan lelaki itu menoleh kebelakang.

Wonwoo tersenyum memandang Haerin. Wonwoo menarik tangan Haerin sehingga ke tempat letak kereta. Sampai saja dihadapan kereta Wonwoo, dia membuka bonetnya dan beberapa biji belon berwarna pink dan putih muncul. Setiap belon tersebut mempunyai huruf tersendiri. Haerin membaca satu persatu huruf yang berada di belon tersebut.

"I LOVE YOU, I'M SORRY"

Haerin tersenyum. Dia memandang Wonwoo yang berdiri di sebelah bonet keretanya. Malu mungkin. "Kenapa nak minta maaf pula? Awak tak buat salah pun.." kata Haerin. Wonwoo berjalan ke arahnya. "Tak adil lah kalau awak sorang je minta maaf. Saya pun kena buat juga. Saya minta maaf sebab tak pujuk awak.." kata Wonwoo sambil mengusap pipi Haerin.

"It's okay.. " kata Haerin lembut. Kemudian, Wonwoo teringat sesuatu. "Nanti.. saya ada satu lagi surprise. Tapi awak kena pejam mata dulu.." kata Wonwoo. "Kenapa nak pejam mata pula?" tanya Haerin.

"Pejam je lah!"

Haerin mengangguk dan dia memejamkan matanya. Dia tak rasa apa-apa pun. Suara Wonwoo pun dia tak dengar. "Won--" Haerin terasa ada tangan menarik tangannya. Ada sesuatu diletakkan dipergelangan tangannya. "Buka mata.." kata Wonwoo. Haerin membuka matanya dan melihat tangan kirinya. Ada seutas gelang tangan yang sangat cantik di tangannya. Haerin membelek-belek gelang tersebut.

Wonwoo yang melihat kelakuan Haerin, tersenyum gembira. Haerin memandang Wonwoo. "Kenapa awak bagi saya ni?" tanya Haerin.

"Tanda yang saya minta maaf"

"Really?"

"Eh tak lah! Tanda yang saya sayang awak.."

Haerin tersenyum lebar. Oh tuhan, kebahagian apakah ini. Makin bertambah rasa cintanya pada Wonwoo. Haerin terus kedepan dan memeluk tubuh Wonwoo erat. Wonwoo membalas pelukannya. "Terima kasih.. untuk semuanya.." kata Haerin. "Saya yang patut ucap terima kasih. Sebab nya, awak selalu buat saya gembira, Haerin.." kata Wonwoo. Haerin melepaskan pelukannya.

"Awak dah makan?" tanya Haerin. Wonwoo menggeleng. "Saya baru balik dari hospital. So tak makan lagi.." kata Wonwoo.
"Then, datang sini buat surprise kat orang pula. Makan dulu baru buat surprise" kata Haerin. Wonwoo cuma tersengih macam orang gila. "Takpelah. Saya dah nak balik. So, saya makan dekat rumah je.." kata Wonwoo. Haerin mengangguk.

Wonwoo mencium pipi Haerin. "Bye~ Jumpa esok" kata Wonwoo.
Haerin cuma mengangguk dan tersenyum. Wonwoo masuk ke dalam kereta selepas menutup bonet keretanya. Belon yang ada di berikan pada Haerin. Hadiah katanya. Haerin cuma memerhatikan kereta Wonwoo keluar dari perkarangan kawasan rumahnya. Haerin memandang tangannya. Gelang tersebut diperhatikan. Cantik.
Pandai betul Wonwoo tu pilih barang cantik-cantik.

Haerin berjalan ke lif dan naik ke atas. Masuk saja ke rumah, Yura terus menarik tangannya duduk di sofa. "Asal kau ni?" tanya Haerin. Yura membelek-belek belon yang ada di tangan Haerin.
"I love you, i'm sorry.... kau gaduh dengan Wonwoo ke?" tanya Yura. Pelik juga. Kenapa minta maaf kalau mereka berdua takde apa-apa masalah.
"Takde apa lah. Dah settle." kata Haerin. "Pandai Wonwoo tu pujuk kau kan, siap buat surprise dengan belon bagai" kata Yura.

"Eh tengoklah boyfriend siapa" kata Haerin. Bangga. Yura membuat muka menyampah.
"Mingyu is more sweet than him" kata Yura. Tak mahu kalah juga.
Haerin mengangkat tangan kirinya dan mengoyang-goyangkan nya dihadapan Yura. Mata Yura membutang melihat gelang tangan yang ada di pergelangan tangan kiri Haerin.

"Haerin.. Wonwoo bagi kau ke ni?". Haerin mengangguk.
"Bertuah lah.." kata Yura. Haerin cuma mampu tersenyum. Yura masih sibuk menilik gelang tersebut. Sibuk cakap cantik lah, mahal lah. Semua pujian keluar. Yura, Yura.

~.~.~.~.~

Rachel menilik setiap fail yang berada di atas meja nya. Mood nya tak berapa nak baik hari ni. Semuanya salah Wonwoo. Rachel menghentak failnya kuat. Dia mendengus marah. Geram. Bengang. Semua ada.

-- flashback --

Rachel sedang berbual dengan seorang nurse yang bertugas di kaunter. Kemudian, dia nampak Wonwoo. Tersenyum sendiri sambil memegang beg kertas berwarna putih. Wonwoo masuk ke dalam biliknya dan selepas beberapa minit dia keluar dan terus ke bilik pembedahan.

Rachel terasa ingin tahu kandungan beg kertas tersebut. Jadi dia ke bilik Wonwoo. Sampai saja di sana dia ternampak beg tersebut di atas meja. Tanpa teragak-teragak dia membuka beg tersebut. Sebuah kotak bersaiz sederhana berwarna ungu bersama reben putih menarik perhatiannya. Terus saja dia buka.

Seutas gelang berwarna putih berada di dalam kotak tersebut. Belum sempat dia nak menarik keluar gelang tersebut, kotak itu dirampas. Dia menoleh dan kelihatan Wonwoo berada di sisinya. "Apa awak buat dalam bilik saya? Sentuh barang saya pula tu.." kata Wonwoo.

"Gelang tu untuk saya ke?" tanya Rachel. Wonwoo melihat gelang tersebut. Dia menyimpan balik kotak tersebut dalam beg kertas tersebut. Rachel ditenungnya.

"Bukan! Untuk buah hati saya" kata Wonwoo. Dia tersenyum sinis pada Rachel. Dia mengambil kunci keretanya yang berada di dalam laci meja dan berjalan keluar. Rachel mengikutnya dan menarik tangannya. Wonwoo melepaskan pegangan Rachel dan terus saja ke parking lot.

Tapi sebelum dia sempat masuk ke dalam kereta, ada tangan merentap lengannya kuat. Wonwoo pusing dan benda yang tak dijangka terjadi. Rachel menciumnya. Terus saja dia tolak Rachel dan satu tamparan diberikan pada gadis itu.

"Jeon Rachel! Awak gila ke?!?" marahnya. Rachel memegang pipinya yang terasa kebas. Senyuman sinis terukir dibibirnya. "Saya dah cakap kan, awak kena kahwin dengan saya. Tapi, berani betul awak ada perempuan lain! " kata Rachel. "Eh! Suka hati sayalah nak ada perempuan lain ke tak. Kita bukan ada apa-apa pun. Awak dengan saya, sepupu saja. And lagi satu, jangan berangan nak kahwin dengan saya.. Faham!!" tengking Wonwoo.

"Siapa perempuan tak guna tu? Haerin ke?" tanya Rachel.

"Kalau ya, kenapa?"

"Awak jangan cabar saya Wonwoo. Awak kenal saya. Awak tahu saya boleh buat apa je kan.. "

"Awak nak buat apa pun, saya tak kisah. But, jangan berani sentuh Haerin.."

"Saya akan buat apa saja untuk dapatkan awak. Kalau saya terpaksa bunuh Haerin pun, saya akan buat"

Wonwoo menarik tangan Rachel. Kuat. Rachel mengoyangkan tangannya supaya dilepaskan.

"Awak sentuh Haerin.. Saya sendiri akan bunuh awak Rachel.." Wonwoo melepaskan tangan Rachel dan masuk ke dalam kereta. Kemudian, dia memandu keluar. Rachel menghentak kakinya tanda geram.

-- end of flashback--

Rachel bersandar pada kerusinya. Dia menyilangkan tangannya ke dada.

"Kau cabar aku, jadi aku akan buat. Kalau aku tak dapat kau, Haerin takkan dapat kau juga..
Just wait and see, Wonwoo.. semuanya baru nak mula.." kata Rachel penuh dendam. Dia dah mula fikir dan set pelbagai plan jahat untuk rosakkan hubungan Wonwoo dan Haerin. Cuma tunggu masa untuk beraksi saja.

~.~.~.~.~

HeartBeat [Jeon Wonwoo] ✓Where stories live. Discover now