Chapter 20

605 57 1
                                    

~.~.~.~.~

Daripada jauh, Wonwoo nampak kelibat Haerin. Dia nampak Haerin masuk ke dalam biliknya. Wonwoo bercadang hendak berjumpa dengan Haerin sebab semalam seharian dia tak sempat nak berjumpa Haerin. Sibuk sangat dengan pesakit.

Wonwoo baru saja hendak buka pintu bilik Haerin, tetapi pintu itu telah dibuka dahulu. Haerin terkejut apabila melihat Wonwoo dihadapan nya. "Ish! Awak ni buat saya terkejut je.." kata Haerin. Wonwoo cuma tersengih.

Haerin melihat jam nya. "Sorry, i gotta go.. I love you, Wonwoo" kata Haerin sebelum berlari pergi. Mungkin ada emergency yang memerlukan dirinya. Wonwoo pula tercegat di situ. Baru je nak bermesra dengan buah hati sendiri, tetapi Haerin sibuk pula.

Kemudian, telefon nya berdering. Wonwoo terus berlari ke arah lif dan turun ke wad di tingkat 2 selepas menjawab panggilan daripada nurse di bahagian wad tersebut bahawa ada pesakit mengalami pendarahan dalaman.

Semasa dia sibuk bertugas di wad, dia ternampak Joshua dan Haerin di bilik ICU. Bersama. Sekali lagi, timbul perasaan cemburu dalam hati Wonwoo.
Dia cuba berfikiran positif, mengatakan bahawa mereka berdua sedang bertugas bersama.

"Nurse.. bawa dia masuk surgery room. Saya datang nanti.." kata Wonwoo. Dia membantu nurse tersebut memindahkan pesakit pada katil lain untuk dibawa ke bilik pembedahan.

Semasa dia berjalan ke arah bilik pembedahan, seorang nurse menahannya. "Doktor, pesakit Kim Jaehyun tu dah sedar..". Wonwoo segera mengikut nurse tersebut ke bilik Kim Jaehyun, pesakit lelaki yang kemalangan motorsikal hari tu.

Dia memeriksa bahagian mata, tangan dan degupan jantung Jaehyun. "Good. Awak boleh dengar saya tak?". Jaehyun mengangguk perlahan. Wonwoo melihat pergerakan tangan Jaehyun. Semuanya berada dalam keadaan normal.

"Dia dah sedar sepenuhnya. Biar dia berehat dalam sejam dua lagi. Anything happen, inform saya segera okay.." kata Wonwoo. Dia ada kecemasan di bilik pembedahan jadi dia terpaksa mempercepatkan kerjanya.

~.~.~.~.~

Joshua dan Haerin keluar daripada bilik ICU. "Nampak nya Lee Daeun dalam keadaan stable. Tapi dia still tak sedarkan diri. Maybe hentakan pada kepala tu terlalu kuat.." kata Joshua.

"Kesian kat dia. Muda lagi. Baru 18 tahun dah koma.. "

"Kita kena selalu pantau perkembangan dia. Lagipun, saya pasti, dalam sehari dua lagi dia pasti sedar.."

"Awak ni Joshua, macam tahu-tahu je.."

"Kita kena fikir positif Haerin.."

"Yelah, doktor Joshua"

"Awak habis kerja pukul berapa ni? Sekarang dah pukul 5 petang.."

"Oh dah habis dah lah. Ahh! Leganya dah habis kerja. Boleh rest.."

Joshua ketawa melihat Haerin yang sibuk mengeliat keletihan di sebelahnya. Mereka berdua naik ke tingkat 5 untuk kembali ke bilik masing-masing. "Haerin.. btw, kalau saya ajak awak dinner, awak nak?".

"Hmm, boleh. Tapi bagi saya 10 minit nak berkemas.."

"Saya tunggu dekat parking lot.."

Haerin mengangguk. Dia masuk ke dalam bilik. Kot nya dibuka dan digantung di kerusi nya. Pen serta kertas yang bersepah di atas meja, disusun rapi. Komputer di matikan dan handbag nya dicapai.

Dia turun ke parking lot. Dia nampak Joshua berada di dalam kereta. Lalu tingkap kereta diketuknya dan Joshua membukanya. "Saya bawa kereta. So saya follow awak je okay" kata Haerin. "Okay..".

Haerin menghidupkan enjin keretanya dan mengikut Joshua daripada belakang.

~.~.~.~.~.

Wonwoo membersihkan tangan nya yang kotor akibat terkena kesan darah pesakit semasa menjalankan pembedahan.
Dia berjalan keluar dan melihat jam nya. Pukul 6:30 petang. Lambat lagi. Dia habis kerja pada pukul 8 malam.

Wonwoo mengeluarkan telefon nya daripada poket seluarnya. Ada pesanan mesej daripada Seungjun. Wonwoo tersenyum melihat pesanan Seungjun yang telah berjaya merangkul pingat emas impian nya di acara renang pagi tadi.

Wonwoo agak pelik kerana tiada panggilan ataupun mesej daripada Haerin hari ni. Mungkin sibuk lagi hari ni. Dia sendiri pun sibuk dengan pembedahan itu ini. Selepas menukar pakaian, Wonwoo kembali ke biliknya.

Dia bersandar pada kerusi kerana terlalu letih. Matanya pun mengantuk. Wonwoo melentokkan kepalanya di atas meja, dan akhirnya dia tertidur disebabkan terlalu penat bekerja seharian.

~.~.~.~.~

Haerin dan Joshua berjalan ke arah kereta masing-masing. Haerin berpusing menghadap Joshua. "Thank you sebab ajak saya dinner sekali. Next time saya pula bayar okay" kata Haerin.

"Small matter, Haerin.."

"Okay lah kalau macam tu. Saya balik dulu. Jumpa esok.."

"Wait, btw Haerin. Can I have your phone number?"

Haerin mengangguk. Dia menyeluk handbag nya dan mengeluarkan sekeping kad berwarna putih. "Ada nama saya dan juga nombor saya. Call me anytime. Saya okay."

"Thank you, so see you tomorrow.."

"Okay, bye. Goodnight.."

"Drive safely Haerin.."

Haerin mengangguk. Dia membuka tingkap keretanya dan melambai ke arah Joshua. Dia terus memandu keluar daripada kawasan restoran tersebut.

Joshua memerhatikan kereta Haerin daripada jauh. Kemudian, dia melihat kad Haerin yang berada di tangan nya. Dia tersenyum sendiri sebelum pergi ke arah keretanya diletakkan tadi.

~.~.~.~.~

Selepas mandi, Haerin duduk di atas katilnya. Dia mencapai telefon nya yang di letakkan di atas meja di tepi katilnya. Haerin melihat ada pesanan mesej daripada nombor tak di kenali.

From : 01*********

"Kalau awak dah sampai rumah, beritahu saya. Btw, goodnight Haerin.."

Haerin tersenyum kerana dapat mengagak siapa pemilik nombor tersebut. Terus saja dia save nombor tersebut dalam contact. Joshua. Ya, mesej tersebut daripada Joshua.

Disebabkan terlalu mengantuk, Haerin meletakkan semula telefon nya di atas meja. Lampu ditutupnya dan Haerin baring di atas katil. Baru beberapa minit, dia seperti tersedar sesuatu. Patung arnab yang berada di sebelahnya ditenung.

"Wonwoo.." Haerin baru sedar yang hari ni satu hari dia tak berjumpa Wonwoo. Call tidak. Mesej pun tidak. Aduhai. Jangan merajuk sudah lah.

Telefon nya di capai semula. Nombor Wonwoo di dailnya tetapi tak berjawab. Hampir 3 kali dia mencuba tetapi Wonwoo tetapi tidak membalas.

"Merajuk ke? " bisik hati Haerin.
Haerin bermasam muka. Dia rasa bersalah pula tak berjumpa dengan Wonwoo hari ni. Haerin terus baring semula. Patung arnab itu diambil dan dipeluknya. Disusap perlahan kepala patung tersebut. Haerin berharap sangat yang Wonwoo tak merajuk dengan nya. Nanti susah pula nak pujuk.

"Awak marah ke? Merajuk? I'm sorry, saya sayangkan awak.." kata Haerin pada patung arnab tersebut. Akhirnya dia tertidur sambil memeluk patung tersebut.

~.~.~.~.~

HeartBeat [Jeon Wonwoo] ✓Where stories live. Discover now