~.~.~.~.~
Hospital Dongguk.
"Okay, saya datang sekarang.". Haerin mematikan panggilan telefonnya dan segera berlari ke ruang pembedahan di unit kecemasan. Ada kecemasan berlaku, jadi dia perlu segera.
Sampai saja di sana, dia pergi ke arah bilik rawatan. Ada beberapa orang nurse di situ berserta Mingyu. "Saya dah datang. Kenapa?" tanya Haerin.
"Bleeding. Patient pregnant 5 months". kata Mingyu sambil mencatat sesuatu di atas failnya. Kemudian, fail tersebut diserahkan pada Haerin. Haerin memeriksa keadaan pesakit tersebut. Ia tak sedarkan diri sejak tiba di hospital tadi.
Haerin buat pemeriksaan lanjut sekiranya berlaku kecederaan lain.Selepas beberapa minit, dia menyuruh nurse tersebut memindahkan pesakit tersebut ke wad. Haerin berjalan ke kaunter bersama Mingyu. "Nurse, patient tadi tu, kalau family dia tanya.. cakap dia tak apa-apa. Cuma berlaku pendarahan biasa. Tapi, both baby and mom okay. Nanti saya jumpa family dia." terang Haerin.
"Baik, doktor."Haerin mengeluh perlahan. Entah kenapa dia rasa tak sedap badan pula hari ni. Selalunya okay, tetapi hari ni dia rasa penat sangat. "Are you okay? Nampak mcm tak okay je." tegur Mingyu. Risau dia melihat Haerin yang asyik berkerut saja. Wajahnya juga nampak mucat sedikit.
"Entah lah, Gyu. Rasa pening semacam je. Letih pun ada. Pagi tadi okay je, now lain macam badan ni." kata Haerin. Dia dan Mingyu pergi ke ruang rehat dan Haerin merebahkan diri di sofa yang ada. Mingyu duduk di hadapannya. "Awak nak air ke? Anything? Saya ambilkan. Saya rasa awak tak sihat ni." kata Mingyu.
"Boleh juga. Ambilkan saya air dengan paracetamol."
"Wait a minute okay."
Mingyu bangun dan pergi untuk ambil ubat yang diminta Haerin. Sementara Haerin, dia mengambil bantal kecil di sofa dan baring di sofa. Dia betul-betul rasa tak larat. Haerin baru saja ingin memejamkan matanya, tetapi pintu terbuka dan Mingyu masuk.
"Nah, makan ubat ni dulu. Then, awak boleh rehat." kata Mingyu sambil menghulurkan dua biji ubat paracetamol beserta segelas air. Haerin mengambil ubat tersebut dan terus menelan ubat tersebut.
"Thank you. Saya nak tidur kejap, kalau Wonwoo cari saya, cakap saya tidur dekat dalam ya."
Mingyu mengangguk. Haerin bangun dan masuk ke bilik yang terdapat di ruang rehat tersebut.
Ruang tersebut memang dikhaskan untuk para doktor yang bertugas lewat malam. Ada dua bilik dan di dalam setiap bilik ada dua buah katil. Jadi senang lah doktor hendak tidur.Haerin baring di salah satu katil. Kot putihnya juga ditanggalkan dan di letakkan di tepi. Penat betul rasanya. Disebabkan kesan ubat yang diambil tadi, Haerin mula terasa mengantuk dan akhirnya dia terlelap.
~.~.~.~.~
"Okay, based on x-ray result, nothing serious but.. you still rasa sakit right?" tanya Wonwoo sambil matanya menghadap laporan x-ray yang berada di atas meja nya.
"Makin lama makin sakit. Macam ada benda tajam menusuk perut ni. Ia tak serius kan?" Wonwoo mengeluh perlahan. "Noona, I think you should take MRI scan. Nanti report keluar, baru Wonwoo boleh sahkan apa yang berlaku and what is the problem."
"Ia takkan bagi kesan negatif kan?"
"I'm not sure, but kita tengok dulu result yang keluar. Nanti Wonwoo bagi borang, noona isi."
Gadis berumur 27 tahun bernama Kim Ahyoung, itu mengeluh perlahan. Dia mengusap lembut perutnya.
Wonwoo yang melihat, memandangnya pelik."Noona, ada problem ke? Masalah rumah tangga?"
Ahyoung menggeleng perlahan.
"Noona harap takde yang serius. Harap semuanya baik je.""Noona.. jangan tipu. Bagitahu Wonwoo apa yang jadi. Something bad happen to you?"
"Nothing. It's okay Wonwoo. Bila next appointment?"
"Next week. Hari Isnin. Macam biasa lah. Tapi, noona kena pergi buat MRI dulu." "Okay, thank you." Ahyoung bangun dan tersenyum pada Wonwoo sebelum keluar.
Wonwoo rasa ada yang tak kena pada gadis tersebut. Dia kenal sangat gadis yang digelar noona itu. Ahyoung merupakan kawan baik kepada kakak nya, Seulgi.
Jadi mereka kenal antara satu sama lain sejak dibangku sekolah lagi.Wonwoo juga tahu, Ahyoung berkahwin pada umur yang sangat muda iaitu ketika umurnya 21 tahun. Mungkin gadis itu ada masalah. Ahyoung datang ke hospital sejak dua minggu lepas. Dia mengatakan bahawa perutnya sakit dan rasa lain macam sejak dua tiga bulan ni. Sebab itu, Wonwoo menyuruhnya buat pemeriksaan x-ray. Tapi laporannya tunjuk tiada apa yang berlaku dan serius.
Beep!
Lamunan Wonwoo terhenti apabila telefonnya bergetar dan ada mesej masuk.
From : Mingyu
"Haerin tak sihat. Dia ada kat bilik rehat. Pergilah tengok. Aku dah bagi paracetamol dan maybe dia tengah tidur."
Tanpa berfikir panjang, Wonwoo terus keluar daripada biliknya dan pergi ke ruang rehat untuk melihat Haerin.
~.~.~.~.~
Haerin tersedar daripada tidurnya. Dia melihat keadaan sekeliling. Haerin terus duduk tegak apabila melihat keadaan di luar tingkap. Dah malam. Dia menoleh ke kiri untuk mengambil telefonnya tetapi dia ternampak Wonwoo di sisinya sedang tidur dalam keadaan duduk.
Haerin mencapai telefonnya dan melihat jam di skrinnya. Pukul 7:30 malam. Lama jugalah dia tertidur. Mungkin kesan daripada ubat yang diambil tadi.
Haerin mengalihkan perhatiannya pada Wonwoo.Tersengguk-sengguk kepala Wonwoo ketika tidur. Haerin tersenyum perlahan. Disebabkan terlalu kesian melihat Wonwoo, Haerin mengambil bantal di sebelahnya dan perlahan-lahan menolak kepala Wonwoo ke atas bantal. Nasibnya baik kerana Wonwoo tak terjaga. Haerin ketawa kecil apabila terdengar Wonwoo berdengkur perlahan.
Haerin melentokkan kepalanya di sebelah Wonwoo. Jarinya bermain dengan hidung Wonwoo. Haerin meneliti setiap struktur wajah Wonwoo. Jarinya bergerak ke seluruh wajah Wonwoo sehingga sampai di bibir Wonwoo. Haerin tersenyum perlahan. Haerin memejamkan matanya dan jarinya masih berada di bibir Wonwoo.
Tanpa dia sedar, Wonwoo membuka matanya. Dia tersenyum perlahan melihat wajah Haerin berada betul-betul di hadapannya. Wonwoo mengucup perlahan jari Haerin membuatkan gadis itu membuka matanya semula.
"Feeling better?" Haerin mengangguk. "After saw you..."
Wonwoo tersenyum perlahan.
Mereka berdua terus menatap satu sama lain tanpa berkata apa-apa. Hanya senyuman yang diberikan pada satu sama lain. Biarlah mereka menikmati waktu bahagia itu untuk seketika."Saya..tak sabar nak jadi isteri awak. Bangun pagi, sebelum tidur, always nampak muka awak.."
"Me too. Saya nak selalu dekat je dengan awak."
"Cepatlah masa berlalu. Saya dah tak nak tunggu. You're mine."
"Kita boleh buat semua benda bersama bila dah kahwin nanti."
"Semua benda?"
"Semuanya.."
"Gumawo.."
Wonwoo menghampiri Haerin. Hidungnya bersentuhan dengan gadis tersebut. Perlahan-lahan dia mengucup pucuk hidung Haerin. Haerin cuma tersenyum bahagia. Romantik juga Wonwoo ni. Pandai cairkan hati orang.
Patutlah, Rachel pun jatuh hati.
Haerin mengusap pipi Wonwoo dengan ibu jarinya. Dia sayangkan Wonwoo. Dia cintakan Wonwoo. Dia hargai setiap detik Wonwoo mencintainya dengan ikhlas.Saya cintakan awak, Jeon Wonwoo.
~.~.~.~.~
YOU ARE READING
HeartBeat [Jeon Wonwoo] ✓
FanfictionDua orang doktor muda yang bertugas bersama dalam unit perubatan kecemasan dan pembedahan di sebuah hospital. Disebabkan sudah lama mengenali, timbul perasaan suka dan cinta terhadap satu sama lain tetapi masing-masing masih keliru dengan perasaan m...