~.~.~.~.~
Selepas makan malam, semua ahli keluarga Wonwoo duduk berkumpul di ruang tamu berbual bersama Haerin.
"Haerin patutnya selalu datang sini. Kan tak lama lagi Haerin akan tinggal kat sini". kata Puan Jeon sambil mengusap perlahan tangan Haerin yang duduk di sebelahnya. Haerin cuma tersenyum. "Betul tu. Takdelah sunyi Wonwoo tu lepas ni. Ada teman kat rumah ni". sambung Seulgi pula.
Haerin cuma tersenyum kecil. Mereka terus berbual sehingga Puan Jeon bersuara. "Mana Wonwoo? Takkan tak turun lagi?". Puan Jeok melihat ke arah tangga. Tiada tanda-tanda anak lelakinya akan turun. "Biar Seulgi panggil". Seulgi baru saja nak bangun tapi Puan Jeon menyuruhnya duduk semula. "Haerin, kamulah naik. Pergi panggil Wonwoo". Haerin memandang Puan Jeon tak percaya. "Saya?"
"Yelah. Aunty tahu kamu dengan Wonwoo ada perselisihan faham. Pergilah berbaik dengan dia. Keras kepala budak bertuah tu".
Haerin mengangguk dan dia bangun untuk naik ke atas. Sampai saja di atas, mata Haerin membulat. "Besarnyaa ruang kat atas ni". Haerin terpegun dengan keluasan rumah Wonwoo.Dia berjalan ke sana sini untuk mencari bilik Wonwoo. Sudahlah banyak bilik di tingkat atas rumah dua tingkat ni. Kan payah nak cari. Dia pula lupa nak bertanya pada ahli keluarga Wonwoo tadi. Mata Haerin ternampak akan frame gambar yang tersusun di almari kaca di ruang tamu tingkat atas itu.
Itu adalah frame gambar Wonwoo dan Seulgi ketika kedua-duanya masih kecil. Haerin berjalan ke sana sini, untuk mencari bilik Wonwoo. Takkan nak buka satu persatu pula.Haerin buat keputusan untuk membuka pintu yang ada berhampiran ruang tamu. Baru saja dia ingin memulas tombol, pintu tersebut terbuka daripada dalam dan Wonwoo keluar. Mereka berdua terkejut melihat satu sama lain. "Awak buat apa kat atas ni?". Haerin cuma tersengih. Dia menolak Wonwoo ketepi dan dia masuk ke dalam bilik Wonwoo.
Wonwoo menutup pintunya semula. Dia melihat Haerin yang berjalan ke arah katilnya. "Besar bilik awak. Bestnyaaa!". Haerin menghempaskan dirinya ke atas katil. Wonwoo berjalan ke arah katil dan duduk di sebelahnya.
"Saya minta maaf".Haerin menukar posisi baringnya kepada duduk. Dia memandang Wonwoo. "Saya yang patut minta maaf. Salah saya". Haerin berkata sambil tersenyum senget pada Wonwoo.
"Macam tak ikhlas je minta maaf".Haerin menjeling Wonwoo. "Saya ikhlas lah. Tak percaya, belah lah dada saya ni. Tengok hati saya ikhlas ke tidak". Ceh! Drama je ayat tu.
"Kalau saya belah dada awak tu, saya nak kahwin dengan siapa nanti?"
"Alaa, awak kan doktor. Jahit balik lah. Save me, then you can marry me".
Wonwoo ketawa kecil. "Banyak lah awak. Nanti saya kena tuduh membunuh pula". Haerin tersenyum kecil. Dia merapatkan dirinya pada Wonwoo dan memeluk tubuh tunangnya itu.
"Awak tak marah lagi kan? Sorry, saya ni badmood dua tiga hari ni".Wonwoo mencuit hidung Haerin.
"Saya tahu. Saya tak marah. Cuma kecil hati je". Wonwoo mengusap lembut kepala Haerin.
"Belon saya tu? Awak letupkan?"Haerin menggeleng. "Saya bagi budak-budak dekat wad kanak-kanak. Hehe..". Haerin tersengih.
"Suka lah budak-budak tu, dapat belon". Haerin cuma tersenyum.
Matanya melihat sekeliling bilik Wonwoo. "So, kat sinilah saya akan tidur bila kita dah kahwin nanti?"Wonwoo mengangguk perlahan.
"Wahh, awak tak sunyi ke duduk kat rumah ni sorang-sorang? Yelah, family awak semua duduk kat sana. Sekali sekala je kan balik sini"."Sunyi tu memanglah. Tapi nak buat macam mana. Dah ni je rumah yang family saya ada".
Haerin memandang Wonwoo.
"Lepas ni tak sunyi dah, saya kan ada". Wonwoo tersenyum. "Dah lah jom turun. Nanti Omma saya bising duduk lama-lama kat atas". Wonwoo bangun daripada katilnya dan berjalan ke pintu.
Haerin mengikut Wonwoo dan memaut lengan Wonwoo.
Mula lah perangai suka berkepit Haerin tu. Seronok bermanja dengan Wonwoo.~.~.~.~.~
Hospital Dongguk..
Yura berjalan ke wad kecemasan dengan senyuman di bibirnya. Gembira sangatlah tu.
Dia ternampak Haerin dan Wonwoo yang bergurau senda di kaunter sambil membuat kerja.
"Ceh! Dah berbaik lah tu. Pastu tunjuk-tunjuk yang dorang ni sweet". Yura mengutuk di dalam hati."Korang dua ni kalau tak bersweet satu hari tak boleh eh? Dah jadi habit eh?". Yura menyilangkan tangannya ke dada. Haerin dan Wonwoo memandang ke arah Yura.
"Alaa, biarlah. Kau jealous kan?""Aku jealous? Takde masa".
"Eleh, jealous cakap jelah". Haerin mengusik Yura. Yura cuma buat tak layan saja pada kata-kata Haerin. "Mana Mingyu?". Wonwoo bertanya.
"Entahlah". Yura sibuk membuat kerja. Dia sendiri tak tahu mana Mingyu. Buat apa nak sibuk, dah sah-sah Mingyu mesti ada kerja. Malas kacau. "Aik? Boyfriend sendiri pun tak tahu?". "Biarlah dia. Maybe dia sibuk".
Kemudian, telefon Yura berbunyi. Gadis itu menyeluk kocek bajunya dan mengeluarkan telefonnya lalu menjawabnya. Haerin dan Wonwoo yang melihat pelik melihat wajah Yura yang tiba-tiba bertukar risau dan cemas.
Seperti hendak menangis pun ada. Yura mematikan telefonnya semula."Mingyu.. accident"."Hah?!!". Terkejut Haerin dan Wonwoo apabila Yura mengatakan apa yang berlaku.
"Habis tu, dia kat mana?". Risau pula mereka berdua. Yelah, kemalangan. Boleh jadi serius ataupun tidak. Kemudian Yura berlari turun ke ruang kecemasan di tingkat bawah sekali. Haerin dan Wonwoo juga berlari mengikut gadis itu.Sampai saja di sana, Yura mencari kelibat Mingyu. Kemudian, dia nampak Mingyu duduk di salah satu katil disitu sambil seorang nurse merawat lukanya. Yura berlari mendapatkan teman lelakinya kesayangannya itu.
"Yah! Kim Mingyu awak tak apa-apa ke? Awak luka kat mana? Awak tak cedera teruk kan? Tak bawa mati kan?". Ha! Bertalu-talu soalan diajukan pada Mingyu. Tetapi Mingyu hanya ketawa. Nurse yang sedang merawat luka di tangan Mingyu juga ketawa.
"Yura..saya jatuh motorsikal je. Lepas tu, saya luka sikit je. Yang awak kalut macam saya dah nyawa-nyawa ikan ni kenapa?"
Mingyu cuba menenangkan gadis dihadapannya ini. Yura memukul bahu Mingyu. "Awak ni jahat betul lah. Saya fikir awak accident teruk tau. Kenapa awak buat saya macam ni?". Yura dah mula menangis. Sedih lah.Haerin dan Wonwoo yang baru tiba hanya melihat. Mereka berdua tersenyum melihat gelagat Yura yang dah menangis tu. "Okay,okay. I'm sorry. Saya tak apa-apa okay". Mingyu memeluk tubuh Yura dan mengusap lembut kepala buah hatinya.
"Sekarang siapa lagi sweet? Kitaorang ke korang?". Haerin mengangkat keningnya. "Diamlah! Boyfriend orang tengah sakit ni". marah Yura.
"Amboi, tadi dia juga yang kata dia tak kisah. Gyu, kau tahu dia kata dia tak kisah pun pasal kau". Wonwoo memberitahu Mingyu.
Yura memcebik. "Mana ada. Itu lawak je". "Tak kelakar lah Park Yura". balas Wonwoo. Yura menjeling Wonwoo geram.
"Hari ni awak ambil mc eh, biar Wonwoo yang ganti tempat awak". Yura memeluk lengan Mingyu."Eh eh, selamba dia je mengarah. Park Yura, saya ketua unit kat sini". kata Wonwoo. Haerin dan Mingyu cuma tersenyum. Boleh pula dua orang ni bertengkar kecil. "Dah lah, awak jom sambung buat kerja balik. Mingyu, rehatlah. Yura jaga Mingyu baik-baik". Haerin menarik tangan Wonwoo untuk pergi daripada situ.
"Takde mc ya, Kim Mingyu. Kerja berlambak". sambung Wonwoo.
"No! Dia cuti. Dia sakit kan". marah Yura. "Dah lah Wonwoo. Okay,okay.. jaga diri baik-baik ya korang berdua". Yura menjelir lidah pada Wonwoo. Haerin dan Wonwoo berserta Mingyu ketawa melihat perangai kebudak-budakan Park Yura ni.~.~.~.~.~
YOU ARE READING
HeartBeat [Jeon Wonwoo] ✓
FanficDua orang doktor muda yang bertugas bersama dalam unit perubatan kecemasan dan pembedahan di sebuah hospital. Disebabkan sudah lama mengenali, timbul perasaan suka dan cinta terhadap satu sama lain tetapi masing-masing masih keliru dengan perasaan m...