Chapter 23

564 58 0
                                    

~.~.~.~.~

Unit Rawatan Rapi (ICU) ,Hospital Dongguk...

Borang kebenaran melakukan pembedahan masih berada di tangan Wonwoo. Dia duduk di hadapan bilik Lee Daeun sementara menunggu kedua-dua ibubapa gadis itu datang. Wonwoo memerhatikan keadaan sekeliling. Sunyi. Maklum lah, berada di unit ICU mestilah sunyi sepi. Hanya bunyi mesin perubatan yang kedengaran.

Wonwoo menoleh ke arah kirinya apabila terdengar bunyi tapak kaki berlari. Mingyu berhenti disebelahnya dalam keadaan tercungap-cungap.
"Aku call kau daripada tadi, kau tak angkat. Mesej tak balas. Jaehyun pengsan. Kau kena tengok laporan ct scan dia.." kata Mingyu.

Dia dan Mingyu berlari naik ke tingkat atas untuk ke wad Jaehyun. Kelihatan, Jaehyun masih tak sedarkan diri dan terbaring di atas katil dengan topeng oksigen dimuka.

Mingyu mengambil laporan ct scan yang berada di atas meja di hadapan katil dan menyerahkannya pada Wonwoo.
Wonwoo mengeluarkan laporan imej yang berada dalam sampul berwarna perang itu. Diperhatikan satu persatu imej.

"Mingyu.. Jaehyun tahu ke.. pasal semua ni?" tanya Wonwoo.

"Aku tak pasti. Tapi sebelum kau minta laporan ct scan lagi aku syak dia sakit and aku tak sangka pula dia hidap brain cancer last stage.."

Wonwoo teringatkan kata-kata Jaehyun semalam. "Aku rasa dia dah tahu dia sakit cuma dia rahsiakan. Tapi kenapa kita tak tahu masa kita ambil first ct scan masa dia kemalangan hari tu"

"Bukan aku yang handle time tu. Aku dengan Yura handle masa pembedahan je.."

"Takpelah. Kau perhatikan je keadaan dia. Dia dah sedar, pandai-pandai lah kau cakap dengan dia.."

Mingyu mengangguk. Wonwoo keluar daripada bilik Jaehyun dan turun semula ke ruang ICU.
Pasti ibubapa Daeun dah tunggu dia disana. Sampai disana, Wonwoo nampak Haerin sedang berbual dengan ibubapa Daeun.

Wonwoo menghampiri mereka semua. "Annyeonghaseyo..ni saya ada bawakan borang kebenaran untuk lakukan pembedahan. Encik dan Puan tengok lah dulu.." kata Wonwoo.

Borang tersebut bertukar tangan. Ibubapa Daeun melihat segala isi borang tersebut. Haerin bangun dan berdiri di sebelah Wonwoo.
"Awak yang akan buat surgery tu kan?".

"Hmm, why?"

"Saya nak tolong tapi.. saya takutlah"

"Hmm? Kenapa nak takut pula? Kan kita dah banyak kali buat surgery bersama?"

"Tak naklah. Awak mintalah orang lain tolong awak. Saya takut.."

"Haerin.. awak takut kita tak berjaya selamatkan Daeun ke?"

"Hmm.."

Wonwoo mengenggam tangan Haerin. "Saya janji saya akan selamatkan dia. Tapi, kalau awak tak nak, takpe. Saya akan minta Mingyu tolong. Okay?"

Haerin mengangguk perlahan. Dia menghadiahkan senyuman kepada Wonwoo, membuatkan lelaki itu mencuit hidungnya.

"Doktor.."

Haerin dan Wonwoo mengalihkan pandangan kepada ibubapa Daeun.

"Saya dah tandatangan borang ni. Jadi, saya serahkan Daeun atas tanggungjawab doktor. Cuma saya minta, tolong jangan biar Daeun mati. Dia satu-satunya anak saya..." kata Encik Lee.

Wonwoo mengangguk. "Saya akan buat yang terbaik. Jangan risau". Selepas berbual buat sementara waktu, Wonwoo pergi ke kaunter.

"Nurse, jadualkan pembedahan pesakit Lee Daeun. Esok, pukul 9 pagi..".

"Baik, doktor"

~.~.~.~.~

"Awak tahu, awak sakit? Tapi awak cuba sembunyikan penyakit awak, kan?" tanya Mingyu. Dia berdiri di hadapan katil Jaehyun. Sebaik saja Jaehyun sedar tadi, Mingyu terus ajukan soalan tersebut.

HeartBeat [Jeon Wonwoo] ✓Where stories live. Discover now