Chapter 37

447 49 0
                                    

~.~.~.~.~

Sudah masuk hari ketiga Haerin berada di Incheon. Dia berasa seronok juga dapat bersiar-siar di kawasan yang berada berdekatan dengan resort. Joshua bawanya jalan-jalan. Kadang-kadang di tepi pantai. Takpun mereka pergi pasar malam yang ada di hadapan resort. Seronok juga keluar ambil angin daripada terperap dalam bilik hotel sementara tunggu kursus bermula.

Haerin dah mula rindukan Wonwoo. Dah tiga hari dia tak jumpa Wonwoo. Ya, setiap malam mereka telefon satu sama lain. Tapi still tak dapat nak puaskan rasa rindu tu. Haerin nak sangat peluk tubuh tinggi lampai Wonwoo tu. Hangat saja rasa. Nak bergurau senda lagi. Nak tengok muka kacak Wonwoo tu. Rindu nya pada Wonwoo.

Sedang dia asyik terfikirkan Wonwoo, pintu bilik hotelnya di ketuk. Haerin bangun daripada pembaringannya dan berjalan ke pintu. Dia melihat siapa yang mengetuk pintu nya melalui lubang kecil yang terdapat di pintu. Lah, Joshua rupanya.

Haerin pun membuka pintu. "Haerin, saya nak ajak awak pergi satu tempat boleh tak?" tanya Joshua. "Mana?" balas Haerin. "Malam ni, pukul 8 tunggu kat lobi. I'm very sure you will like this place" kata Joshua. Haerin tersenyum. "Okay..".

~.~.~.~.~.

Seperti yang dijanjikan, Haerin menunggu Joshua di lobi hotel. Jam menunjukkan angka 7:45 malam. Dia duduk di sebuah sofa sambil bermain telefon. Tunggu, punya tunggu kelibat Joshua tak juga kelihatan. Haerin mendail nombor Joshua namun tak berangkat. Pelik juga. Dia bercadang untuk menunggu beberapa minit lagi, tapi kemudian hasilnya tetap sama. Joshua tiada.

Haerin mula rasa tak sedap hati. Dia mencapai beg tangannya dan pergu ke lif. Dia naik ke tingkat biliknya. Memandangkan biliknya berhadapan dengan bilik Joshua, dia terus ke pintu bilik Joshua. Diketuknya perlahan namun tak berjawab.
Haerin mengetuk lagi tapi still tiada jawapan. "Maybe dia mandi kot.. sebab tu tak dengar" fikir Haerin.

Dia toleh kebelakang untuk ke biliknya tetapi ada seseorang telah menutup mulut dan hidungnya. Disebabkan dia terbau wangian yang sangat memeningkan, akhirnya Haerin jatuh pengsan disitu. Tubuhnya di bawa masuk ke satu bilik oleh dua orang lelaki yang tak dikenali.

~.~.~.~.~

Hospital Dongguk..

Wonwoo naik ke wad di tingkat 7 seperti biasa untuk buat rondaan. Sepatutnya dia dan Haerin yang bertugas tapi disebabkan Haerin takde, terpaksa lah dia buat sorang-sorang.

Nurse di kaunter menyerahkan beberapa buah fail pada Wonwoo. "Thank you.." kata Wonwoo lalu dia mengangkat fail tersebut ke katil pesakit. Dia mula buat pemeriksaan pada semua pesakit disitu.

Seperti biasa dia akan berasa bosan memeriksa pesakit di wad ini. Sebabnya hampir kesemua pesakit di wad ni ialah orang dewasa ataupun remaja. Susah nak berbual mesra. Lain lah kalau orang tua, senang sikit kerjanya bila dapat berbual bersama. Selepas hampir 45 minit meronda di wad dan memeriksa keadaan pesakit, Wonwoo keluar daripada wad tersebut.

Baru je dia nak kembali ke bilik, seseorang menjerit namanya. Dia terus berpaling ke belakang. Yura sedang berlari anak kepadanya. "Kenapa?" tanya Wonwoo. "Saya nak tanya ni, awak ada call Haerin tak?" kata Yura sebaik saja dia berdiri dihadapan Wonwoo.

"Takde pula.. kenapa?" tanya Wonwoo pelik. Yura memandang Wonwoo. "Hari ni, satu hari awak tak call dia ke Wonwoo? Sebab saya call dia tak dapat" kata Yura. "Saya akan call dia bila malam je Yura. Sebab siang dia sibuk kursus.. " kata Wonwoo.
"Yeke? Kalau macam tu, kalau dia ada call awak. Cakap yang saya suruh dia call saya balik.. please.." kata Yura.

Wonwoo mengangguk. "Tapi kenapa? Nampak macam serius je.." kata Wonwoo. Yura terdiam. Dia memandang lantai. Wonwoo rasa macam ada something yang Yura sorokkan. "Yura.. kenapa ni?" tanya Wonwoo. Yura mengeluarkan sesuatu daripada poket kotnya dan berikan pada Wonwoo. Pendrive.

"Yura apa ni?" tanya Wonwoo.
"Ada orang letak ni kat depan rumah saya tadi. Nampakkan atas pendrive tu ada nama Haerin.. sebab tu saya nak call dia cakap pasal ni. Tapi tak angkat pula" kata Yura.Wonwoo membelek pendrive berwarna putih dan terdapat nama Haerin di atasnya. "Awak tengok tak apa dalam dia?" tanya Wonwoo. Yura menggeleng.

"Maybe ni.. ada data laporan patient ke, jom tengok " kata Wonwoo. Dia dan Yura pergi ke biliknya. Wonwoo membuka komputer ribanya dan memasukkan pendrive tersebut pada pemacu di tepi komputernya.

Wonwoo membuka fail bernama Haerin yang terdapat di komputernya. Dalam fail tersebut tiada apa-apa kecuali sebuah video. Wonwoo memandang Yura. "Buka lah.." kata Yura. Tanpa teragak-agak Wonwoo menekan video tersebut untuk dimainkan.

Alangkah terkejutnya dia melihat kandungan video tu. Wonwoo menggengam tangannya kuat. Video tersebut memaparkan Haerin dan Joshua duduk berdua di atas katil di bilik hotel. Mereka berdua bercium. Wonwoo terus menutup komputernya. Dia dah tak boleh tahan. Yura yang berada di sebelahnya juga tergamam. Dia juga tak sangka Haerin macam tu. Yura cuma mampu berdiam.

"Yura.. awak tak tahu ke siapa yang bagi pendrive ni?" tanya Wonwoo. Yura menggeleng. "Takpelah.. saya ada kerja, sorry" kata Wonwoo meminta diri. Dia terus bangun dan keluar. Yura mengeluarkan telefonnya. Dia cuba call  Haerin tetap juga tak dapat. Dia mengeluh.

"Haerin.. apa kau buat ni.." kata Yura dalam hatinya. Dia juga turut keluar daripada bilik tersebut. Dia mencari kelibat Mingyu. Akhirnya dia jumpa Mingyu di wad ICU. Tangan teman lelakinya itu ditarik dan dibawa keluar.

"Mingyu.." kata Yura. Mingyu memandang Yura. "Kenapa?" tanya Mingyu.

"Haerin.. dia.. haih!" Yura tak tahu nak jelaskan macam mana.

"Haerin? Kenapa dengan dia?"

Yura menceritakan semuanya pada Mingyu dan kebetulan Rachel lalu disitu. Dia juga terdengar apa yang Yura ceritakan. Senyuman lebar terukir dibibirnya. Mingyu terkejut dengan apa yang Yura cakap.

"Awak ni.. betul ke?"

"Betul lah. Pendrive tu ada dekat bilik Wonwoo.."

"Takkan lah Haerin sanggup buat macam tu"

"Saya tak tahu lah awak. Saya call dia tak angkat pun.. mesej lagilah tak baca tak balas.."

"Yura, kita kena siasat siapa yang bagi pendrive tu.. maybe tu bukan Haerin ke.."

"Mungkin juga. Saya tak tahu.."

"Haih, Wonwoo macam mana?"

"Dia marah.. maybe.." Yura dan Mingyu mengeluh perlahan. Mereka berdua juga terkejut dan buntu. Rachel yang berada di sebalik pintu wad, terus berlari mencari Wonwoo. Dia tahu Wonwoo dekat mana. Dia pergi ke taman hospital. Seperti yang dijangka, Wonwoo berada di situ.

Rachel tersenyum dan dia melangkah ke arah Wonwoo.
Wonwoo yang sedang duduk di bangku tepi kolam, terkejut apabila ternampak Rachel datang ke arahnya. Gadis yang merangkap sepupunya itu kemudian duduk disebelahnya.

"Are you okay? Saya nampak awak termenung je daripada tadi.." tegur Rachel.

Wonwoo cuma membalasnya dengan senyuman. Rachel merapatkan dirinya dengan Wonwoo. Inilah peluang dia. "Wonwoo.. malam ni awak free?" tanya Rachel. Wonwoo menoleh ke arah Rachel lalu menganggukkan kepalanya.

"Saya nak ajak awak teman saya keluar. Next week kan, Seulgi unnie nak kahwin, saya nak cari hadiah untuk dia"

"Ouh.. okay. Lagipun saya takde apa nak buat"

Rachel tersenyum puas. Ini baru first step. Dia akan pastikan Wonwoo pandangnya. Bagus. Usahanya tak sia-sia.

~.~.~.~.~

HeartBeat [Jeon Wonwoo] ✓Where stories live. Discover now