Chapter 1

1.6K 112 3
                                    

~.~.~.~.~

Hospital Dongguk

Haerin sedang memeriksa keadaan pesakit-pesakit nya yang diletakkan dibawah kawalan nya. Dia pergi ke setiap katil dan memeriksa tahap kesihatan pesakitnya.

Siapa saja yang tak kenal Doktor Song Haerin. Doktor muda yang amat baik dan peramah. Hampir semua petugas dan pesakit menyenangi dirinya. Ramai juga doktor lelaki yang cuba memikat nya kerana Haerin memiliki wajah yang cantik dan comel. Tetapi, semua ditolak nya kerana dia telah pun jatuh hati pada seseorang.

~.~.~.~.~

"Nurse, mana doktor Wonwoo? Saya tak nampak dia pun daripada pagi?" tanya Haerin kepada nurse yg bertugas dibahagian kaunter wad kecemasan. "Saya rasa dia ada pembedahan kot. Kenapa? Doktor rindu dia ke?" usik nurse tersebut. "Ish! Mana ada, saya cuma tanya.." kata Haerin segan.

Haerin berjalan ke biliknya. Semasa dia berjalan ke biliknya, dia ternampak Wonwoo keluar daripada bilik pembedahan. Dia terus berlari mendapatkan Wonwoo. "Hye!" tegurnya. "Oh, hye! Awak cari saya ke?" kata Wonwoo.

"Hmm, takdelah. Tapi saya tak nampak awak daripada pagi. Just curious you know.." kata Haerin. Wonwoo tersenyum. "Kalau macam tu, jom pergi makan. Saya belanja. Saya tahu skrg ni waktu rehat awak.."kata Wonwoo. Mata Haerin membulat besar bila dengar ajakan Wonwoo.Bukan senang tau nak dapat orang belanja. Dia terus mengangguk. Mereka berdua berjalan bersama.

Sebelum tu, Wonwoo atau nama penuhnya Jeon Wonwoo. Rakan setugas Haerin. Mereka berdua agak rapat sebab selalu handle kes-kes pembedahan bersama. Kadang-kadang dalam bilik bedah pun mereka berdua. Sama ada Wonwoo ketua nya atau Haerin. Wonwoo ni baik orang nya. Ada rupa paras yang menawan. Wonwoo juga merupakan salah seorang doktor paling bagus dalam hospital ni.

Satu lagi... dia lah lelaki yang dah berjaya tarik perhatian Haerin. Haerin suka padanya tapi Wonwoo tak perasan. Jadi mereka hanya berkawan rapat je.

~.~.~.~.~

"Apa? Habis tu, macam mana awak buat surgery kalau keluarga patient tu tak benarkan?" tanya Haerin. "Well, patient tu desak kami buat surgery tu segera. You know, risiko heart surgery too dangerous. Patient maybe mati ataupun selamat.
But, 1 hours sebelum surgery, saya dah bincang dgn parents dia and thank god, parents dia setuju akhirnya... and thankfully surgery tu berjaya..so parents dia takde lah risau sangat" terang Wonwoo.

"Woah, hebat. Satu lagi surgery awak berjaya buat! Thumbs up!" puji Haerin sambil mulutnya penuh dengan makanan. "Ish! Menyembur lah!" marah Wonwoo. Dia ambil tisu dan lap mukanya. Haerin cuma sengih.
"Btw, Haerin mcm mana dgn awak? Takkan takde story menarik today.." kata Wonwoo.

"Saya hari ni cuma buat kerja biasa. Saya bukan nya hebat mcm org tu. Saya ni doktor biasa je.." kata Haerin memerli. "Amboi, perli eh! Awak pun sama okay.." kata Wonwoo sambil menjeling Haerin. "Yeke? Tapi saya tak pernah handle pembedahan serius mcm awak.." kata Haerin. "Haerin, awak ni. Makan cepat, kalau tak awak bayar semua ni.." kata Wonwoo.
"Eh eh dia ni.. kata nak belanja. Pastu suruh org pula.." bebel Haerin sambil mencebik. Dia mencucuk daging yg ada dipinggan nya dgn kasar dan makan.

~.~.~.~.~

Haerin baring di atas katilnya. Dia terlalu penat hari ni selepas seharian bekerja. Nasib baik hari ni dia tak payah stayback. Kalau tak, KO lah dia ni.

"Eh, Wonwoo stayback hari ni kan? Dia dah makan ke? Tapi dah lewat ni.." kata Haerin dalam hati. Dia lihat jam di telefon nya. Pukul 10:30 malam. Haerin buka telefonnya dan menaip mesej pada Wonwoo.

To : Wonwoo

Wonwoo, awak dah makan malam?

Haerin terus tekan button send pada telefonnya. Agak lama juga dia tunggu. Hampir sepuluh minit baru ada deringan pada telefonnya. Dia nampak notification daripada Wonwoo.

From : Wonwoo

Sorry. Saya ada surgery tadi. Saya dah makan dah. Kenapa? Awak risaukan saya ke?

Haerin terdiam. Apa aku nak taip ni.. fikirnya dalam hati.

To : Wonwoo

Eh mana ada! Saya ingat nak ajak awak makan sama-sama, tapi awak dah makan. Takpelah. Btw, jangan kerja kuat sangat tau. Lepas habis kerja terus tidur okay.. goodnight..

Send. Haerin baca semula apa yang dia tulis. Dia kemudian bercadang untuk tidur bila Wonwoo tak membalas mesej nya lagi. Tetapi baru je dia nak pejam mata, phone nya berbunyi.

From : Wonwoo

Awak caring pasal saya, terharunya. Hahaha.. Thank you, Haerin ah. Goodnight too...

Haerin tersenyum selepas membaca mesej tersebut. Entah kenapa dirinya rasa gembira bila lihat Wonwoo juga ambil berat tentang nya. Haerin.. Haerin.. kau ni dah angau ni.. bisik hati kecilnya..

~.~.~.~.~

HeartBeat [Jeon Wonwoo] ✓Where stories live. Discover now