Chapter 13

645 74 0
                                    

~.~.~.~.~

Seungcheol dan appa nya, Pengarah Choi berada di bilik Vip yang menempatkan Seungjun. Mereka berdua cuba untuk menenangkan Seungjun sebelum pembedahan dilakukan.

"Yah, Seungjun ah... jangan risau okay. Hyung dengan Appa selalu ada disisi kamu. Rilek saja. Kamu takkan apa-apa" kata Seungcheol.

Seungjun tersenyum dan mengangguk. "Appa tahu kamu kuat. So, bertahan okay. Pingat emas tunggu kamu..". Pengarah Choi menggosok kepala anak lelaki bongsunya.

Dia sendiri tak percaya, Seungjun dah dewasa. Dia tahu Seungjun seorang yang kuat. Seungjun memeluk appa nya dengan erat.
"Seungjun, sayang appa sangat-sangat. Appa selalu sokong Seungjun sejak daripada kecil lagi. Gumawoyo, appa. Seungjun hargai apa yang appa dah buat untuk Seungjun..". Tanpa sedar air mata Seungjun mengalir perlahan di pipinya.

Seungjun memandang ke arah abangnya, dan terus dia peluk Seungcheol. Mereka bertiga berpelukan dengan penuh kasih sayang. Seungjun rasa gembira, sebab keluarga nya masih di sisinya walaupun dia dalam keadaan sakit.

Pintu bilik dibuka, Wonwoo masuk ke dalam bersama Haerin.
"Are you ready, Seungjun? Everything will be fine..." kata Wonwoo. Seungjun mengeluh perlahan dan mengangguk. Haerin mengambil jarum suntikan bius yang dibawa bersamanya. Dia akan bius Seungjun awal sedikit supaya, Seungjun boleh bertenang dan rileks.

"Lagi 15 minit, kita masuk operation room, so.. be ready. " kata Wonwoo. Seungjun pandang appa dan hyung nya dan tersenyum. Dia tak mahu mereka rasa risau tentang dirinya. Dia tahu Wonwoo akan buat yang terbaik.

"Saya pergi operation room dulu..". Wonwoo dan Haerin melangkah keluar. Tangan Wonwoo ditarik Pengarah Choi.
"Wonwoo, Haerin... saya percayakan kamu berdua. Saya beri tanggungjawab pada kamu untuk rawat dan sembuhkan anak saya. Tolong buat yang terbaik, ya".

Wonwoo dan Haerin mengangguk. Mereka berdua pergi ke bilik persalinan untuk tukar baju dan bersedia di bilik rawatan.

~.~.~.~.~

Seorang lelaki muda berjalan ke arah kaunter. Dia ingin bertemu seseorang di sini. "Maafkan saya, boleh saya tahu, di mana Doktor Song Haerin?" tanya nya pada nurse yang bertugas.

"Oh, boleh saya tahu siapa encik?".. "Saya ada buat temu janji dengan dia" jawabnya.
Nurse tersebut mengangguk.
"Doktor Haerin ada di bilik pembedahan tapi encik boleh tunggu dia dahulu.." kata nurse tersebut.

Lelaki tersebut mengangguk dan tersenyum. Dia duduk di ruang menunggu. Dia betul-betul hendak bertemu dengan Haerin.

~.~.~.~.~

Selepas hampir 6 jam di bilik pembedahan, Haerin dan Wonwoo keluar. Masing-masing berasa lenguh badan. "Ahh, letihnya saya..." keluh Wonwoo.
Dia berjalan ke bilik persalinan untuk tukar baju. "Saya tunggu awak kat luar" kata Haerin.

Selepas mereka berdua tukar baju, mereka keluar daripada ruang pembedahan bersama.
Seungjun dah pun dipindahkan ke bilik nya semula. Mereka perlu memeriksa keadaan Seungjun selepas pembedahan.
Syukur, pembedahan tersebut berjaya walaupun agak susah.

Haerin memandang Wonwoo yang daripada tadi menguap.
Nampak comel pula. "Awak tidur ke tidak malam tadi? Ke awak kerja sampai malam?" tanya Haerin. Wonwoo menggeleng. "Saya tidur.. tapi sekejap je. Ahh, mengantuk betul..badan saya semua lenguh-lenguh tau..".

Haerin ketawa mendengar keluhan Wonwoo. "Semalam je saya ada 4 pembedahan... Tengkuk saya ni rasa macam nak terkehel je.." keluh Wonwoo lagi.
Haerin memegang bahagian leher Wonwoo dan mula urutnya perlahan-perlahan. "Penat kan? Mari saya urut sikit.. Awak tu doktor, tak boleh penat-penat" kata Haerin.

"Kalau saya tidur sekejap boleh tak?" tanya Wonwoo. "Mana boleh. Ward floor 3 tu siapa nak round? Semalam Mingyu ganti awak, hari ni dia takde. " balas Haerin. Wonwoo mengeluh berat. Dia betul-betul rasa mengantuk dan letih. Nak berjalan pun rasa tak larat.

Mereka berdua turun ke lobi sambil berbual. Kemudian, seorang nurse datang ke arah Haerin. "Doktor Haerin, doktor ada tetamu. Dia kata dia ada buat temu janji dengan doktor" kata nurse tersebut. Haerin pelik. Dia mana ada buat temu janji dengan sesiapa.

Dia pergi ke ruangan menunggu dan melihat siapa tetamu nya itu.
Dia terkejut dan terus menjerit.
"Oppaaa!" . Dia berlari ke arah lelaki tadi dan terus memeluk nya. Wonwoo yang berdiri tidak jauh, cuma hanya mampu memerhati. Sakit pula hati rasanya bila nampak gadis yang dia suka berpelukan dengan lelaki lain.

"Jangan-jangan, teman lelaki dia tak? "fikir Wonwoo. Dia nampak Haerin dan lelaki tersebut berjalan pergi sambil bergelak tawa. Tangan Haerin tak lepas daripada pengangan lelaki tersebut. Wonwoo mencebik. Dia terus pergi ke biliknya dengan rasa cemburu berbuku di hati.

~.~.~.~.~

Haerin meletakkan dua cawan kopi di atas meja. "Oppa, kenapa tak bagitahu Haerin yang oppa balik sini?" .

"Saja, nak buat kejutan untuk adik oppa ni. Surprise lah kiranya" kata lelaki tersebut.

Ya, lelaki tersebut adalah abang kepada Haerin iaitu Song Haejoon. Dia menuntut di sebuah universiti di Australia. Jadi selepas tamat pengajian dia pulang semula ke sini. Dia hendak buat kejutan pada adiknya kerana hampir 5 tahun tak berjumpa dan berjauhan.
Dia rindu pada keluarganya terutama sekali Haerin.

"Ni omma appa tahu tak oppa balik sini?" tanya Haerin sambil menghiruo kopinya. "Tak. Haerin orang pertama oppa jumpa bila sampai sini. Sebab oppa tahu omma appa ada dekat rumah Haerin kan, so nanti boleh oppa pergi rumah Haerin sekali" kata Haejoon.

"Boleh-boleh. Wahh,tak sangka Haerin oppa dah balik sini semula" kata Haerin. Dia betul-betul rindukan abang nya yang seorang ni. "I miss you so muchh". kata Haerin lalu memeluk lengan abangnya. Haejoon ketawa kecil tengok perangai adiknya yang masih sama. Manja betul.

"Siapa lelaki tadi tu?" tanya Haejoon. "Ha? Lelaki? Yang mana?" tanya Haerin pelik.
"Alah, yang jalan dengan Haerin tadi tu. Doktor lelaki tu" kata Haejoon. Haerin berfikir. Siapa pula lelaki tu.. jalan sekali.. Oh! Wonwoo!

"Oh,tu Wonwoo. Partner Haerin lah dekat hospital tu" kata Haerin.

"Ye ke partner? Lain macam je oppa tengok" usik Haejoon.

"Eh tak lah! Kitaorang kawan je. Lagipun kitaorang memang rapat sebab dah banyak kali buat surgery bersama" kata Haerin. Sebenarnya dia cuba tahan rasa malu.

"Muka kamu merah, so that's mean, kamu ada perasaan dekat dia kan?"

"Tak, mana ada.."

"Tipulah. Oppa kenal adik oppa ni"

"Ya, betul. Kitaorang kawan je"

"Oppa tak percaya lah!"

Haerin mengeluh. Dia tahu dia takkan menang punya kalau nak lawan abangnya. "Okay, fine. Haerin suka dia, tapi dia tak tahu" kata Haerin, jujur.

"Biasalah tu. Nanti lama-lama dia suka lah dekat kamu. Adik oppa ni kan cantik, pandai, smart orangnya.."

"Hmm.."

"Dia nampak okay. Oppa yakin satu hari nanti kamu berdua bersama"

Haerin cuma tersenyum kecil. Dia meneguk kopinya dan mengeluh setiap kali memikirkan tentang perasaannya pada Wonwoo.

~.~.~.~.~

HeartBeat [Jeon Wonwoo] ✓Where stories live. Discover now