~.~.~.~.~
Hospital Dongguk..
Haerin berjalan masuk ke kawasan hospital. Semasa dia berjalan, dia perasan ramai jururawat dan beberapa staf hospital tersenyum memandangnya. Pelik. Selalunya tak macam ni. Ada sesuatu ke pada wajahnya. Haerin memeriksa wajahnya. Semuanya okay.
Kemudian, dia ternampak Yura di hadapan kaunter. Dia berjalan ke arah Yura dan mencuit bahu rakannya itu. "Hei, ada yang tak kena eh dengan muka aku?"
Yura menggeleng. "Takde pun. Okay je, cantik. Why?"
"Kenapa semua orang pandang aku semacam je.."
Yura tersengih. "Kau pergilah tengok kat depan bilik kau". Haerin berkerut dahi. Yura menyuruhnya pergi dan tengok sendiri apa yang berlaku. Haerin terus berlari ke biliknya. Langkahnya terhenti apabila dia lihat di hadapan pintu biliknya penuh dengan belon-belon berbentuk hati. Haerin nampak ada nota terlekat di hadapan pintu biliknya.
"I love you, Haerin."
Haerin mengeluarkan telefonnya dan mendail nombor seseorang.
"Rindu saya ke?"
"Takde masa. Untuk apa belon-belon ni semua?"
"Surprise lah! Saya nak semua orang tahu awak saya punya."
"Wonwoo, this is too much okay. Ni kan hospital. Tak sesuai lah buat kejutan macam ni."
"Takde sape marah pun. Saya rasa semua orang fikir ianya istimewa."
"But not me. Orang akan fikir kita ni melebih-lebih okay."
"You don't like it? Right?"
"Bukan itu maksud saya. But, semua orang pandang saya. Saya jadi attention dorang."
"Okay. Letupkan jelah semua belon tu. Tak pun bagi je patient awak. Byeee.."
Wonwoo mematikan panggilanya. Haerin mendengus perlahan. Dia mengambil semua belon yang terlekat di pintu dan hadapan biliknya, lalu membawanya masuk ke dalam.
Dia menyusun belon tersebut di penjuru biliknya."Wonwoo, awak ni pelik lah.."
~.~.~.~.~
"Okay, jadi Puan Ahyoung, sejak bila awak dapat tahu suami awak ambil separuh daripada harta awak tanpa pengetahuan awak sendiri?" tanya Seungcheol.
"Dua bulan lepas. Saya berdiam diri, sebab saya tak nak dia tahu yang saya dah tahu akan semua ni. Sebab tu saya simpan saja semua data kewangan ni."
"Saya dah sahkan dengan pihak guaman, suami puan boleh didakwa atas cubaan membunuh dan juga penyeludupan wang serta harta secara senyap."
Ahyoung menggigit bibirnya. "Jadi, saya boleh dakwa dia.. dan saya boleh minta untuk failkan penceraian kan?"
Seungcheol mengangguk. "Boleh. Semua bukti dah ada. Jadi semuanya akan jadi mudah. Lagi satu, puan boleh bawa laporan kesihatan tentang diri puan semasa perbicaraan."
"Hukumannya.. teruk ke?"
"Itu saya tak pasti. Tapi kalau untuk cubaan membunuh dan menyakiti isteri itu, mungkin boleh dipenjarakan untuk jangka masa yang agak lama."
Ahyoung menganggukkan kepalanya. Sebenarnya dia tak sanggup untuk mendakwa suaminya. Dia terlalu sayangkan suaminya walau apapun yang lelaki itu buat padanya.
"Bila perbicaraan bermula?"
"Perbicaraan pertama esok pagi. Saya akan tunggu di mahkamah."
Ahyoung mengangguk. "Baiklah, terima kasih". "Sama-sama puan."
~.~.~.~.~
"Tepilah! Biar aku jumpa perempuan tu!"
"Tak boleh, Encik. Puan Ahyoung tak nak berjumpa dengan sesiapa dan ini hospital kami tak boleh benarkan Encik masuk ke ruangan VIP sesuka hati".
Dua orang pengawal menghalang Sungho untuk masuk ke ruangan VIP bagi bertemu Ahyoung. Gadis itu yang minta supaya tidak benarkan suaminya untuk masuk atau berjumpa dengannya. Dia tak nak berjumpa dengan Sungho selagi semuanya tak selesai.
"Tak guna! Tepilah!" Sungho tetap bertegas mahu berjumpa dengan Ahyoung. Dia menolak pengawal tersebut dan berlari masuk ke ruangan VIP. Pintu bilik wad ditolak dengan kasar.
Ahyoung yang sedang duduk di atas katil memandangnya begitu sahaja. "Kenapa awak masuk ni?"
"Kau memang tak guna. Kenapa kau nak bawa semua ni sampai mahkamah?! Kau takde hak nak buat semua ni kau tahu!" marah Sungho.
"Jadi, awak ada hak lah nak pukul saya, racun saya, seludup harta dan duit saya? Macam tu ke?" balas Ahyoung. Sungho betul-betul bengang. Dia terus pergi pada Ahyoung dan mencengkam kolar baju isterinya dengan kuat.
"Encik!" Beberapa pengawal masuk ke dalam dan cuba menghentikan Sungho. Tetapi Sungho tidak melepaskan lansung cengkamannya. Dia memandang Ahyoung penuh benci. "Tarik balik dakwaan kau atas aku. Kalau tak nak aku hancurkan hidup kau."
"Hidup saya memang dah hancur sebab awak. Awak punca semuanya. Biar awak meringkuk dalam penjara dan saya boleh mati dengan aman."
"Kau ni memang perempuan murahan". Sungho menampar kuat pipi Ahyoung.
"Pukul lah lagi. Pukul lah. Saya tetap takkan tarik balik dakwaan saya. Bawa dia keluar". Pengawal yang ada disitu menarik Sungho supaya keluar daripada bilik wad tersebut. Ahyoung memeluk lututnya dan menangis perlahan.
Apa yang dia dah lakukan sehingga jadi begini..
Dia cumalah seorang wanita yang inginkan kebahagian. Semua ni tak adil bagi dirinya."Ahyoung!"
Seseorang berlari masuk ke dalam wadnya dan memeluknya erat. Ahyoung mengangkat kepalanya untuk melihat siapa.
"Seul..gi.." Dia membalas pelukan Seulgi dengan erat."Takpe, jangan risau. Aku ada dekat sini. Menangis lah puas-puas dulu." Seulgi mengusap belakang tubuh Ahyoung perlahan. Kebetulan dia baru sampai di hospital dan apabila dia terserempak dengan para pengawal yang membawa Sungho keluar, dia pasti sesuatu dah berlaku. Sebab tu dia berlari naik ke ruangan VIP. Dia risaukan rakan baiknya seorang ni. Ahyoung tak salah dan dia tak patut dilayan sebegini rupa.
"Apa lah Sungho tu buat dekat kau.. Aku akan bunuh dia kalau dia terlepas daripada hukuman dia nanti. Lelaki teruk macam tu patut mati je."
Ahyoung mengangkat kepalanya memandang Seulgi dan melepaskan pelukan mereka berdua. "Macam.. mana.."
"Wonwoo dah cerita semuanya. Jadi, kau jangan risau. Aku ada, Wonwoo ada. Kita orang akan tolong kau. Biar padan muka suami kau tu". Seulgi melepaskan amarahnya. Geram, bengang semua ada sekarang ni.
"Aku.. tak tahu kenapa semuanya jadi macam ni, Seul. Aku tak tahu apa salah aku sampai dia buat aku macam ni."
Seulgi mengelap air mata yang mengalir di pipi Ahyoung. "Kau tak salah apa-apa okay. Dia tu bodoh sebab buat perempuan cantik macam kau ni menderita. Kau dah jalankan tanggungjawab kau sebagai isteri dia, jadi sekarang ni biar dia kena hukumannya sebab buat kau macam ni. Hmm?"
"Gumawo". Seulgi mengangguk. "Dah-dah tak nak nangis. Nanti kesian baby aku ni. Datang sini nak tengok kawan omma dia, tapi kawan omma dia menangis pula."
"Baby?" Seulgi mengangguk. Dia menarik tangan Ahyoung dan meletakkannya di bahagian perutnya. Ahyoung tersenyum perlahan. Air matanya mengalir lagi. Dah lama dia teringinkan anak tetapi.. entahlah. Semuanya kucar-kacir. Porak-peranda rumah tangganya.
"Anak aku, anak kau juga". kata Seulgi perlahan. Ahyoung mengukirkan senyuman pada Seulgi. "Thank you.. Seul".
"It's okay. Semuanya akan selesai. Sabar okay." Ahyoung mengangguk perlahan.~.~.~.~.~
YOU ARE READING
HeartBeat [Jeon Wonwoo] ✓
Fiksi PenggemarDua orang doktor muda yang bertugas bersama dalam unit perubatan kecemasan dan pembedahan di sebuah hospital. Disebabkan sudah lama mengenali, timbul perasaan suka dan cinta terhadap satu sama lain tetapi masing-masing masih keliru dengan perasaan m...