Chapter 25

542 57 0
                                    

~.~.~.~.~

Haerin keluar daripada kereta dengan muka tak percaya. Wonwoo yang berada di hadapan kereta, memandangnya dengan senyuman.

"Wonwoo, awak serius? Awak nak saya naik kuda ke apa?" tanya Haerin. Dia berjalan kehadapan dan berdiri di sebelah Wonwoo. "Yup! Dah lama saya tak naik kuda. Don't worry, taman ekuestrian ni appa saya punya. So yeah, saya nak bawa awak naik kuda. Jom!" Wonwoo menarik tangan Haerin masuk.

Mereka disambut oleh pengurus taman itu, yang merupakan pekerja appa Wonwoo. Wonwoo membawa Haerin ke kandang kuda. Terdapat lebih kurang 15 ekor kuda di situ. Haerin memaut tangan Wonwoo dan mereka berdua berjalan bersama.

Haerin berasa seronok dapat bermain dengan kuda dan juga memberi makan kepada kuda-kuda yang berada di situ. Kemudian, Wonwoo mengajak nya ke tapak ekuestrian.

"Naik lah. Kuda ni nama dia 'Won'. Saya tunggang dia sejak saya sekolah tinggi lagi.. "

Haerin memandang Wonwoo. Dia sebenarnya takut nak tunggang apa-apa jenis haiwan pun. Dia takut yang dia akan jatuh. "Err.. saya.. tak berani.. lah" kata Haerin, perlahan.

Wonwoo tersenyum. "Jangan risau. Awak tak kan jatuh.. Trust me, okay.." kata Wonwoo sambil memakaikan topi keselamatan berwarna hitam pada Haerin. Dia juga minta Haerin tukar kasutnya. Maklum lah Haerin cuma pakai sandal je daripada tadi. Jadi dia tukar kasutnya dengan boot berwarna coklat gelap.

Perlahan-lahan dia memanjat ke atas badan kuda tersebut. Tangannya memegang tangan Wonwoo sambil membetulkan kedudukannya atas kuda.
Wonwoo pula memanjat ke atas kuda itu juga dan duduk dibelakang Haerin. Tangannya memeluk pinggang Haerin supaya dia dapat pegang tali yang berada di hadapan Haerin untuk mengawal kuda itu.

Haerin hampir menjerit apabila kuda itu mula bergerak. Wonwoo mengawal kuda tersebut supaya berjalan secara perlahan. Dia tahu Haerin agak takut. Mereka berdua menunggang kuda bersama mengelilingi taman itu.

Haerin tersenyum sepanjang masa. "Kenapa senyum sorang-sorang?" tanya Wonwoo yang perasan akan Haerin yang tersenyum itu. "Saya gembira. Gembira sangat.." kata Haerin.

"Awak suka?"

"Suka sangat. Saya tak pernah naik kuda. Tapi, saya lagi suka bila dapat naik kuda dengan awak"

Wonwoo ketawa perlahan. Dia merapatkan kedudukan nya dengan Haerin. Haerin dapat rasa dagu Wonwoo berada di bahu kirinya. Wajah Wonwoo betul-betul berada disebelahnya.
Apabila dia menoleh ke kiri, matanya bertentang dengan Wonwoo.

Haerin tersenyum malu. Begitu juga dengan Wonwoo. Mereka berdua ketawa apabila melihat keadaan mereka yang terlalu rapat itu. "Kejap..". Haerin mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia membuka aplikasi kamera dan menukarkan posisi kamera itu supaya menghadap ke hadapan.

"Tengok sini.. " kata Haerin sambil mengangkat telefon nya tinggi sedikit. Click! Click! Click!
Haerin melihat semula gambarnya bersama Wonwoo.
"Alah~ tak cantiklah. Sekali lagi.. please.." kata Haerin. Wonwoo mengangguk. Mereka berdua melihat kamera dan Haerin menekan butang snap. 1,2,3. Tiga kali butang tu ditekan. "Last?" tanya Haerin. Dia bersandar di hadapan tubuh Wonwoo.

"Satu.. dua.. tiga.."

Chup! Pipi Haerin diciumnya. Haerin terkejut dengan apa yang dilakukan oleh Wonwoo. "Nanti send dekat saya gambar tu.." bisik Wonwoo perlahan. Muka Haerin jadi merah selepas dicium.

Mereka meneruskan sesi menunggang kuda bersama. Hari pula dah makin senja. Suasana jadi makin romantik apabila mereka berdua melihat mataharu terbenam bersama memandangkan kawasan taman itu berada di atas bukit. Cantik.

Haerin tersenyum kerana ini merupakan temujanji dia dan Wonwoo yang pertama selepas hampir sebulan bersama. Dia bahagia bersama lelaki bernama Jeon Wonwoo.

~.~.~.~.~

Tiga hari kemudian....

Wonwoo yang sedang berdiri di hadapan kaunter untuk memeriksa fail terkejut apabila lampu kecemasan berubah kepada warna merah. "Doktor, patient bilik 212,emergency" kata nurse yang bertugas selepas melihat nombor bilik yang berada di komputer.

Wonwoo berlari terus ke bilik tersebut. Bilik 212 merupakan bilik Jaehyun. Sampai saja di sana, dia nampak Jaehyun pengsan di atas lantai. Hidung dan mulutnya berdarah. Wonwoo segera memeriksa keadaan Jaehyun. Dengan bantuan beberapa orang nurse, dia dapat mengangkat Jaehyun ke atas katil semula. Nurse membersihkan kesan darah yang mengalir sementara Wonwoo memeriksa vital pesakit.

Dia mengeluarkan telefonnya dan menelefon Mingyu supaya datang ke situ segera. Selepas beberapa minit, Mingyu tiba.
"Kenapa?" tanya Mingyu.
"Dia pengsan. Hidung, mulut semua keluar darah. Keadaan dia dah makin tenat. Kita tak boleh tunggu.." kata Wonwoo.

"So, nak buat pembedahan juga?" tanya Mingyu. Wonwoo mengangguk. "Kita kena buat juga. Gagal atau berjaya tu, kita fikir nanti. Dia takkan sedar buat masa ni." kata Wonwoo. "Okay, kita buat. Nurse, ambil ct scan patient dan bagi pada saya nanti secepat yang mungkin.." kata Mingyu. Wonwoo dan Mingyu memandang Jaehyun yang tak sedarkan diri di atas katil. Wajahnya pucat dan keadaannya tenat.

Kemudian, telefon bimbit Wonwoo berbunyi. Dia terus menjawab panggilan tersebut tanpa melihat siapa pemanggilnya.

"Dah sedar? Baik, saya datang sekarang.." kata Wonwoo lalu mematikan panggilan. "Mingyu, tengok Jaehyun. Daeun dah sedar.." kata Wonwoo. "Apa? Baguslah.. Jangan risau. Kau pergi lah..". Wonwoo mengangguk lalu berlari ke wad ICU di tingkat 2. Dia terus ke bilik Daeun.

Haerin berada di dalam sementara ibubapa Daeun menunggu di luar. Dia terus masuk. Haerin menyuruhnya memeriksa keadaan Daeun untuk pastikan tahap kesedaran Daeun. "Tangan dia bergerak sikit tadi. Kalau awak perhatikan, bebola mata dia pun bergerak walaupun matanya belum buka.." terang Haerin.

Selepas memeriksa, Wonwoo merapatkan dirinya ke arah Daeun. "Daeun ah... boleh awak dengar saya? Boleh awak buka mata awak?" tanya Wonwoo perlahan. Dia memerhatikan kelopak mata Daeun yang mula bergerak secara perlahan-lahan.

Mata Daeun terbuka dan tutup semula. Dia kemudian membukanya semula. Daeun memandang Wonwoo. "Baguslah. Awak dah sedar sepenuhnya. Awak dengar saya? " tanya Wonwoo lagi. Daeun menganggukkan kepalanya secara perlahan-lahan berkali-kali. Haerin menghela nafas lega lalu tersenyum.

Dia keluar lalu memberitahu ibubapa Daeun dan mengajak mereka masuk. Puan Lee terus menerpa ke arah Daeun. Air matanya jatuh apabila melihat anak kedasangannya dah pun sedar. "Daeun ah, omma ni. Kamu nampak omma?". Puan Lee menangis gembira apabila Daeun mengangguk. Begitu juga dengan Encik Lee. Hampir 2 bulan koma, dan 2 minggu tak sedarkan diri selepas pembedahan. Akhirnya Daeun sudah pun sedar.

"Terima kasih banyak-banyak doktor. Doktor berdua dah rawat anak saya sampai dia sedar. Terima kasih banyak-banyak.. Kami terhutang budi dengan doktor.." kata Encik Lee sambil menggengam tangan Wonwoo.
"Sama-sama. Lagipun ia memang tugas saya sebagai doktor untuk rawa dan selamatkan pesakit saya" kata Wonwoo.

"Kami akan buat pemeriksaan lanjut kemudian pada Daeun. Encik dan Puan boleh lah tengok Daeun dulu ya..." kata Haerin.
Encik Lee dan Puan Lee mengangguk. "Kami minta diri dulu.." Wonwoo dan Haerin keluar dari bilik Daeun.

"Awak berjaya.." kata Haerin.
"Mestilah! Tengok lah siapa.." Wonwoo cuba membanggakan dirinya. Haerin mencebik dan tersenyum. "Oh ya, saya kena tengok Jaehyun. Dia tenat. So, jumpa nanti.." kata Wonwoo.
Haerin mengangguk. "Saya akan minta Joshua periksa Daeun, saya ada surgery lepas ni..So, jangan risau.." kata Haerin. "Okay.. ". Wonwoo mencuit pipi Haerin sebelum beredar ke bilik Jaehyun semula dan Haerin tersenyum,kemudian pergi ke bilik pembedahan.

~.~.~.~.~

HeartBeat [Jeon Wonwoo] ✓Where stories live. Discover now