~.~.~.~.~
"Jadi, kamu dah upah peguam untuk noona?". Wonwoo mengangguk. "Peguam tu, kawan Wonwoo masa belajar dulu. Esok dia akan datang, tanya noona sikit pasal business noona tu dengan kes husband noona tu. So don't worry okay."
"Gumawo.. Noona banyak susahkan kamu." Ahyoung memandang Wonwoo yang berada di sebelahnya.
"Alaa, selagi Wonwoo boleh tolong, Wonwoo akan buat. Lagipun, Wonwoo pernah terhutang budi dekat noona."
"Eh? Kenapa kamu nak terhutang budi pada noona. Noona tak buat apa-apa pun."
Wonwoo berdecit. "Noona lupa lah tu. Noona pernah selamatkan Wonwoo dulu. Lupa eh?"
Ahyoung berkerut dahi memikirkan apa yang Wonwoo katakan.-- flashback 4 tahun lepas --
"Mana budak bertuah ni, nanti kalau Omma Appa aku balik, mengamuk lah dorang Wonwoo tak balik lagi."
Seulgi membebel seorang diri. Mana tak risau, bila adik kesayangannya Wonwoo tak pulang ke rumah lagi. Jam dah menunjukkan pukul 8 malam. Dalam beberapa jam lagi ibubapa nya akan pulang. Mesti dia akan dimarahi nanti.
"Sabarlah, Seul. Maybe adik kau lepak kat mana-mana kan. Jom kita cari". kata Ahyoung,rakan baik Seulgi. "Yelah kot". Mereka berdua berjalan ke sana sini mencari kelibat Wonwoo.
"Seul, apa kata kau cari kat sana, aku cari kat area depan sana. Nanti apa-apa aku call". Seulgi mengangguk dan mereka berdua berpecah. Seulgi jadi makin risau apabila Wonwoo tak mengangkat telefonnya. "Tak pernah-pernah dia buat macam ni. Wonwoo.. mana kamu ni.." Seulgi mengeluh sendirian.
Sementara Ahyoung, dia berlari mencari Wonwoo di kawasan taman. Kebetulan pula kawasan taman gelap. Mungkin tiada elektrik pada tiang lampu sebab tu gelap semacam. Semasa dia sibuk mencari, tiba-tiba Ahyoung ternampak susuk tubuh seorang remaja lelaki berjalan seorang diri.
Ahyoung tahu itu adalah Wonwoo disebabkan dia tahu beg jenis apa yang Wonwoo pakai. Ahyoung menjerit nama Wonwoo tetapi remaja lelaki itu lansung tak menoleh. Dua tiga kali juga dia menjerit sambil berlari mengikut Wonwoo.
Disebabkan keadaan gelap, Wonwoo lansung tak perasan dia berjalan di hadapan sebuah tapak pembinaan. Ahyoung berjalan di belakang Wonwoo secara perlahan disebabkan terlalu penat berlari tetapi matanya menangkap sesuatu di atas Wonwoo. Ahyoung berlari mendapatkan Wonwoo dan menarik tubuh Wonwoo ke tepi.
BAANG! BAANG! BAAM!
Beberapa besi yang digunakan di tapak pembinaan jatuh di hadapan mereka berdua. "Aduhh.."
Ahyoung bangun dengan perlahan dan melihat ke arah Wonwoo.
"Yah! Kamu okay? Nasib baik besi tu tak jatuh atas kepala kamu. Kalau tak, apa lah noona nak jawab dekat Seulgi."Wonwoo tergamam seketika sebelum tersedar apa yang berlaku. "Ahyoung noona?" Dia terkejut melihat Ahyoung berada di sebelahnya. "Ya, kamu okay?"
Wonwoo mengangguk perlahan tetapi dia mengaduh sakit selepas itu. Kakinya terluka akibat jatuh mengejut tadi. Ahyoung tiba-tiba panik apabila melihat darah mengalir daripada luka di kaki Wonwoo. "Oh My God! Kejap! Jangan gerak!". Dia mengeluarkan sapu tangannya dan membalut luka Wonwoo supaya darahnya berhenti. Dia membantu Wonwoo bangun dan berjalan ke tempat lain.
YOU ARE READING
HeartBeat [Jeon Wonwoo] ✓
FanficDua orang doktor muda yang bertugas bersama dalam unit perubatan kecemasan dan pembedahan di sebuah hospital. Disebabkan sudah lama mengenali, timbul perasaan suka dan cinta terhadap satu sama lain tetapi masing-masing masih keliru dengan perasaan m...