~.~.~.~.~
Wonwoo membetulkan tali lehernya dihadapan cermin. Kot dan beg nya diambil lalu dia turun ke bawah. Omma dan Appa nya telah lama berada di meja makan untuk bersarapan.
Kakak nya tiada kerana sibuk menyiapkan persiapan perkahwinan yang akan berlansung lagi dua minggu."Morning.." tegurnya lalu dia mengambil tempat duduk di hadapan Omma nya. "Wonwoo.. Omma ada berita baik ni" kata Omma nya teruja. Wonwoo mengangkat sebelah kening nya.
"Rachel dah balik sini kelmarin.." kata Omma nya. Wonwoo menelan roti bakarnya dengan cepat. "Rachel? Kenapa dia balik sini? " tanya Wonwoo."Lah, biarlah dia balik sini.." kata appa nya. "Takdelah. Dulu beria nak duduk sana. Sekarang balik sini pula. Lagipun mommy dgn daddy dia dekat sana kan" kata Wonwoo. Dia meletakkan cawan nya ke atas meja semula lalu bangun. "Okaylah, Wonwoo nak pergi kerja dah ni. Bye~ " kata Wonwoo sambil berjalan keluar.
~.~.~.~.~
Haerin memandu keretanya masuk ke dalam kawasan parking lot. Tetapi ada kereta memecut dihadapan keretanya. Nasib baik tak terlanggar. Haerin menekan brek sebelum keretanya dan kereta tadi bertembung. Haerin menahan geram.
"Aish! Tak nampak ke orang nak jalan dia pecut juga. Kalau accident, remuk lah kereta aku.." bebel Haerin. Nasib baik kereta tu dah pergi daripada situ. Haerin terus meletakkan keretanya di kawasan parking yang kosong. Dia terus keluar daripada kereta dan berjalan naik ke hospital. Semasa dia hendak naik ke tingkat 5, dia terserempak dengan seorang gadis.
Mereka naik lif yang sama. Haerin melihat gadis di sebelahnya. Cantik. Bergaya. Dengan gaun putihnya bersama kot berwarna biru langit. Haerin melihat beg tangan gadis tersebut. "Mesti kaya ni.." bisik hati Haerin. Kemudian dia teringat sesuatu, dia ada meeting pagi ni disebabkan ada doktor baru. Lif tersebut berhenti di tingkat 5 tetapi Haerin tidak keluar dan dia menukar butang floor kepada tingkat 7.
Tapi yang Haerin pelik, gadis tersebut juga turun di tingkat 7. Mereka berdua berjalan ke bilik mesyuarat. Haerin berjalan dengan cepat. Dia masuk ke bilik mesyuarat dan mengambil tempat duduk di sebelah Yura.
"Lambat kau.. " tegur Yura. "Kau boleh lah Mingyu ambil kau. Aku drive sendiri tahu. Sangkut kat jalan lagi" kata Haerin. "Mingyu bawa aku naik motor dia, aku jeritlah. Laju gila dia bawa" kata Yura.Haerin ketawa. Yura sibuk bercerita pengalamannya naik motorsikal buat pertama kali. Mahu tercabut jantungnya bila Mingyu memecut laju atas jalan raya. Yura rasa itulah kali pertama dan terakhirnya naik motorsikal. "Kau ni, best apa naik motor. Boleh peluk-peluk teman lelaki kau tu" kata Haerin mengusik. "Eh! Tolong lah.. nak tercabut jantung aku tahu.." kata Yura. Haerin cuma ketawa.
Kemudian mereka berdua senyap semula apabila Tuan Choi, pengarah hospital serta pembantunya Doktor Han masuk ke dalam. Joshua dan Mingyu juga baru masuk dan duduk dihadapan Haerin dan Yura. "Morning.." tegur Joshua. "Morning.." balas Haerin dan Yura. Mingyu cuma memandang Yura dalam diam tetapi Haerin perasan akan perbuatan Mingyu tu. Dia cuma tersenyum.
Mata Haerin terpandang akan Wonwoo yang baru masuk bersama seorang gadis. "Eh tu, perempuan tadi.." katanya perlahan. Wonwoo dan gadis tersebut duduk di bahagian depan bersama. Bersebelahan pula tu.
"Selamat pagi semua. Hari ni, kita ada meeting khas untuk menyambut kedatangan doktor baru daripada The Johns Hopkins Hospital, America. Jadi, saya perkenalkan pada semua orang.. Doktor Jeon Rachel" kata Tuan Choi. Kini semua mata tertumpu pada gadis yang berdiri di hadapan. Haerin baru tahu yang gadis tersebut merupakan doktor baru tersebut. Mungkin dia doktor paling cantik dalam hospital ni bagi Haerin.
"Annyeonghaseyo, nama saya Jeon Rachel. Saya merupakan doktor di bahagian pembedahan utama neurosologi. Saya harap semua kakitangan bahagian kecemasan dan pembedahan dapat beri kerjasama yang baik pada saya.." kata Rachel dengan lemah lembut. Semua bertepuk tangan padanya. Ada juga kakitangan yang bertanyakan bermacam-macam soalan pada Rachel.
Yura bergerak ke arah Haerin. "Lawa nya dia weh. Dia bawa aura gadis pilihan hati kau tahu tak" kata Yura. "Kau ni.. tapi betul juga cakap kau. Maybe sebab dia from america, tu pasal dia nampak bergaya, cantik, semua tu.." kata Haerin. Mereka berdua sibuk berbual sampai lah Joshua tegur bahawa meeting dah habis. Yura mengambil beg dan bukunya di atas meja lalu berjalan ke arah Mingyu.
"Eh, dia tinggalkan orang pula.." kata Haerin. Dia berjalan keluar. Niatnya untuk cari Wonwoo sebab dia ada buatkan sandwich untuk Wonwoo. Tetapi kelibat Wonwoo tiada pula. Semasa dia bergerak ke arah lif, dia ternampak Wonwoo dan Rachel berjalan bersama. Wonwoo terpandang akan Haerin.
"Nanti.. saya cakap dengan awak lagi.." kata Wonwoo pada Rachel.
"Apa? Awak janji nak bawa saya tengok hospital.." kata Rachel tetapi dia cuma diabaikan oleh Wonwoo. Wonwoo pergi ke arah Haerin. Rachel menjeling penuh geram. Dia terus pergi daripada situ."Mesra nya awak dengan doktor baru tu.." kata Haerin. "Rachel? She's my cousin actually.. so jangan jealous, dia cousin saya je" kata Wonwoo. "Cousin awak? Seriously? " tanya Haerin terkejut. Wonwoo mengangguk.
"Dia balik sini sebab ditukarkan daripada america ke korea. Tapi tak lama, cuma 2 tahun je.." kata Wonwoo. "She's beautiful girl. Mesti ramai yang suka pada dia" kata Haerin. "Awak bawa apa tu?" tanya Wonwoo apabila dia ternampak Haerin memegang beg kertas."Ouh, nah. Untuk awak. Saya tak tahu lah kalau awak dah breakfast ke belum, tapi awak boleh makan ni nanti" kata Haerin. Wonwoo membuka beg kertas tersebut untuk melihat isi kandungannya. Wonwoo tersenyum melihat Haerin. "Rajinnya. Thank you.." kata Wonwoo lalu mencium pipi Haerin tetapi kemudian pipinya ditampar perlahan oleh Haerin.
"Orang nampak lah.. malu" kata Haerin lalu dia berjalan ke lif. Wonwoo cuma mencebik dan mengikut Haerin masuk ke dalam lif.~.~.~.~.~
YOU ARE READING
HeartBeat [Jeon Wonwoo] ✓
FanficDua orang doktor muda yang bertugas bersama dalam unit perubatan kecemasan dan pembedahan di sebuah hospital. Disebabkan sudah lama mengenali, timbul perasaan suka dan cinta terhadap satu sama lain tetapi masing-masing masih keliru dengan perasaan m...