~.~.~.~.~
Dua minggu kemudian..
Hospital Dongguk..
Haerin dan Wonwoo masuk ke hospital bersama. Sejak Wonwoo dibenarkan keluar, mereka selalu ke hospital bersama. Setiap pagi Wonwoo akan ambil Haerin di rumahnya.
Suasana hospital agak suram sedikit hari ni. Entah kenapa, Haerin rasa agak risau sedikit selepas apa yang dah jadi.
"Haerin.. saya nak pergi jumpa Mingyu kejap, awak naik dulu" kata Wonwoo. Haerin mengangguk. Dia pergi ke arah lif dan masuk ke dalam lif apabila pintu terbuka. Sampai saja di tingkat 5, Haerin berjalan keluar.
Langkahnya terhenti apabila dia ternampak Rachel berjalan dari arah bertentangan. Rachel nampak berbeza. Macam ada aura lain daripada Rachel.
"Hai, Haerin.." tegurnya. Senyuman sinis diberikan pada Haerin. "Hai.." balas Haerin. Mereka berdua berdiri di hadapan satu sama lain.
Haerin berjalan daripada situ tetapi tangannya ditarik perlahan dan dia memberhentikan langkahnya.
"Aku tak puas lagi main dengan kau. Jadi, bersiap sedia lah. Okay?" bisik Rachel pada Haerin sebelum berlalu pergi. Haerin menoleh kebelakang dan hanya melihat tubuh Rachel hilang daripada pandangannya.Dia masuk ke bilik dan duduk di kerusi. Keluhan dilepaskan. Selama dua minggu, Rachel ambil cuti dan hari ni dia kembali bekerja. Sebelum ni, semuanya baik tanpa Rachel. Haerin risau akan apa yang Rachel katakan. Dia tak nak sesuatu terjadi pada dirinya mahupun Wonwoo lagi.
Disebabkan Rachel, hubungan nya dan Wonwoo agak goyah. Belum kira lagi apa yang Rachel dah buat sebelum ni. Kemalangan yang hampir membunuh Wonwoo dan cubaan untuk bunuh diri nya dulu. Memang tak boleh dilupakan. Haerin mengeluh perlahan.
~.~.~.~.~
Wonwoo masuk ke bilik pembedahan sebaik saja dia dipanggil ke situ untuk membuat pembedahan pada pesakit. Semasa dia masuk, dia nampak Rachel juga ada disitu.
Terkejut Wonwoo dibuatnya apabila melihat perubahan Rachel. Solekan Rachel agak menakutkan tapi masih dilabel cantik. Sikapnya juga dingin.
Mereka berdua perlu melakukan pembedahan bersama.Sepanjang dalam bilik pembedahan, mereka berdua tak bercakap. Masing-masing buat kerja masing-masing. Selepas habis pembedahan, Rachel keluar dahulu, diikuti oleh Wonwoo.
"Rachel.." Wonwoo memanggil gadis tersebut. Rachel menoleh kebelakang. Dia cuma pandang Wonwoo untuk menunggu lelaki itu meneruskan kata-katanya.
"Saya nak cakap dengan awak"
~.~.~.~.~
Rachel menyedut airnya sebelum bersandar pada kerusi semula.
"Cakaplah..apa awak nak cakap"Wonwoo mengeluh perlahan.
"Awak..tak apa-apa kan? Saya.. tanya ni sebab.. yelah, dua minggu kita tak berjumpa pun. Saya ingat awak dah balik America"Rachel ketawa kecil. "Kenapa awak sibuk? Awak kisahkan pasal saya ke?"
Wonwoo memandangnya.
"Saya kan hampir bunuh awak dulu. Saya juga cuba untuk bunuh Haerin.. awak tak kisah ke cakap dengan saya sekarang ni?"
"Saya kisah sebab awak tu sepupu saya je"
"Sepupu?.. jadi betul lah. Awak memang anggap saya sebagai sepupu je. Saya sorang je yang masih menaruh cinta pada awak"
Wonwoo terdiam. Dia tahu Rachel tengah berlawan dengan perasaan sakit hatinya.
"Rachel, saya rasa saya ada kerja ni. Saya minta diri dulu"
YOU ARE READING
HeartBeat [Jeon Wonwoo] ✓
Fiksi PenggemarDua orang doktor muda yang bertugas bersama dalam unit perubatan kecemasan dan pembedahan di sebuah hospital. Disebabkan sudah lama mengenali, timbul perasaan suka dan cinta terhadap satu sama lain tetapi masing-masing masih keliru dengan perasaan m...