Love you Mom

2.1K 80 24
                                    


Hari yang panas membuatkan semua orang menggunakan payung dan baju yang sedikit terbuka. Ada yang memakai hot pants dan ada juga yang memakai baju yang berlengan kecil tetapi tidak kepada Oh Hayoung. Dia memakai baju lengan pendek dan seluar jeans panjang. Dia mengeluh kerana tiada satu pun pekerjaan yang diperolehinya. Dia melangkah masuk ke dalam sebuah cafe untuk membasahkan tekaknya. Chocolate ice menjadi pilihannya.

"Aduh! Mana nak cari babysitter ni. Aishh! Dia ingat senang nak cari dalam masa sehari" perempuan di sebelah Hayoung juga mengeluh. Hayoung sedikit tertarik apabila mendengarnya.

"Emm cik...maaflah. Saya tak sengaja dengar tadi. Cik cari seorang babysitter ke?"

"Ya. Kenapa?"

"Saya boleh je jadi babysitter. Itupun kalau cik sudi ambil saya kerja dengan cik"

"Betul ke?" tanya perempuan itu. Dia terus mengambil tempat di depan Hayoung.

"Betullah. Kebetulan saya memang tengah cari kerja"

"Finally, setelah hampir sehari saya berpusing satu bandar, akhirnya dapat juga babysitter baru"

"Anak cik lelaki atau perempuan?"

"Perempuan. Sebenarnya, itu bukan anak saya. Tapi anak kawan saya. Nama dia Oh Sehun Dia seorang doktor. Anak dia pula, Oh Seyoung So, sekarang saya nak awak pergi hospital dan jumpa dia. Anyway, apa nama awak?"

"Oh Hayoung. Awak?"

"Nama saya Son Naeun. Just call me Naeun. Terima kasih sebab sudi jadi babysitter anak kawan saya"

"Sama². Saya pergi dulu" Hayoung menunduk hormat kepada Naeun lalu berlalu keluar dengan hati yang gembira.

Di hospital

Sehun baru selesai membuat pembedahan kepada seorang budak. Dia bersama beberapa orang doktor yang lain berpuas hati kerana pembedahan berjaya dilakukan oleh mereka. Dia menuju ke biliknya semula untuk merehatkan dirinya.

Sampai di biliknya, dia terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi kerjanya. Badannya terlalu letih kerana hampir dua hari dia tidak tidur. Di hospital, Sehun dikenali sebagai seorang doktor yang dingin.

Dia jarang berkomunikasi dengan orang sekelilingnya. Dia juga susah untuk memberi senyuman kepada orang lain. Hari ini merupakan jadual terakhirnya. Dia bercadang untuk pulang ke rumahnya. Tetiba, satu ketukan pintu kedengaran.

"Boleh saya masuk?" tanya perempuan itu.

"Masuklah" jawab Sehun acuh tak acuh.

"Nama saya Oh Hayoung. Saya datang sini nak bagitahu yang saya akan bekerja dengan encik sebagai pengasuh anak encik. Naeun unnie minta saya datang sini"

"Ok. Awak boleh ikut saya sekarang" Sehun mengambil barang barangnya dan melangkah keluar diikuti Hayoung di belakangnya.

Sepanjang perjalanan, tiada seorang pun yang mengeluarkan suara mereka. Hayoung memandang ke luar manakala Sehun fokus ke depan. Tidak sampai 30 minit, mereka sampai di rumah yang bagaikan istana itu. Hayoung langsung tidak menunjukkan rasa minatnya terhadap rumah besar itu.

Sehun berjalan terlebih dahulu meninggalkan Hayoung yang masih leka melihat pemandangan di kawasan rumah itu. Tidak lama kemudian, muncul seorang budak yang sedang berlari ke arahnya.

"Ibu!" Hayoung pelik kenapa budak itu memanggilnya ibu dan terus memeluk kakinya.

"Hi sayang. Kenapa panggil aunty ibu?"

"Sebab Seyoung tahu mesti ibu ni pengasuh baru Seyoung" Hayoung tersenyum.

"Macam mana tahu?"

"Seyoung tahu sebab Seyoung nampak naluri keibuan di diri ibu. Sebelum ni, dah banyak pengasuh yang papa bawakan, tapi tiada satu pun yang Seyoung suka. Dan sekarang, Seyoung rasa ibu paling layak jadi ibu Seyoung" Hayoung tersentuh dengan kata² Seyoung.

[C] ONESHOT | Sehun HayoungWhere stories live. Discover now